Monday, October 25, 2010

Alam Ghaib

..Pada masa sempat juga abang Aliman menceritakan tentang tetangga aku, ..aku dah lama tak jumpa beliau dah hampir 10 tahun, semenjak aku kawin ..aku selalu mendengar cerita perkembangan si tetangga aku ini, melalui saudara-mara aku Ada pula bapak aku cerita kat aku bahawa tetangga aku ni boleh nampak jalan dan pintu langgit dimana makhluk turun-naik ..Wah hebat budak ni dalam kacik hatiku.

 ..tup..tup..abang Aliman buka cerita ..dia kata dia pening kepala dengan tetangga aku ni ..dulu beria-ia nak mintak dibukakkan pintu ke Alam Ghaib ..dah ni pulak nak suruh ambil balik em.. nak tunang tapi kerja tak tetap pulak ..abang Ali kata budak ni taksub sangat dengan apa yang di buat .. Si tetangga aku kata dia tak tahan ..kadang-kadang ular besar masuk dalam badan dia dan sebagainya ..emm ..tu yang dia nak pulangkan balik (tutup balik pintu Alam Ghaib).. Dalam hati aku patut la si tetangga aku ni hebat ..boleh nampak tu, boleh nampak ni ..rupa-rupanya dia pun jumpa dengan Abang Aliman jugak haha ..emm ..Aku tak pernah bawak atau perkenalkan tetangga aku dengan Abang Aliman ni .. pasal aku malas .. nanti panjang cerita ..dan nanti banyak cerita haha .. Abang Aliman kata Alam Ghaib ni ..senang je dia kena susun Alam kita sekarang dengan Alam Ghaib ..pasal Alam Ghaib ni di antara lapisan-lapisan yang di Rahsiakan Allah SWT .. Tapi Abang Aliman kata memang la kalau kita bersahabat dengan Alam Ghaib ni ..segala Makhluk Alam Ghain akan tolong kita ..TAPI KALAU KITA MATI ROH KITA AKAN DI ANGKAT DAN DI MASUKKAN KEDALAM ALAM GHAIB ..kita akan jadi hamba dia pulak ..haha ...ada Bran ka (ada berani ka) ...YANG PASTI DAH MASUK ALAM GAIB NANTI MEMANG LA TAK SEDAP CERITA NYA ... haha nak sangat jalan Pintas kan.

Doa Kesejahteraan / Pagar Rumah

...Pada Penghujung bulan September 2010, Sempat aku pulang ke Kampung halaman Tanah tumpah Nya darah ku ..bersama-sama Bapa, Isteriku dan tiga orang anak-anakku, sempat juga aku mengunjung ke rumah sahabat ku tempat aku merujuk sesuatu, tujuannya untuk mendapat kepastian kenapa anak aku yang sulung selalu berada di dalam keadaan yang orang kata asik takut ..malan je nak tidur dengan kami ..walaupun sudah darjah 2

Seperti yang aku rasa anak aku ni lemah semangat ..itu lah jawapan yang sama keluar dari mulut sahabat aku itu ..abang Aliman, setelah aku mintakan air sihat ..sempat dia menceritakan Doa Kesejahteraan kepada aku sekeluarga ..

Allah SWT panggil "Doa Kesejahteraan" kalau orang Melayu panggil "Pagar Rumah" atau "Memagar Rumah" daripada apa-apa bentuk musibah sama ada datang Nya dari Manusia, Jin, Syaitan atau pun Iblis yang Nyata atau pun tidak Nyata ..

Amalannya:

Baca 1. Al-Fatiha 1 kali
2. Surah Kursyi 13 kali
3. Surah Al-Nass (Kula auzubirab bin nass...) 13 kali

Cara Tiup 4 penjuru rumah sebelah bawah (ground level org putih kata haha)
Tiup 4 Penjuru rumah sebelah yg tinggi sekali (dinding atas penjuru lah)
Dan Tiup 1 kali ke atas bumbung rumah

Dan kerap-kerap ulang amalan ini setiap minggu kalau nak benar-benar mampan

Jadi kalau ada yang datang nya dari tanah dah "cover" dekat 4 penjuru bawah tadi kalau datang dari tepi dah "cover" dekat penjuru atas tadi dan kalau datang dari langit ianya dah "cover" dari bumbung yang kita tiup tapi.

Ada setengah-setengah ilmu dan amalan yang hebat juga, ada cerita kalau orang masuk rumah tak boleh nak keluar, ada yang berenang atas darat yang disangkakan lautan luas, ada yang nampak harimau dan sebagainya bagi saya .. Tepuk dada tanya selera ..

Saya yang mencari yang TERBAIK di sisi Allah SWT, dan itu sahaja yang ditunjukkan melalui Perjalanan Sunnah WalJemaah ..haha ..jadi saya berpuas hati dengan apa yang ada, Alhamdulillah... Peringkat macam saya ni baru belajar Islam dan Bermohon Masuk Islam ..masih Berpegang dan Bergantung kepada Ayat/Surah ..jadi ini lah cara terbaik ..Allahualam.

Monday, October 11, 2010

Aku Tidak Layak ..Kata Allah SWT

... Aku telah di tunjukkan amalan untuk Rezeki ..aku mengamal dalam beberapa bulan ..adoii berat juga kerana amalan ni kita kena lakukan setiap hari ..dan berterusan hingga berjaya ..

"..Bang kalau saya nak try amalan ni kat jackport magnum boleh ke .." "..Boleh abang jawab dengan selamba..tapi ada teknik nya ..kena belajar juga ..kalau tak macam mana nak gunakan ..kau amal la dulu ..lama-lama besok baru lah jadi kalau kena dengan tekniknya " ..aku pun di tunjukkan cara/tekniknya ..

..selang beberapa bulan aku kembali untuk rujuk status amalan ku "Bang kenapa..nombor yang saya beli satu pun tak sangkut ..semua nya hampir-hampir sahaja lari 2-3 mata pulak .."

..seperti biasa abang akan tutup mata nya untuk mendapat petunjuk Allah SWT ..emm ..
"Allah SWT kata Kau Tak LAYAK UNTUK MENDAPAT APA-APA Balasan Dari ALLAH SWT" ...eemm..
ohh adoii bergitu pulak Cerita Nya ..eemmm ..Maksud nya segala amalan aku masih tak dapat balasan apa-apa dari Allah SWT ...emm apa boleh buat cuma Kuatkan semangat, sentiasa Prasangka yang baik kepada Allah SWT, Tekan beribadah dan Jangan Sekali-kali PUTUS HASA...

"..habis kenapa orang lain dapat pulak ..nak-nak orang yang bukan Islam.." aku bentak lagi ..

"..memang Allah SWT akan utamakan orang Islam ..tapi yang berlaku ada kehendak AKU dan PERANCANGAN AKU ..besok aku akan tentang dari mana rezekinya datang ..dan bagaimana Rezeki itu di gunakan/dibelanjakan .."

..eemm bergitu pulak Cerita Nya ...haha ...eemm ..tak apa lah aku SEDAR itu bukan cara aku untuk hidup ..aku belajar untuk bekalan aku dan untuk keluarga ku ..aku redo dengan ketentuan Allah SWT ..sahaja nak Test power orang kata..haha ..yang baik di jadikan tauladan yang buruk di jadikan sempadan ..

"..kata abang lagi beramal lah untuk akhirat insyallah ..dunia ini allah SWT akan bagi juga setiap kelebihan yang kita amalkan sama seperti doa kita "Rab bana Atina Fit Dunia Hasaah Wafil ahirah ti hasaah wakina azabanna" ..bersambung ..

Allah Lebih Mengetahui Dan Perancangannya Kepada Sesuatu Perkara Adalah yang Terbaik Untuk Kita

.. bersambung ..aku dan isteri ku ada menanyakan kepada rakan yang selalu tempat aku merujuk,

"Bang ..kenapa simpulan dan simpulan dah berkhawin agak lama (lebih dari 4 tahun) tidak mendapat zuriat ..Apa masalah nya ..adakah ianya datangnya dari Si Lelaki atau Si Perempuan..?"

Dalam Sedar Abang Aliman diam seketika sambil memejamkan mata untuk mendengar dan mengamati petunjuk dari Allah SWT, selepas dia membuka mata lalu dia bercerita kepada aku dan isteri ku ..

"..Kedua-dua pasangan itu sihat tetapi Si perempuan mempunyai sedikit masalah ..benih nya cair tidak seperti perempuan normal kalau dia mengandung anak yang akan di lahirkan akan lembik .."(senang cakap Cacat la) ...

Oh ..aku bersyukur ..OH bergitu cerita nya terdetik dalam hati ku ..eemm sungguh Ajaib perancangan Allah SWT ..dan Amat Terbaik Untuk Hamba nya ..

Cuma kita hamb Nya tidak faham perancangan Allah SWT...

"Bang bagaimana nak mengatasi nya .." soal ku lagi

"Cari lah tukang urut yang bergitu mahir ..tentang rahim perempuan badan orang perempuan ..kalau boleh tukuang urut umurnya 80 tahun ..orang-orang ni lebih faham ILMU TUA .."

... emmm dalam hati kecik ku bergitu indah perancangan Allah SWT tentang hamba Nya...
jaki jika kita mendapat sesuatu musibah ..apa jua musibah ..atau rezeki ..ianya adalah yang terbaik untuk kita ...cuma kita Tak faham dan tak mengerti kenapa sesuatu kejadian itu berlaku ...Allahuallam...

Penutup Amalan Bulan Ramadan

..selepas kita bertungkus-lumus beramal solleh di bulan Rejab, Saban dan Ramadan ..tak kira apa jua ibadah dan amalan kita lakukan sama ada ..puasa, bertasbih, mengaji Al-Quran dan sebagainya ..saya telah di beritahu bahawa penutup amalan tersebut hendak lah kita bertasbih dan bertahmid kepada Allah SWT... sepertimana kita lakukan di pagi Hari Raya, sebelum kita melakukan sembahyang sunat Aidil Fitri ...

Allahhu Akbar Allahhu Akbar Allahhu Akbar Laa illa ha illlah hu Allah hu Akbar ..Allah hu Akbar walillah illham...(Takbir Raya)

Itu lah dia penutup amalan yang terbaik disisi Allah SWT, kerana itu lah hari kemenanggan bagi orang Islam, ...bersambung ..

Maaf Zahir Dan Batin

..Sekarang sudah pun di penghujung Syawal 1431=2010 (betul ke tahun masehi tu ..haha main belasah je ni), Kesempatan ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin kepada tuan-tuan dan puan-puan, sehabat-handai, jiran-tetangga, adik-beradik, Ipar-duai dan terutama kepada Isteri tersayang (Honey Bun), kepada 3 orang cahaya mata ku ..Muhammad Danial Aiman, Adam Muhammad (kedua-dua nya baru di sunnatkan / masuk jawi org kata haha)dan Aisyah Maisarah (yg kena chekenpox) dan buat Insan yang selalu dikasihi dan hormati Hj. Marzuki Aj Anuar, Mohammad Bungsu Bin Ibrahim dan Dayang Intan.

Semoga Rejab, Shaban dan Ramadan dan Syawal bulan kemenangan orang Islam akan kembali menemukan kita di tahun depan, Semoga Ibadah dan Amalan kita di tingkat kan dari masa ke semasa, .. amin Ya rabil alamin.

Wednesday, August 4, 2010

Solat / Sembahyang Bab- 9

...semalam sempat saya hubungi kawan lama yang jauh di Selatan tanah air ..haha, sempat juga dia menceritakan Solat / Sembahyang itu terbahagi kepada 2 contohnya ..

Kalau Solat Zohor, 4 rakaat maka, 2 rakaat untuk Hak Allah SWT dan 2 lagi adalah untuk Hak kita, samalah dengan Solat-Solat yang lainnya.

Kalau Solat Subuh 2 rakaat, 1 Milik / Hak Allah SWT dan satu rakaat Hak kita...bersambung..

Tuesday, August 3, 2010

Pendapat Mengenai Abu Sangkan

...Pada pendapat saya, penulisan Abu Sangkan hampir sama dengan sepengetahuan saya mengenai Spiritual (think out side the Box), Sebenarnya saya tak mengenali Abu Sangkan, saya cuma terbaca buku karangan dia mengenai Spiritual dan Sunnah Aljamaah, saya ingin tahu apa pendapat atau pengalaman orang lain...yang lebih tepat sekali PENGISIAN / ITIPATI / RAHSIA DI SEBALIK RAHSIA.

Pendapat saya lagi, Kebanyakkan tulisan Abu Sangkan, banyak melular kepada cerita dan banyak kurang nya PENGISIAN / INTIPATI nya, contohnya kenapa ...dan kenapa kita kena buat macam itu dan macam ni : Contoh 1. 2kalimah Shahadat apa itu 2kalimah shahadat, kalau tuan-tuan melihat tulisan saya sebelum ini saya menceritakan 2kalimah Shahadat itu adalah Zat Allah SWT, bagaimana untuk menghidupkan Nya ..dengan amalan 7 kali, untuk Roh dan 7 kali untuk Jasad, kenapa 7 kali kerana kita di cipta oleh Allah SWT semua Nya 7 lapisan, sama ada kulit, daging, darah tulang dan sebagainya. Bagaimana ingin merasakan kehadiran Zat Allah SWT tersebut dan bagaimana rasa Nya ...(RAHSIA haha maaf ya).

Kenapa kita Wajib mengkaji dan mangamal 2kalimah Shahadat, simple rukum Islam 5 Perkara, yang Pertama ...haha itu lah dia 2kalimah Shahadat, Kerana kita Islam dan itu lah makanan dan pakaian kita (Roh dan Jasad) kita setiap saat/masa/hari.

Kenapa kita kena amalkan 2kalimah Shahadat itu pagi dan petang , apa kelebihan-kelebihannya, Bagaimana untuk kita memasukan 2kalimah Shahadat itu kedalam diri kita, banyak lagi benda dan perkara yang perlu diambil kira, bagaimana untuk mengkaji 2Kalimah Shahadat itu kerana kalau kita mengkaji 2kalimah Shahadat itu akan mengambil masa 10 tahun untuk faham dan sebagainya itulah contoh yang serba sedikit yang boleh saya berikan pendapat.

Saya rasa Abu Sangkan, masih jauh perjalanannya dan sepatutnya dia tidak boleh menulis perkara tersebut atau bercerita atau menulis buku kepada umum kerana Dia masih belum layak untuk berkongsi kepada umum dan kalau nak tahu dia boleh ke tidak boleh ataupun sudah layakkah dia ..maka tanya lah kepada Allah SWT insyallah akan beri petunjuk ..Allah SWT sendiri akan melantik / Ijazahkan sesorang itu untuk menyampaikan KEPADA YANG INGIN TAHU DAN BERAMAL... Dan orang itu setahu saya haha ..amat Hebat (Hebat disini budi-pekertinya, amalannya, pergaulannya dan masyarakatnya dan Allah SWT akan jauh kan dia dari Fitnah Manusia) Kalau Allah SWT sudah sayang kita semua makhluk Allah SWT termasuk manusia, batu-batan, gunung-ganang, tumbuhan-tumbuhan akan sayang kita...simple kan kalau nak tahu orang itu OK ke tak ..

Bila kita banyak menulis dan cuba menerangkan, tidak semua orang boleh terima, jadi pada pendapat saya juga cukup untuk diri kita dan keluarga kita tak perlu menerbitkan buku mengenai Nya.

Sepertimana blog saya ini untuk diri saya dan keluarga saya sahaja.
saya menulis segala amalan yang saya tahu dan ingat supaya senang kalau saya pergi kemana-mana saya boleh bukak blog saya dan beramal, tidak perlu saya bawa buku catitan saya yang sudah lusuh itu haha ..

Cukup lah setakat itu dulu komen saya terhadap Abu Sangkan, semoga Abu Sangkan diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah SWT. ..Selamat beramal Solleh..Beramal lah dengan apa jua amalan yang kita faham dan kita ikut ...Allahu'alambissawab.

Monday, August 2, 2010

Abu Sangkan - Yusdeka Putra

..disini saya ini berkongsi pengalaman "Abu Sangkan" yang tertulis di dalam buku beliau "Membuka Ruang Spiritual" pada muka surat 112 dan 113, cara beliau beramal untuk mendapat rasa Zat Allah SWT, petikannya berbunyi bergini.:

""- Lalu ucapkanlah secara langsung(tampa perantara san wasilah apapun)kepada Wajah Sang Maha Meliputi ungkapan persaksian san selawat sebagai berikut:

Bisnillahirrahmannirrahim
Asyhadu anlaa ilaaha illallah,
Wa asyhadu anna Muhammadan rasulullah
Allahumma shalli ala Muhammad wa ala ali Mihammad

- Lalu panggil-panggillah Nama Sang Maha Meliputi itu dengan teguh:

Ya Allah ..., Ya Rahman ...,

Ulangilah memanggil-manggil Ya Allah, Ya Rahman ini beberepa kali dengan rerendahan hati yang amat sangat, sampai muncul tarikan rohani ke arah Yang Maha Tinggi. Biasanya munculnya tarikan rohani ini tidaklah terlalu lama setelah kita memanggil-menggili Allah

Catatan:
Paling lama hanya dalam hitungan dua atau tida menit saja respon Allah terhadap panggilan-panggilan kita dengan kesedaran penuh itu akan dapat kita rasakan. kalau dalam waktu 3 menit berselang belum juga muncul tarikan rohani ini, maka jangan diteruskan, percuma sahaja. kerana kalau sudah lebih 3 menit tapi nggak ada tarikan rohani juga, maka yang muncul kemudian adalah fikiran kita. kita mulai mikirin tentang bagaimana tarikan rohani itu, bagaimana direspon Tuhan, dan sebagainya. kalau sudah bergini istirahatlah sebentar dan kemudian mulai lagi awal""

Di atas adalah sedutan dari pengalaman Abu Sangkan, bagaimana dia mengamalkan amalannya sama ada 2kalimah shadat atau selawat atau amalan2 yang lain ...insyallah selepas ini saya mencerita kan pengalaman saya pula, bukan untuk riak atau ter-OVER, atau sombong atau saya ini ada kelebihan atau apa2 yang mendatangkan fitnah, kita adalah sama sahaja sama ada kita Islam atau Non-Muslim, sama ada kita Cina, India, Melayu, Jawa, Belanda, Iris, Arab, Afrika atau apa bangsa sekali pun, Zat Allah SWT semua orang boleh RASA, ..INGAT kita sudah tiada Nabi kerana Sudah Wafat ..kita hanya ada Allah SWT dia lah GURU yang SEBENAR..

Seperti Abu Sangkan memceritakan di dalam bukunya ..Allah SWT itu lagi hampir dari urat leher kita kepada kita..Wah .. haha seperti yang saya ceritakan didalam tubuh kita ada 3 element 1. Jasad, 2. Roh, 3. Allah SWT ..dimana letak Nya Allah SWT di dalam tubuh kita ..haha RAHSIA beb ..

Kalau kita hendak mendengar suara Allah SWT pula lain cara dia, kalau kita hendak melihat Allah SWT didalam sedar pun lain pula caranya, ITU DAH TINGGI DAH haha .. Tapi setakat ini saya masih belum mendengar Suara Allah SWT dan saya masih belum melihat Allah SWT jadi saya tak akan cerita hahaha .. ..cuma sekadar memberitahu dan berkongsi ... pengalaman sesorang itu berbeza ..tetapi kearah yang satu "Ya Allah Kembalikan lah aku ke Syurga" (tempat asal kita dan moyang kita Nabi Adam AS) ...bersambung

Membuka Ruang Spiritual

...bersambung cerita dari saya dan anak2 saya menghadiri Ceramah di Masjid Bandar Bukit Puchong, pada malam itu saya tak sempat untuk mengetahui penghujung cerita atau intipati ceramah "Kyusuk Solat" yang di sampaikan oleh Pak Yus.

Bapak saya sempat membeli CD dan buku yang ada di tangan saya (dijual oleh Pak Yus), CD tak sempat tengok tapi bukunya yang berjodol "Membuka Ruang Spiritual" telah saya baca hingga ke muka surat 112, (saya rasa ini lah intipati yang saya nak tahu hanya di muka surat 112), selebihnya saya akan baca insyallah melihat2 kalau2 ada intipati yang saya boleh pelajari dan mangambil iktibar.

Ringkasan dari buku yang dikarang oleh Abu Sangkan, ialah sebuah buku yang menceritakan: Bagaimana terjadi Nya Adam, mengapa Maklaikat menyembah Adam dan kenapa Syaitan/Iblis tak mahu menyembah Adam yang di buat dari tanah (sepertimana cerita2 yang kita tahu), Pengalaman beliau mencari perjalanan keTuhanan dan membuka ruang spiritual.

Apa yang diceritakan oleh Abu Sangkan di dalam bukunya "Membuka Ruang Spiritual" boleh dikatakan hampir sama dengan cerita2 yang saya /sampaikan/ceritakan di dalam blog saya terdahulu dan pengalaman saya yang berbeza, dia dengan pengalaman dia dan saya dengan pengalaman saya. Perjalanannya sama, cuma nama yang berbeza, mungkin beliau (Abu Sangkan) tidak bukak cerita habis sampai ke isinya.. Itu hanya Abu Sangkan yang mengetahuinya.

Sepertimana yang kita tahu ada perkara dan tahap kita boleh menceritakan dan menulis dan jika sudah sampai ketahap tinggi Rahsia ke atas Rahsia, maka hanya orang tertentu yang hanya boleh memdengar dan menerimanya...dan orang2 yang ingin mengkaji ilmu Allah SWT.

...bersambung.

Sunday, August 1, 2010

Kusyuk Solat

...Pada hari 29hb. Julai 2010 hari, Masjid Bandar Bukit Puchong (Masjid atas bukit) telah mejemput Pak Yus Ansari dari Solat Center, Bandung Indonesia untuk memberi ceramah "Kusyuk Solat".

Pada mulanya saya tidak beberapa minat untuk menghadirinya kerana malam itu saya dan 3 orang anak saya telah bercadang ke Morib, dimana tempat isteri saya krusus (nak bawak anak2 tido hotel la orang kata), tapi anak sulung saya masih berkeras untuk menghadiri ceramah tersebut, walaupun umurnya baru 8 tahun, mungkin Jiwa Nya telah mendapat petunjuk dan hidayah, saya akur dengan kehendak anak saya ..

Bila sahaja ceramah itu mula ketiga-tiga anak saya duduk dihadapan dengan embah dia orang, saya pun perhatikan sahaja anak2 saya itu ..yang pasti tanggapan saya kepada mereka meleset, pada mulanya tanggapan saya seperti biasa bila ceramah je mula dia main kat berandar Masjid ..haha kenapa lah fikiran saya masih tak yakin kepada anak2 haha adoiii ..dalam hati malu juga ..

Program yang Pak Yus sampaikan kalau betul2 mengambil masa lebih kurang 2 hari, tapi malam tu kami hanya sempat mendengar mukadimah sahaja selama sejam setengah ..almaklum anak yang umur 6 dan 4 tahun tu dah tak sabar nak tido Hotel haha ..

Walaupun penyampaian Pak Yus dalam bahasa Indonesia, saya percaya anak saya pun faham dan sebagai pengenalan kearah yang lebih bermakna...iaitu ke Majlis Ilmu dan memdengar ceramah untuk membuka minda kepada sesuatu perkara yang baru.

Mudah-mudahan dia bersama 2 orang adiknya sentiasa diberi Petunjuk dan Hidayah..Amin.

...bersambung ..

Monday, July 26, 2010

Haid

...Diceritakan lagi tentang Haid, Haid ada darah kotor yang keluar dari tubuh badan seorang wanita ..sepertimana yang kita ketahui.. saya sorang lelaki TETAPI hanya wanita sahaja tahu sebenar-benar nya Haid itu ..maksud saya keperitan dan kesakitan jika kitaran Haid itu bermula setiap bulan....bukan itu sahaja kena ganti puasa kalau jatuh pada bulan Ramadan AlMubarak ..

Keadaan mood atau emosi atau hormon sesorang wanita itu akan berlaku atas tindak-balas pusingan tersebut ..sebagai suami jika dia sering perhatikan dan peka terhadap anak dan isterinya, maka si suami tersebut akan tahu bila akan kedatangan Haid kepada isterinya ..

Apakah Rahsia atau Rahmat yang Allah SWT berikan/turunkan di sebalik kitaran Haid tadi ..Allah SWT kata .." Tidak lain dan tidak bukan Untuk Mencantikkan Faraq/Kemaluan" ...

Amalan untuk seorang wanita tu adalah banyak salah satunya sering membaca Surah "WalAsri" dan Li'illafikuraishinn" amalkan setiap pagi dan sore (petang)

Allah SWT kata kelebihan Al-Quran itu tadi ..walaupun umur kita sudah 60 tahun tapi kemampuan kita, rupa-paras kita dan tubuh-badan kita masih seperti 30 tahun ...Jadi tak ada lah cerita Monopos untuk seorang perempuan dan tidak ada cerita si suami nak cari lain, kerana Islam itu Sempurna dan Suci ...haha ...

Kalau si isteri itu datang Haid ..maksudnya OK lah kan ..Tapi kalau si isteri tak datang Haid ...hahaha Baca lah Surah/Ayat Kursi dengan bilangan dan waktu-waktu tertentu...untuk mencair kan sesuatu ..haha ..bersambung ...

Saturday, July 17, 2010

Jodoh ditangan Allah SWT - 2

..bersambung ..Dulu saya pernah mengadu kepada rakan ..kenapa kehidupan rumah tangga saya tetung-tetang, ketung-ketang ...dia kata isteri kamu sekarang bukan jodoh dari Allah SWT sebab tu ketung-ketang, ketung-ketang haha ..jadi apa harus saya lakukan .. tanya aku kepada rakan ku tadi ..dia berkata tanya lah kepada Allah SWT apa yang harus aku laku kan ...petunjuk dan hidayah yang aku dapat ..Allah SWT suruh aku cerai kan Isteri aku ..tapi bagaimana .. dah ada anak dari hasil perkhawinan aku ..maka DIA suruh tanya kepada rakan ku tadi ..rujuk kepada Wak Aliman ..

Maka aku tanya ..bang petunjuk saya minta rujuk kepada Abang ..maka Islam itu amat sempurna dan Suci ...maka dia pun mengajar aku ...apa yang harus aku lakukan ..Setiap kali selepas solat atau bila-bila ambik tangan Isteri kita ..mengucapkah 2kalimah shahadat yang pertama dan di sambut oleh isteri kita Wa'ashaduannaMuhammhadaRasullullah sebanyak beberpa kali ..Doa dan niat Nya di Rahsiakan ..rupa nya makan masa juga nak makbul sesuatu usaha atau doa itu ..sekarang baru berkesan Yahoooo ...haha..

Sekarang aku pun tengah mengamal saja nak tengok siapa kah Jodoh aku sebenarnya yang Allah SWT tentukan ... jeng jeng jenggg ....haha nak tengok dari jauh Sahaja bagaimana rupa Orangnya ...haha ..insyallah ..(untuk Isteri Tersayang ..awak adalah Intan bertatah di hati ini ..sampai bila-bila ..)..haha ..saja nak test power ok sayang ..hahaha ..

Bagaimanakah yang dikatakan Jodoh di tangan Allah SWT-1

...Assalamualaikum wth ..Didoakan semoga tuan-tuan sentiasa di Rahmati Allah SWT dan selamat berjumpa lagi setelah sebulan purnama saya tidak ..menulis.

Bukan tak ada masa tapi ...lain-lain hal haha ..sebenarnya sedang "Focus" kan sesuatu ..buat setakat ni hanya hampir-hampir sahaja ..harap-harap "strike" ..Amin.

Pada suatu ketika dahulu saya pernah diceritakan hal-hal Jodoh ..dan ada di web yang lepas-lepas saya juga ada bercerita tentang jodoh ..

sambungan dari cerita yang lepas apakah yang dikatakan Jodoh di tangan Allah SWT ..mengikut perjalan Sunnah Aljemaah ..kita hendahlah bermohon kepada Allah SWT ..dengan sering berdoa dan mengamalkan surah/Al-Quran tertentu ..

Amalannya Baca lah Surah KulhuAllahuAhad...bebanyak 3 kali dan
Doa nya "Ya Allah temukanlah aku / tunjukkan lah aku Jodoh yang paling sesuai"
caranya baca waktu subuh dan malam sehingga lah Allah berikan kita petunjuknya ..

Mungkin dalam mimpi akan akan tunjukkan ..Jodoh kamu ada dengan si Dia ..yang tinggal di sini dan sini ..ITU LAH YANG DI KATAKAN JODOH DITANGAN ALLAH SWT

Tapi bila kita berjumpa dengan gadis / wanita / perempaun cantik ..kita minat dan kita menyunting dan meluahkan hajat hatinya ..bila si dia pun bergitu ..selepas itu termetrai lah satu ikatan hubungan suami isteri setelah cukup rukan nikah ..

Ini lah yang di kata kan kita Syok sendiri ..dan nak sedapkan hati kita ..dan selalu orang cakap ..Dah Jodoh ..sebab itu di dalam hubungan rumah tangga ada yang pincang ..si suami tak pandai ambik hati isteri ..si suami tak faham hati isteri ..si suami tak perihatin ..si suami blablabla DAN SEBALIKNYA ..sehingga bergaduh suami isteri ..tumbuk kerajang ..maki-hamum ..dan macam-macam lagi ..sehingga pencerian .. dan orang kata ..Dah Jodoh macam tu ...dan bila orang tak faham tak belajar mula la bercakap ..dugaan yang Allah SWT beri ..

KALAU jodoh tadi datangnya dari Allah SWT dengan petunjuk dan hidayahnya ..maka ketung-ketang, ketung-ketang di dalam rumah tangga dan kehidupan suami-isteri amat-amat kurang dan jarang-jarang ..

Sesungguh nya Allah SWT yang menjadikan kita ..Dia amat tahu yang baik dan yang buruk untuk kita ..Jika Tuan ..Atau Puan rasa diri tuan-tuan / puan-puan tak cantik mempunyai penyakit atau atau apa juga alasan dalam memilih jodoh yang sesuai ..maka Rujuk lah kepada Allah SWT ..Insyallah Allah SWT akan tunjukkan kita di mana jodoh kita sebenarnya ..senang cakap ..Allah SWT telah jadi kan semua makhluk Nya berpasang-pasangan ..Bulan dgn Matahari ..Langit dan bumi ..pokok, binatang, batu-batan, semua ada pansangan masing-masing haha SO jangan lah rasa kita tak ada pasangan ..

Agak-agak anda ..bagaimana agaknya matahari dan bulan bermadu-mesra yek haha agak-agak nya bagaimana langit dan bumi beradu mesra yek hahaha ..Dan yang pernah diceritakan kepada saya Bulan dan Matahari selalu berdoa kepada Allah SWT .."Ya Allah semoga aku (matahari dan bulan) akan hidup bersama-sama buat selama-lama nya di dalam Syurga MU Ya Allah... "

Jadi bila kita sering bergaduh suami isteri ..ipar duai ..anak beranak ..mak bapak dan mak bapak mertua ..ada kah itu jodoh datang dari Allah SWT ..Bukan dari Allah SWT itu jodoh kita sendiri ..KITA SYOK sendiri ..haha ..bersambung ...

Friday, May 21, 2010

Shahadat / 2 Kalimah Shahadat

..Diceritakan lagi Apa Itu Shahadat ..Diceritakan lagi Shahadat atau 2 kalimah Shahadat itu dalah ZAT ALLAH SWT ..
Dengan Shahadat lah kita berhubung dengan Allah SWT

Shahadat yang ingin dijelaskan ialah " Shahadat Tasbih " iaitu menghampiri Separuh Ulamak (definasi Ulamak disini BUKAN ulamak yang kita faham atau nampak atau yang selalu keluar TV atau Ulamak / Penceramah Bebas hahaha...)

Ulamak disini adalah Maklaikat dan Wali-wali Allah Kamaallah Wadjha...Orang yang tidak makan dan minum kerja nya hanya bertasbih kepada Allah SWT.

Shahadat nya macam biasa ...

Ashaduallaailahalillah sebanyak 17kali (..sahaja dan tidak di teruskan dengan Muhammadarasullah)

Shahadat ini di Baca dan turunkan oleh Allah SWT sebelum ada nya Manusia (Nabi Adam) dan sebelum terciptanya dunia dan lain-lain,

Niat nya: Ya Allah jadikan aku orang yang terbaik di sisiMU
Segala doa dan puji adalah RahmatMu. Amin ya rabilalamin.

Dan di ikuti dengan Tasbih: :SubahanAllah walhamdulillah .." sebanyak 7 kali

Kelebihannya : Kita akan di kembalikan seperti asal iaitu seperti bayi yang tidak ada dosa...Dan Allah SWT akan Ampun kan Dosa kan ...

CARA BACAANYA DAN WAKTU AMALAN DI RAHSIA ...(ada yang boleh kita cerita dengan orang ..ada peringkat yang kita kena RAHSIA kan ..)

2. Shahadat kembali kepada Allah

Bacalah Shahadat sebanyak 3 kali dan
KulhuAllah ..3 kali ..

Allah akan Rahmati kita ...Insyallah ...

...Bersambung ...

Monday, May 17, 2010

Iklas

..Diceritakan ..Tentang Bab Iklas, sebenarnya tidak banyak yang diceritakan tentang bab Iklas kepada saya, walaupun Iklas kalau di eja amat pendek hurufnya tetapi pengertian nya besar di sisi Allah SWT.

Apa jua ibadat yang kita lakukan hendak lah iklas, sebenar nya apa yang diceritakan kepada saya, untuk saya tuliskan adalah amat sukar sekali ..kerana Iklas itu tiada kayu pengukur dan sukar untuk diukur oleh sesorang.

Apa yang diceritakan ..Iklas kepada diri sendiri, Iklas kepada ibu dan Bapak kita, Iklas kepada Suami, Iklas kepada Isteri, Iklas kepada anak-anak dan yang terutama sekali Iklas kepada Allah SWT ..dan juga Iklas kepada Ibadat kita.

Yang sebenar-benar Iklas saya sendiri tak dapat gambarkan ..apatah lagi merasakan ..itu yang buat saya sendiri ..kadang-kadang sedih kepada diri sendiri..kerana masih tidak dapat jawapan apa itu Iklas dan merasai Iklas yang sebenar..jadi saya tahu lah ibadat saya masih lagi banyak yang kurang dan masih jauh perjalanannya ..

Orang kata untuk latihan atau latih diri ..kita buat sahaja apa jua perkara sama ada perkerjaan dan Ibadah ..lama-lama Iklas itu akan datang ..dengan sendiri ..yang penting latihan kepada diri kita ..Cuba seIklas - Iklas Nya ...bersambung..



..

Kematian - Bab 2

..Pada 12hb May 2010, minggu lepas saya di bawa ke Hospital Putrajaya, untuk menziarah mak mertua kepada rakan office tu, rakan office tu seorang perempuan dan menantu pertama dalam keluarga yang saya nak ceritakan ..

..Mak mertua rakan tu dah berumur 80 tahun lebih, dia dimasukan ICU, atas sebab tersalah makan dan terus koma, sejarah hidup pesakit tu dia ada kencing manis dan darah tinggi package la yang kata ..

Seperti biasa lah aku dapat menziarah orang yang sakit itu, tengok-tengok saya pun balik lah ..besok nya rakan tu bawak rakan lain ..mamat ni adalah mungkin ilmunya ..di ceritakan masa mamat tu membaca ayat-ayat Alquran ..pesakit yang koma tadi mula bergerak-gerak ..mata nya terbeliak mencari sesuatu ..

Menantu kepada pesakit tadi menceritakan kat saya ..emm ..dia kata mak mertua dia tak pernah sembahyang ..sepanjang hidupnya ..masa pesakit itu masuk ICU ..ada perkara-perkara yang aneh yang berlaku ..anak cucu yang tumpang tido di rumah pesakit tadi di ganggu ..kadang-kadang bau hancing ..macam air kencing dan sebagainya ..

Pasti keadaan macam ni ..pesakit itu mempunyai belaan almaklum orang tua-tua dulu ni ada yang bersandarkan kepada benda-benda macam ini..mungkin pesakit tadi dah mati ..cuma belaan tadi sahaja yang masih tinggal ..kemudian dia akan pergi kepada ahli keluarga yang terdekat untuk kerus menjadi tuan dan hamba ..

Aku yang dah tahu cerita, maka aku berdiam diri sahaja ..orang tak mintak tolong ..dan aku pun tak nak tunjuk pandai ..haha isteri aku cakap kenapa awak tak tolong entah-entah kakak tu bawah awak tengok mak mertua dia ..nak mintak awak tolong ..tapi tak kan dia nak cakap nak mintak tolong ..apa lah awak ni haha ...itu lah dia isteri yang boleh baca hati kita ..semoga Allah SWT sentisa merahmati awak dan kedua ibubapa awak sayang..amin.

Kematian - Bab 1

..Diceritakan lagi ..Di dalam bab kematian .. dimana serba sedikit ianya telah diceritakan di bab yang terdahulu. Untuk orang yang telah di angkat mertabatnya di sisi Allah SWT, maka roh dan jasad nya akan dibawa ke tempat semtara di alam barzah, dia akan di beri makan minum dan tempat tinggal yang amat sempurna, di beri pakaian dan kesenangan. Kuburnya akan di beri cahaya dan ruang..

jika kita sudah sampai ke peringkat yang tinggi, pasti bila saat kematian itu akan hampir ..Allah SWt akan menghantar maklaikat jibril kepada kita ..untuk memberitahu akan kepulangan kita ke Rahmatullah.

Jibril Alaisalam akan datang 100 hari sebelum hari sebenar untuk memberitahu ..wajah nya seperti kita ..berjubah dan memakai songkok haji ..kemudian datang Dia lagi kepada kita dalam masa 40 hari ..sama ada dalam mimpi sedar atau kita tidak sedar ..kemudian seminggu sebelum dan kemudian 24 jam sebelum dia datang untuk kali terakhir.

Itu yang selalu kita dengar cerita orang tua-tua, atuk-atuk atau nenek-nenek kita berkata.."aku dah nak balik tak lama lagi ..mungkin lepas waktu Zohor ..", maka sempat lah kita membersihkan diri solat dan kita baring untuk menunggu nafas yang terakhir.

Ketika itu jibril dan Israel Alaisalam datang cabut nyawa kita sambil menitiskan air mata ..kerana takut akan menyeksa kita.

Kalau kita sebaliknya ..maka Dia rentap je nyawa kita ..bersambung ..

Monday, May 10, 2010

Solat / Sembahyang Bab - 8

.... Di cerita kan lagi ..bila kita membaca bacaan di dalam sembahyang hendak lah kita membaca dengan jelas, terang, sayu, mengasikkan (walaupun tak pandai taranum), hanya dapat di dengar oleh telinga kita sendiri, DAN YANG PENTING di baca dengan pelahan Dan berhenti di tempat yang sepatutnya berhenti ..

Kita ambil bacaan AlFatihah dalam sembahyang ..Almdulillah hirabil alaminn ..
pertama mulut dan hati (roh) hendak lah membaca bersama-sama, DAN YANG PALING penting baca lah sehingga nafas kita habis dari dalam dada ..kemudian berhenti seketika 5 sec, dimana selepas sahaja kita berhenti pada ayat pertama ini ..Allah SWT akan beri kan kita rahmat Nya ..dan seterusnya bacalah Ayat yang kedua ..Arrahman Arrahimmm ..

Rahsia Nya ..Bayang kan kalau kita baca laju ..ayat pertama ke ayat kedua dan seterusnya ke ayat ketinga hingga lah ketujuh dalam Fatihah..Kebanyakkan bacaan laju ini delalu berlaku di waktu Sembahyang Sunat Trawih ..kebanyak kan Iman Tahfiz ..

Dimana Allah SWT belum sempat memberi Rahmat pada kita untuk Ayat yang pertama tadi ..kita dah masuk ayat kedua ..Macam mana Allah SWT nak bagi Rahmat kita pada ayat Fatihah yang kedua dan seterusnya ..maka bukan sahaja tak dapat Pahala ..Allah SWT akan palingkan MUKA Nya ke arah lain pula ..bukan sajaha itu malah kita dapat Dosa..Ayat-ayat yang keluar dari mulut kita tadi akan menjadi bahan bakar kita di dalam Neraka Besok ..pasal kita tak belajar dan mengkaji sebenar-benar sembahyang seperti mana Nabi Muhammad SAW Sembahyang melalui Wahyu yang diturunkan melalui Jibril ASM ..

Fikir-fikirkan renung-renungkan, bukan semua orang boleh sembahyang ..kena belajar dulu..menkaji sembahyang fahamkan apa itu sembahyang ..barulah boleh sembahyang ..kalau dah hidup sembanyang kita barulah Wajib kita sembahyang ..Yang baik datang Nya dari Allah yang buruk datangnya dari diri saya sendiri ..

Sekarang Nabi Kita Muhammad SAW sudah Wafat ..Minta maaf saya cakap kasar ..Imam-iman, ustat-ustat, alim ulamak, mufti pula tak mengkaji sampai ke tahap ini (sebenarnya ini baru Syariat sahaja) pasal kawan pun masih duduk dalam Syariat ..Kemana dan Macam-mana kita ..hala tuju kita ..untuk mendapat ketahap ..Yang Terbaik Disisi Allah SWT ..

Para-Nabi dan Para Rasul ..Allah SWT duga mereka bertahun-tahun ..dudul di dalam perut ikan ..(kalau saya dah lama jadi tahi ikan haha) ..Kudis seluruh badan ..dan dugaan yang paling hebat .. dan bertahun untuk mendapat Rahmat Allah SWT ..kita ???? haha ...

Jawapan nya ..Berdoa lah kita terus kepada Allah Bermohonlah kita kepada Allah SWT ..kita hanya ada Allah SWT ..dia lah Guru kita Sebenar-benarnya ..Dia MAHA Pengasih Dan Maha Penyayang ..Kalau kita selalu berdoa terus kepada Nya ..Insyallah Allah akan memberi petunjuk dan hidayah Nya .. Insyallah hidup dan Mati kita yang terbaik disisi Allah SWT...

Solat / Sembahyang Bab - 7

..bersambung Diceritakan lagi ..Apa jua ibadah yang dilakukan sama ada ..Sembahyang, Puasa, Zikir, Mengaji AlQuran dan lain-lain ..bacaan yang di lafazkan melalui lidah dan mulut hendaklah di ikuti dengan bacaan di dalam Hati (Roh) ..

Kerana kita di dalam tubuh kita mempunyai 3 element iaitu Jasad, Roh dan Allah SWT ..
sesungguhnya mulut zahir kita ini adalah mulut yang kuat berbohong ..contohnya jika ada adik/abang/kawan nak pinjam RM 1/-, mulut kita tak kasi ..kata mulut kita mana aku ada duit ..selepas sahaja rakan itu berlalu ..maka hati kita akan berkata ..Alahai kenapa lah aku tak berikan pinjam RM 1/-, bukan besar sangat pun cuma RM 1/-, kalau betul-betul dia ada duit mesti dia tak mintak ..ni mesti betul-betul dia tak ada duit ..ITU lah antara perbezaan mulut dan hati (roh) ..

Bergitu juga dalam sembahyang ..bila mulut mula sembahyang hendak lah kita sertakan dengan hati kita (roh) ..sama-sama sembahyang baca tabir sama-sama, membaca Fatihah sama-sama ..Bak kata semua hendak lah di baca dengan hati (Roh) ..

Untuk kita ajar dia bersama-sama beribadah kepada Allah SWT ..kerana besok kalau kita mati jasad kita dalam seminggu di dalam kubur akan dimakan oleh cacing/ulat/kalajengking/ular hitam dan sebagainya ..

Dan yang tinggal hanya lah Roh sampai ke Alam Pembalasan ..Kalau hati (roh) kita tadi tak pernah menyebut nama Allah SWT atau sembahyang ..dan sebagainya ..macam mana kita nak menjawab besok di hadapan Allah SWT ..lu pikir lah sendiri haha ...

Jadi tuan-tuan sembahyang ini bukan perkara yang boleh diambil ringan ..kena belajar ..mengkaji ..Semoga sembahyang kita yang terbaik disisi Allah SWT ..Amin...

Rahmat Allah

...Semalam 9hb. Mei 2010 ..aku bersama seorang rakan pulang ke kampung halam aku di selatan tanah air ..tujuan utama ialah untuk belajar dan ingin menambahkan sedikit amalan ..pada hujung bicara seperti biasa aku minta rakan aku untuk buatkan air doa untuk anak-anak dan isteri aku ..

Sedang dia membuat air doa untuk diri aku ..Aku dikejutkan satu berita yang keluar dari mulut rakan ku ini kata-katanya "..awak ni ada Rahmat yang akan diturunkan oleh Allah SWT (kata-kata rakan aku itu seterusnya aku rahsiakan)" ..Bila ..Di mana ..Siapa adalah menjadi tanda tanya pada pada diri ku yang masih buta dalam Ilmu Sunnah Aljemaah ini..

Aku buat-buat tak terperanjat ..(kerana aku sedari di sekeliling aku ada orang yang tidak sesuai untuk cerita aku ini) ..aku pun buat selamba ..senyum-senyum malu ..

Apa pun biarlah aku Rahsia kan dari pengetahuan semua orang kecuali Isteriku yang tercinta itu pun kalau dia menanya apa dia rahsia nya)..pada aku kalau betul itu yang Allah SWT tetapkan dan yang diRahmatkan kepada ku ..aku berserah kepada Allah SWT ..Dari Allah aku datang kepada Allah Aku dikembalikan ..dan aku percaya ..aku berhak menolak Rahmat Allah SWT itu dan minta digantikan dengan Rahmat yang lain Nya ..bersambung ..

Thursday, May 6, 2010

Kematian

..diceritakan sedikit tentang kematian, Hidup dan Mati itu ditangan Allah SWT, memang betul ..tapi kalau dikaji secara ilmiah dan dirujuk kepada Allah SWT .. kematian seseorang itu adalah di sebabkan oleh beberapa perkara dan penyebabNya, salah satu penyebab atau perkara kematian itu ..kematian / gugur bayi didalam rahim dimana Jika Allah SWT dapati bayi itu tidak sempurna kejadian nya atau kurang kalimahnya makan Allah akan mematikannya semasa didalam kandungan ibunya..

..kematian kedua perjanjian dia dengan Allah SWT semasa hidupnya di dalam alam roh, sebelum rohnya di tiupkan kepada jasadnya oleh Allah SWT..bila sahaja sampai waktu perjajian/kematian hamba tadi dengan Allah SWT maka balik lah ia kelam sementara iaitu alam kubur/barzah ..

..kematian ke tiga ..mati di sebabkan oleh makanan ..dimana punca-punca penyakit Darah tinggi, kencing manis dan sebagainya ..dimana semasa kita hidup kita main makan saja dan berlebihan memyebabkan kematian kepada kita ..

kematian ke empat .. kematian di sebabkan oleh kita sendiri .. contoh saya kita beli motor ..bawak laju-laju atau kita bawak pelan-pelan kita dilanggar oleh kenderaan dan menyebabkan kematian kepada kita ..

Apa yang diceritakan di atas adalah penyebab kematian ..RAHSIA Allah SWT .. sebenarnya ..Allah SWT telah menetapkan umur manusia itu contohnya 100 tahun ..dan pintu roh tersebut terbuka pada umur 100 tahun ...tapi bila kita mati umur 5 tahun ..10 tahun 15 tahun atau 65 tahun atau 85 tahun...kemana roh kita pergi ..untuk menunggu pintu roh tadi yang akan dibuka tekala umur roh kita 100 tahun ...

makan roh kita tadi akan bergumpal-gumpal macam awan di tiup angin kesana-kemari, ada yang menangis di kubur ..ada yang kesejukan ..ada yang kelaparan di bawah tangga rumah sendiri (nak mintak makan atau minum dari anak, isteri mereka tak nampak ..), ada yang menjadi penganggu kepada manusia yang hidup menyampuk sana ..menyampuk sini ..ada yang tidak berbaju ..dan sebagainya ...

Dan itu belum lagi diambil kira menunggu hari pembalasan hari kiamat ..berapa puluh tahun lagi ..

Sebab itu Bapa kita ..Ibu kita ..Guru-guru kita Ustat-ustat kita sering mengingatkan bawalah berkalan semasa hidup ..besok itu yang akan membantu kita ..

Bayangkan saya mati umur 65 orang kata paling hebat la tu haha..nak tunggu lagi 35 tahun baru pintu roh akan terbuka ..kemana saya nak duduk/tinggal ...dulu saya tak pernah tinggal sembanyang ..saya tak buat maksiat ..saya tak pernah tinggal puasa ..pokok nya saya terut apa yang Ugama kita Islam kehendaki ...tapi tekala itu Allah SWt kata betul kau ikut syariat, Alquran dan Sunah ..TAPI satu pun tak sampai kepada aku ...apa kita nak jawab dengan Allah SWT ..besok ...haha ..

Apa yang saya ceritakan dan saya tekankan ..orang kata biar sembahyang sekali seumur hidup tapi sembahyang kita sampai dan di terima oleh Allah SWT dari kita ..Jangan sampai kita solat ..tapi kita tak tahu dan tak nak ambil tahu kemana solat kita adakah diterima atau tidak ..dan jangan kita semua main ikut je ..kita kena belajar hingga ke liang-lahat mencari dan mengkaji ...

..."Dalam AlQuran kita, Allah menyatakan jika kau menyebut sepotong ayat aku akan masukan kau kedalam Suyrga .."

Fikir-fikirkan renung-renungkan ..Alhamdulillah saya bersyukur kerana kami suami isteri telah diceritakan serba sedikit dan cuba memahami apa yang dicerikatakan ..Selamat Beramal...bersambung ..

Solat / Sembahyang Bab - 6

... Adalah diceritakan lagi, ketika dan sebaik sahaja lafaz niat "Usolli fardar Magribi .." atau niat sembanyang untuk lima waktu yang lainnya atau untuk sembahyang sunat ..maka bila sahaja aras tangan di angkat lepesai 90 darjah maka di susuli dengan niat didalam hati "Ya Allah Aku menyembah Mu" dan mulut terus menyebut tabir "Allahu Akbar" sehinggalah tangan di letakkan di atas pusat.

...sebutan tabir di dalam sembahyang dibaca dengan sempurna iaitu "Allahu Akbar" dimana Allah itu dalam kiraan 4 harkat dan huAkbar itu di kira dalam 2 harkat, contoh yang paling tepat jika kita menyebut tabir untuk sujud dari selepas berdiri sebentar dari rokuk, kita pun menyebut tabir "Allahu Akbar" tetapi kepala kita masih belum diletakkan diatas lantai/sejadah bacaan kita sudah habis maka kurang pahala sembahyang nya ..(diceritakan keseluruhan sembahyang kita hanya dapat 1 pahala sahaja)

...Yang paling baik kita sebut tabir "Allahu Akbar" dan berhenti dari sebutan tabir apabila dahi kita sudah diletakkan dengan sempurna diatas lantai/sejadah dan tiada pergerakan lagi maka barulah kita boleh berhenti dari sebutan tabir ..

Nampak remeh tapi inilah yang memberi banyak pahala dalam sembahyang kita .. dan ini lah yang ditekankan di dalam rukun 13 dalam sembahyang....bersambung

Saturday, May 1, 2010

Solat / Sembahyang Bab - 5

...bersambung Diceritakan lagi, takala kita sudah berdiri di atas tikar sembahyang, maka perlukah kita mengucap 2kalimah Shahadah sebanyak 3 kali atau 7 kali, di ikuti oleh selawat kepada Nabi junjungan kita Muhammad SAW ..sebanyak 7 kali ..

kemudian bacalah doa .."Subahan Allah Walamdulillah ..Ya Karim" (doa sebelum azan)

1. KENAPA kita kena mengucap 2kalimah shahadat sebelum sembahyang?

Kerana jika kita terkeluar dari Islam maka itu lah tanda nya kita berbalik kepada Islam, 2KALIMAH SHAHADAH itu dalah ZAT ALLAH SWT, dan supaya sembahyang kita di berkati Allah SWT, dll.

2. KENAPA kita kena selawat kepada Nabi kita.. Nabai Muhammad?

Kerana kita adalah umat Muhammad SAW, nanti kalau berada di padang Masyar masa/hari PengADILan/balasan dihadapan Allah SWT, kelebihan Umat Muhammad akan di Nisab dalulu dari kaum nabi-nabi yang lain nya ..

Selawat itu menunjukkan kita umat Muhammad

Sesungguhnya Allah SWT dan para mailakatNya berselawat kepada nabi dengan selawat yang sempurna ..

Kalau kita selalu selawat nabi makan nabi akan kenal kita besok ..

3. KENAPA kita kena berdoa SubahanAllah walhamduililah ..(hingga).. Ya karim (doa sebelum azan)

Kerana ini lah doa bermohon kita kepada Allah SWT untuk kita mendirikan sembahyang / Solat ..bukan senang nak sembahyang kena mohon dahulu kepada Allah SWT ..Supaya Allah SWT datang dihadapan kita dan mengimamkan sembahyang kita ..baru lah Best ..

kadang2 saya perhatikan dekat mesjid ..kebanyakkan orang ..sampai sahaja ditikar sembanyang ..terus solat .. Allah SWT belum sempat datang lagi hang dah angkat tabir ..hang sembah siapa ..beri la masa sikit ..buat dengan pelan dan penuh tertib ..ZAT Allah SWT belum sampai ...lagi hang dah angkat ... kalau tak belajar ..kita buat main SYOK sendiri ..sampai kita mati ..belum tentu sembahyang kita di terima oleh ALLAH SWT ..fikir-fikir kan renung-renung kan ...itu lah kenapa perjalanan Sunah Aljemaah memberatkan tertib dan sunnah ..

Dari Implikasi diatas, Allah SWT akan datang juga di hadapan kita, ketika kita sembahyang, itu tanda ..sesungguh Nya Allah SWT itu Yang Maha Pengasih dan Penyayang kepada hamba Nya ..(walaupun kita tak nak memcari dan mengkaji ilmu Allah SWT itu) ...tetapi Allah SWT akan pelingkan muka Nya kearah lain ..

dan selepas ...Ya Karim" doa lah .."Ya Allah berilah aku kemenangan dalam hidup supaya .....(anak aku pulang ke pada ku ..ini kalau ada anak2 yang lari dari rumah) ...(isteri ku kembali kepada ku ..ini kalau isteri lari dari rumah) ..(di murahkan rezeki ku ..YA Allah beri lah aku rezeki ..ini kalau nak tembah rezeki) ..dss nya)..
ini kita panggil doa sebelum sembahyang ....bersambung...

Solat / Sembahyang Bab - 4

...bersambung ..Diceritakan kan lagi bila kita beruduk ..takala air sembahyang terkuna kulit muka yang pertama kali ..maka niatlah sepertimana yang diajar oleh ustat-ustat kita ..niat yang saya amalkan didalam hati adalah seperti berikut .." YA Allah suci kan diri ku dari hadas kecil dan besar.."

Lakukan lah berwuduk sepertimana yang di ajarkan oleh syarak/syariat ..yang paling penting : 1. Tertib (sampaikan air keseluruh anggot badan mengikut turutan ..komor2, sapu muka dss.) 2. Sempurna (maksud biarlah air uwuk itu rata ke seluruh anggota) 3. Fokus Alaah SWT (maksudnya sudah bermulanya fikiran kita / hati kita fokus kepada Allah SWT / Khusyuk kepada Allah SWT)

Tertib beruwuk telah diceritakan dilaman bulan Jan./Feb.

Wednesday, April 28, 2010

Solat / Sembahyang Bab - 3

... Bersambung diceritakan lagi kepada saya ..Rahsia Sembahyang itu ..diambil contoh satu waktu ..iaitu Waktu Subuh ..Jika kita sembahyang waktu Subuh ..semasa kita angkat tabir siapakah yang akan hadir di hadapan kita ketika itu ...Dia adalah ZAT ALLAH SWT waktu SUBUH ..ketika kita angkat tabir ..maka bulu roma kita akan naik ..rasa takut seram sejuk ..pilu ..sedih ..gembira ..hingga kita tak mampu untuk memulakan bacaan kita akan menangis dan terus menangis .. kita tidak mampu untuk membaca Fatiha Suhannallah ..ketika itu kita rasa kita diri kita hamba dan sedang berhadapan dengan Allah SWT yang Maha Esa ..kita rasa diri kita tak mampu atas segala-galanya ..(ini sebenarnya semua orang akan rasa ..ini lah rasanya sebahagian kenikmatan dalam sembahyang dan kita yang masih belajar SYRIAT bergini lah rasa nya ..kecuali kalau dah tinggi ilmunya..insyallah kita akan dengar suara Allah SWT ketika kita sembahyang dan taraf yang paling tinggi kita akan melihat Allah SWT ..selalunya kalau kita kat taraf ini kita dah tak duduk di alam duniawi haha ..kita pergi kerja dengan berjalan kaki sahaja walaupun jauh ..haha .. kita tak makan ..makanan yang berlauk ..haha ..paling kuat kurma 3 biji ..haha ..

Jika tuan-tuan rasa apa yang saya rasa dan diceritakan di atas ini ..itu satu permulaan yang baik ..(Ini adalah rahsia saya untuk tatapan anak2 dan Isteri tercinta, dan berkongsi pengelaman dengan tuan-tuan para-pembaca Budiman)..anak2 saya selalu komen ."Daddy kalau sembahyang selalu menangis ..tak best lah ..." haha anak2 umur 4-8 tahun ni tak tahu apa2 ..

Isteri saya pula dulu suka berjemaah bersama ..tapi sekarang dia dah boleh sembahyang sendirian ..aku reda pasal dia pun telah di tunjukkan RAHSIA NYA ..tapi kalau suami-isteri sentiasa dapat sembahyang bersama ..semua nya bersama ..sesungguh Rahmat Allah SWT kepada suami-isteri itu lebih ..(ini dah bab lain ..lain tahun saya cerita haha..)

Diceritakan lagi perkara yang paling penting dimana letaknya Allah SWT atau Aras Allah SWT ..kalau RAHSIA tu kita dah tahu mudah la sikit untuk kita berdoa dan beribadah (sembahyang dan sebagainya dan apa jua yang kita buat) .. Ibarat surat yang kita hantar itu dah tahu alamat nya dan senang lah posman hantar surat itu sampai kepada tempat yang dituju kalau kita tahu kat mana Allah SWT macam mana doa kita ibadah kita, sembahyang kita dan yang lain2 nya nak sampai kepada Allah SWT ..

Tapi sesetengah orang kata ..aku buat yang terbaik disisi Allah SWT ..selebihnya aku serahkan kepada Nya ..sesungguhnya Dia yang layak dan Allah SWT sahaja yang menentukan ..pada saya TEPUK DADA TANYA SELERA haha ..

kalau saya ..bila saya derma RM 1/-, saya nak RM 1/- tadi sampai ke tangan orang yang saya maksudkan ..bergitu juga dengan Islam dan kehidupan saya dan Ibadah saya ..kalau saya puasa ke ..sembahyang ke ..saya nak dia sampai ke kepada Allah SWT ..kalau tak sampai kenapa ..haha ..senang je jawapannya ..saya tak buat kerja sia-sia ..NAK SERIBU DAYA TAK NAK SERIBU DALIH ..haha ..bersambung ..

Solat / Sembahyang Bab - 2

... Diceritakan lagi Jika kita tinggal sembahyang satu waktu (Waktu Zohor contohnya)dan kita ganti dengan 18 rakaat atau pun 18 waktu (Waktu Zohor juga), pun tidak sama dengan sembahyang waktu tadi yang telah kita tinggal kan .. peeh bertapa pentingnya sembahyang ... Di sisi Allah SWT.

Sepertimana yang telah diceritakan dilaman-laman yang terawal tentang Azan Dan Qomat ..Di mana jika kita Azan Dan Qomat dengan betul disisi Allah SWT maka para Malaikat yang tidak berkerja ketika itu akan turun dan bersama-sama berjemaad dengan kita ..untuk menyembah Allah SWT, jadi sembahyang pun kita dapat pahala berjemaah ..kita bukan sembahyang dengan manusia tapi dengan para malaikat .. ini salah satu rahsia solat ..dimana kebanyakkan para Ulama dan Ustat-ustat kita kurang mengkaji ke arah ini..bersambung ..

Solat / Sembahyang Bab - 1

.... Salam untuk anak2 ku dan isteriku tercinta dan juga pembaca budiman, ...alhamdulillah di panjangkan umur dan dapat bertemu kembali diruangan ini ..

....diceritakan lagi ... Solat atau Sembahyang itu bermula dengan niat, beruwduk, dimulakan dengan tabir dan disudahi dengan salam ..yg penting dalam solat adalah tertib dari segi bacaan dan rukun sembahyang 13 perkara..

Di sini diceritakan bab sembahyang secara berperingkat-peringkat dan rahsia-rahsia nya ..semoga sembahyang kita bukan sahaja mendapat pahala penuh, bahkan semoga di berkati dan dirahmati dan diredai oleh Allah SWT ..

Selepas sembahyang setiap waktu berdoa lah kepada Allah SWT .."Ya Allah ajarkan lah Aku sembahyang yang sebenar sepertimana Kau ajar Nabi Muhammad SAW, semoga sembahyang ku tidak sia-sia disii Mu Ya Allah"

Hukum Sembahyang itu WAJIB, jika di tinggal secara sengaja maka berdosa lah kita .. dan jika di tinggal kan sembahyang berturut-turut kemungkinan besar kita akan terkeluar dari ISLAM tanpa kita sedari ..sambung ..

Monday, March 8, 2010

Amalan Untuk Menaikkan Ketahanan Badan

....bersambung ...Dah lama aku tak menulis bukan tak nak kongsi dengan rakan-rakan semua tapi mencari ...Alhamdulillah pada 13hb Februari 2010, telah diceritakan dimana terletaknya ... Semoga aku dan Isteriku gigih lebih gigih, tabah dan sabar melakukan Ibadah.

...Bapak ku sakit hampir 3 minggu ..demam, sakit sendi, batuk dan badan nya lemah ..mula-mila Doktor kata mungkin Denggi, ..dah ambil darah dari 123pt ke 107pt dan Alhamdulillah darahnya dah naik 195pt, Faktor umur yang menyebabkan Bapak ku lemah badan dan mula sakit-sakit, kerana ketahanan badan dah menurun disebabkan faktor umur tadi ..untuk menaikkan ketahanan badan amalan nya

Baca 1 kali Al-Fatiha dan 11 kali WalAsri
caranya ditiupkan sekali pada Roh dan sekali pada Jasad ..
setiap Solat Subuh dan Selepas Solat Magrib ..

Alhamdulillah setelah 2 hari aku amalkan ..Hari ini dia dah boleh bangun, dahan dah rasa ringan sikit dan boleh memandu untuk pergi Mesyuarat di Finas, Mudah-mudah ketahanan badannya meningkat..Amin.

Sahabat aku tak nak mengajar aku untuk jadi seorang peramal perubatan ..tapi aku terpaksa demi Bapak, Isteri dan anak-anak ku tercinta ..Maafkan ku Sahabat.

...bersambung ..

Thursday, February 4, 2010

Adap-Adap Menbaca Bismillah Hi Rahman Nir Rahim

.. bersambung ..diceritakan lagi untuk membaca "BismmillahhiRahmanniRahim" pun ada cara nya .. yang paling bagus hendak lah kita berada didalam berUduk, Baca tidak boleh berdiri, muka kena tunduk kebawah (mata kita melihat pusat kita) dan ada lagi adap-adap yang tidak diceritakan kepada saya ..

Sebenarnya bila kita membaca sahaja ayat tersebut, Allah SWT akan berada dihadapan kita dan berkata "Ya simpulan kenapa engkau memanggil nama Ku" ..tetapi kita tidak dapat melihat Nya, cuma orang dah mati sahaja yang dapat melihat Allah SWT, Tapi kalau kita sudah mendapat Rahmat Dan Nikmat Allah SWT kita sebenarnya pun boleh nampak Allah SWT,

Sebenarnya peringkat saya, anda dan semua orang / manusia, kalau kita hayati di peringkat ini kita akan merasai kehadiran Zat Allah SWT ..dimana bulu roma kita akan berdiri kerana jasad dan roh kita tiba-tiba merasa takut dan tawaduk kepada Allah SWT

Peringkat kedua kita akan mendengar suara Allah SWT.. Sesungguhnya TIADA Makhluk yang Boleh menyerupai atau menyamar sebagai Allah SWT ..bila kita dengar suara itu tanya lah "Ya Allah adakah itu suara engkau .." kalau dia tak menjawab maka dia bukan Allah SWT Tuhan yang Ehsa dan Tuhan yang menjadi kan sekian Alam dan makhluk, kalau dia menjawab maka Dia lah Tuhan yang menjadi kan Sekian Alam Dan Segala Makhluk

Kenapa Doa kita tak sampai kepada Allah SWT, kenapa hajat kita tak sampai kepada Allah SWT, kenapa Ibadah kita tak sampai kepada Allah SWT ..Dan Kenapa Allah SWT menjauhkan diri nya dari Kita ..apa salah kita ..

Diceritakan lagi bahawa, secara tidak sedar perbuatan kita pada setiap hari ..membuat Allah SWT menjauhkan diri nya dari kita

KERANA kita tidak tahu adap membaca "BismmilahhiRahmanhirRahim",

Contoh yang paling mudah .. kita ke pasar Isteri minta/kirim beli itu, beli ini dan sebagainya ..sampai rumah kita lupa .."Ya Allah, sayang abang lupa la kelapa yang awak mintak saya belikan tadi" SEBENARNya bila kita memyebut "Ya Allah..." tadi Allah SWT telah datang dan berada di hadapan kita ..dan berkata "Ya simpulan kenapa engkau memanggil nama Ku" TAPI kita tak nampak ..kita terus berbual dengan Isteri kita ..kalau ini / perkara ini berlaku berterusan PERCAYA lah Allah SWT akan menjauhkan diri Nya dari kita ..ITU LAH KESILAPAN YANG KITA TIDAK SEDAR ..Sesungguh Allah SWT Itu Maha Pengasih Dan Penyayang.

Jadi kepada pembaca Budiman fikir-fikirkan dan renung-renungkan Jangan sesekali sewenang-wenangnya menyebut Nama Allah SWT, Belajar lah ..Dekat tanah air kita ni banyak Ustat-ustat ..yang ada PhD pun banyak, yang ada Master pun banyak, yang Tahfiz pun banyak, Tak kan tak tahu ??? ..Sayang kalau kita tak mencari ..Sayang kalau kita tidak mengkaji ..

SAYA BERCERITA APA YANG DICERITAKAN DAN APA YANG DICERITAKAN BUKAN LAH ILMU TARIKAT, BUKAN ILMU TASAUF ATAU MARIFAT ATAU HAKIKAT ATAU APA-APA PERJALANAN. SAYA MENCERITAKAN PERJALANAN SUNAH ALJEMAAH DAN INI ILMU SYARIAT CARA MEMBACA "BISMMILLAH .." sahaja, Saya rasa Perjalanan dan pengkajian saya dah cukup ..Dan saya tak mampu untuk belajar Tarikat atau apa-apa perjalanan ..Kerana Semua itu POWER-POWER, hanya Orang POWER sahaja boleh Belajar YANG power.. saya tak Mampu dan SAYA tak Power ..KALAU DENGAN "BISMMILLAH .." SAYA DAH BOLEH MERASA KEHADIRAN ZAT ALLAH SWT, DAH BOLEH MELIHAT ALLAH SWT DAN DAH BOLEH NAMPAK ALLAH SWT DAN DAH BOLEH MERASAI RAMAT ALLAH SWT DAN NIKMAT NYA SAYA BER"SYUKUR ALHAMDULILLAH YA ALLAH"

Yang Paling BAIK selepas sahaja membaca "Bismmilah .." berdoa lah "YA Allah berikan lah kesempurnaan kepada diri Ku"

...Perjalanan saya masih jauh, tak tahu boleh sampai ke tidak ke penghujung Nya ..kot-kot umur saya tak panjang dan saya masih lagi di dalam peringkat Belajar Mengenal Huruf atau Di peringkat Bermohon Masuk Islam ..."Ya Allah Berilah aku Rahmat dan Shafaat, Sembahyang ku dan Segalanya Terbaik di sisi Allah"

.... bersambung ..

Adap-Adap Menyimpan AlQuran

...bersambung ..di ceritakan lagi adalah adap-adap menyimpan ini di tempat yang paling tinggi, supaya tidak terlangkah dan sebagainya...(perkara-perkara yang tidak ada adap atau perkara-perkara buruk)

Al Quran jangan di simpan bersama-sama Majalah atau buku-buku yang lain ..Mertabat Quran lebih Mulia dari benda-benda atau buku-buku pelajaran yang lain, jadi simpan lah AlQuran di tempatnya sendiri ...

Bila kita mendengar orang membaca AlQuran ..kita Wajip tunduk dan tawaduk, jika ingin membaca AlQuran hendak lah Beruduk dan Menutup Aurat, bila kita hendak memulakan bacaan AlQuran maka berdoa lah dan berniat lah APA TUJUAN KITA ..Adakah sebagai Ibadah, Atau sebagainya ..

Jika kita sudah mendapat 100% Rahmat dan Nikmat Dari Allah SWT, bila kita buka AlQuran, ayat-ayat didalam AlQuran akan berkata-kata .."baca lah aku-baca lah aku, aku ingin bersama-sama mu masuk ke dalam Syurga" Itu lah dia Roh AlQuran yang di turunkan oleh Allah SWT

Jika kita sudah mendengar suara AlQuran maka boleh lah kita atau senang lah kita belajar dari AlQuran kelebihan-kelebihan dan fadzilat-fadzilat nya baru lah kita tahu dimana ayat-ayat perubatan, ayat-ayat perintah, ayat-ayat menceritakan kisah-kisah silam dan sebagainya, Sesungguhnya AlQuran itu Kalam Allah SWT

Kalau nak dapat tempat ini atau nak ke peringkat ini ..Kita kena tahu dimana kunci Nya, Cara bermohon kepada Allah SWT dan sebagainya ..Sesungguhnya Allah SWT merahsiakan semuanya "Ya Allah tunjukan aku akan kebesaran AlQuran"

Kalau nak baca AlQuran yang paling bagus Suara Islam, Lidah Islam ..emm haha tak boleh cerita lebih-lebih nanti saya sendiri yang pening kepala haha ..

Kenapa Ustat-ustat kita tidak ajar kita ke peringkat ini .. kenapa merahsiakan perkara ini ..emm atau pun Ustat-ustat yang ada sekarang ini pun tak tahu ...emm

Adakah Johan Muzabakah tiap-tiap tahun pun tahu perkara ini ..Ilmu ini ?? Adakah guru-guru Tahfiz di seluruh tanah air tahu perkara ini ..emm?? Apakah Ustat-ustat yang pandai hadis dan Tafsir tahu akan perkara ini ..??

Allah SWT kata kamu baru belajar mengenal huruf dan kamu masih tidah mengenal AlQuran.

Macam mana kita nak kembali kepada Allah SWT Besok .. Kalau AlQuran pun kita tak kenal ..dan secara logik nya Macam mana AlQuran nak kenal kita ..sama juga kita Jarang ber Selawat kepada Nabi //Besok macam mana Nabi nak kenal kita ini umat dia ..

Banyak perkara yang kita buat ikut sedap je, orang kata Syok sendiri ..DIKUATIRI AYAT-AYAT YANG KITA BACA BESOK AKAN MEMBAKAR DIRI KITA KERANA KITA TIDAK BELAJAR KERANA KITA TIDAK MEMCARI, KERANA KITA TIDAK TAHU ..bersambung ..

Wednesday, February 3, 2010

Lagi Kelebihan Shadat

... bersambung Di ceritakan lagi kelebihan 2Kalimah Shahadat, Jika dalam hayat kita, ada kawan berbangsa India ke Cina ke, apa jenis bangsa dan agama pun tapi sangat baik kepada kita .. kita susah dia tolong, kita sakit dia tolong, kita tak makan dia bantu wang ringgit sebagainya, Bak kata orang memang amat berjasa kepada kita ..dan kita sayang kat dia ..kerana perbuatannya Iklas san sebagainya (anda lah yang layak menilainya) kepada kita

Diceritakan satu doa "Ya Allah diminta diIslamkan lah Simpulan bin/binti Simpulan" dan mengucaplah 2 kalimah Shadat, Insyallah dia akan sama-sama kita di alam Syurga kelak..dan sebagai balas jasa nya kepada kita ketika di dunia.

Sebelum kita Nak meng Islam kan Orang, kita sendiri kena Islam .. adalah kita Islam

Betul kita hari-hari mengucap 2 kalimah Shahadat dan Betul kita Islam, tapi Allah SWT kata itu baru BERMOHON masuk Islam, belum Islam lagi ..emm bab ni dah tinggi tak boleh cerita kat sini nanti dengan aku-aku sekali pening kepala haha ..Hanya Allah SWT sahaja tahu Islam Sebenar ..kita sebagai hamba carilah apa itu Islam Sebenar ..sentiasa berdoa "Ya Allah tunjukan aku jalan yang Lurus" (berdoalah seperti aku amalkan setiap kali habis Sembahyang" seperti catitan yang lepas-lepas, mudah-mudah Allah SWT beri kita Petunjuk dan Hidayah Amin")...bersambung

Beramal Dan Rahmat Allah SWT

...Bersambung ..sudah lama aku tidak menulis..buat masa ini aku lebih suka beramal bukan tak nak kongsi ilmu, tapi cuba memahami Rahmat Allah SWT dan Nikmat Allah SWT

Satu topik yang pening kepala nak faham haha ..

Sekarang baru lah aku faham .. kita cari kerja dan dapat perkerjaan, kita cari isteri dan beristeri, kita cari harta dan dapat harta ..

Itu semua kita cari dan kita dapat ..kalau kita tak dapat mungkin orang kata bukan rezeki atau belum jodoh atau usaha kita kurang ..

Sesungguhnya semua berlaku dengan Kehendak dan keIzinan Allah SWT ..Tapi bukan sebenar-benar Rahmat Allah SWT turunkan Khas bagi kita ..

Surah Inna'aktai'na kal kau sar

Allah SWT berkata
- Maha Suci Allah Aku tidak berdusta kepada kecuali orang yang tidak kenal Aku
- Doa Penyayang
- Barang siapa yang baca pagi dan petang, orang itu yang Allah SWT Sayang
- Jika Allah SWT Dah Sayang, minta apa sahaja
- Doa kepada Ayat / Surat Inna'ak'tai'inna Kal kau Sar : "Ya Allah Kembalikan Simpulan kepada Ku"
- Ayat (Al-Quran) yang mempunyai Kasih Sayang yang amat tinggi sehingga Allah SWT Menitikkan Air Mata
- Kesan mana Allah SWT Sayang kapada kita orang pun sayang kepada kita
- Rezeki pun suka kepada kita
- Pokok / Bumi akan Salam kepada kita

Jika kita beramal pun belum tentu Doa kita Sembahyang kita Amalan kita sampai ..kepada Allah SWT

Aku dah lama beramal lebih dikatakan hampir 10 tahun ..tapi masih tak merasai Rahmat dan Nikmat sebenar ..dimana salah nya ..

Mungkin sesetengah orang "aku buat yang terbaik selebihnya aku serah kan kepada Allah SWT kerana Dia berhak menentukan segalanya ..dan kita tak perlu mempersoalkannya"

Tapi bukan Aku, Aku nak kalau aku beramal / Beribadah / Sembahyang / Berdoa ianya mesti sampai kepada Allah SWT, Aku tak buat kerja yang sia-sia dan aku tak nak Allah SWT kata aku Syok sendiri ..

Aku tahu dan Faham kenapa ianya tidak sampai kepada Allah SWT ..KERANA Aku tak tahu di mana Allah SWT / Aras Allah SWT

Aku percaya Allah SWT mendengar Doa aku / Sembahyang aku / Ibadah aku ..tapi tak samapai kepada Allah SWT

Dan jika dah Sampai segala Ibadah aku kepada Allah SWT maka baru lah aku Redo' dan aku serah kan kepada Allah SWT ..Tapi aku bukan menyerah bergitu Sahaja ..Kalau tak dah sampai kenapa Allah SWT tak layan Doa aku / Ibadah aku / Sembahyang aku .. Aku akan find out Why .. and will resolved the Problem ..mungkin aku kurang Bersungguh-sungguh atau kurang Mati-matian berIbadah kepada Allah SWT ..

Besok setiap perbuatan kita akan di tanya oleh Allah SWT ..di kala itu baru lah kita minta untuk balik kedunia untuk belajar sembahyang dan sebagainya Tapi semua sudah terlambat ..

Aku percaya kalau kat Dunia ini kita tak merasai Rahmat Dan Nikmat Allah SWT yang sebenar maka TIDAK hairan kalau di Alam Kekal kita Juga tidak Merasainya.

"Ya Allah tunjukan aku jalan yang Lurus"
"Ya Allah tunjukan aku jalan yang Benar"

"Ya Allah tunjukan aku kelebihan Shahadat"
"Ya Allah tunjukan aku kelebihan Sembahyang"
"Ya Allah tunjukan aku kelebihan AlQuran"
"Ya Allah tunjukan aku kelebihan Islam"

"Ya Allah berilah aku Rahmat dan Nikmat mu"
"Ya Allah ajar kan lah aku sembahyang yang sebenar, supaya sembahyang dan segalanya yang terBaik di sisi Allah"

"Rabbana atina Fit dunia Hasanah ..." Dan bukan Azabanna yang kita cari.

"Ya Allah kembalikan lah aku ke Syurga"



...bersambung ..

Monday, January 11, 2010

Kalimah Allah

...bersambung ..Isu semasa sekarang ini adalah Kalimah Allah SWT, ... nak tahu boleh ke, tak boleh ke pakai kat Gereja ke kat mana-mana tanya lah Allah SWT mintak petunjuk .. sembahyang sunat istikharah... kalau tak adapat petunjuk sembahyang lagi sampai dapat petunjuk ..baru kita tahu jawapan nya.

Saya tak nak komen isu-isu yang menyentuh mana-mana pihak ..tapi nak berkongsi logik akal ataupun "rule of tumb", Kita semua tak kira Manusia, Binatang, Batu, Air atau apa pun kita. Ingat, kita makhluk yang dijadikan Allah SWT, semua orang berhak menyebut nama Allah SWT dan kita kena Menyembah Allah SWT, kita makhluk dijadikan untuk beribadat kepada Allah SWT.

kalau kita bakar rumah Berhala, Gereja atau sebagainya, kita nak tunjukkan apa sebenarnya, adalah Islam itu mengajar manusia bermusuh, Nak tanya sikit, itu ke yang Islam diajarkan, Itu ke amalan yang Rasullullah ajarkan dan tinggal kan untuk kita, Itu ke yang Allah SWT hendak kita buat??? penulis pernah terbaca aktikal didalam surat khabar dimana Abu Hajal pun bersumpah dengan menggunakan nama Allah SWT.

Kita marah dan tunjuk perasaan tak tentu pasal dan sebagainya, HAIRAN juga saya, kita di luaraan kita seolah-olah, mempertahankan Islam, tapi Islam, isinya kita tak kupas, kita tak mengkaji, kita tak tahu apa itu Islam sebenarnya ... orang kata kita syok sendiri.

Dalam perjalanan Sunah Aljemaah, kalau kita menkaji Surah yang amat pendik dalam di dalam AlQuran iaitu surah "Ina'aktaina ..", Allah SWT kata, adalah barang siapa yang mengamal surah ini dan membacanya siang dan malam, dia akan di kasihi Allah SWT, Orang JAHAT akan sayangkan dia juga ..kalau musuh kita bawa senjata .., musuh tadi akan berkata "Aku nak bunuh kau ..tapi aku tak jadi nak bunuh kau, nak ambil senjata aku .." emm hebat betul Islam ini.

kalau nak pergi Jihat amalkan lah surah ini ..Allah SWT kata, ini adalah salah satu kitab/Alquran kasih sayang, menceritakan semua bab kasih sayang, manusia, haiwan, batu-batan, gunung-ganang dan semua makhluk Allah SWT.

Kenapa Allah SWT, merahsiakan semua ini, Pasti ada alasan-alasannya yang tersendiri dari Allah SWT, salah satu yang di ceritakan, jika di dedahkan rahsia kelebihan ayat ini, manusia lelaki akan membunuh sesama sendiri, kerana siapa Hebat dia ada ramai perempuan, kalau lelaki tahu rahsia ini, eemm habis la perempuan ..haha

Gunakan lah kalau kita lelaki ..ada kelebihan pada lelaki dan kalau kita perempuan ada kelebihan pada perempuan. Ini kalau suami/isteri/kekasih, kita tinggalkan kita, kita menangis haha tak perlu menangis petik satu, sepuluh datang..gunakan lah kelebihan kita, tapi kita tak tahu, kita tak mencari, kita tak belajar, kita tak mengenal ...itu lah kekurangan kita, kalau kita mengamal pun, banyak lagi kaedahnya yang belum kita tahu, cara mengamalkan nya, cara menyampaikan nya, cara meletakkan nya di kedudukan Allah SWT, cara meletakkan amalan ini pada Aras Allah SWT baru lah kita mendapat Rahmat dan Nikmat ayat ini, kalau kat dunia ni kita dah merasai Rahmat dan Nikmat Allah SWT, apa tah lagi bila kita pulang berjumpa dengan Allah SWT .."SubahanAllah Walhamdulillah .." Sudah tentu Allah SWT sayang dan kasih kan kita.

Kalau kita dah berumahtangga isteri kita akan sayang kat kita dan kesiankan kita ..Insyallah dia yang akan suruh kita kawin lain ..kemungkinan besar dia yang tolong cari kan jodoh kita, .." takpe la bang saya sanggup berkongsi .." kalau kita tengok mata seorang perempuan, dia akan tanya .."Kenapa Abang pandang saya macam tu ..abang nak apa ..abang nak yang itu ke ..nak ambik lah bang, kalau orang lain saya tak bagi ..." ..ITU LAH KELEBIHAN ALQURAN ALLAH SWT, RAHMAH DAN NIKMAT NYA DI DUNIA INI DI CERITA KAN SECARA KASAR NYA (ini di panggil cerita Syurga Dunia..Apa dia Syurga Dunia ..fikir sendiri), Ini bukan amalan YANG MENGHALAL KAN PERBUATAN ATAU NIAT, tapi hanya diceritakan .. SUDAH TENTU ISLAM ADA HUKUM nya, Kita kenalah NIKAH DULU, DAH HALAL BARU BOLEH, SAYA TAK NAK, TULIS SAYA INI DI SALAH TAFSIR DAN MENJADI ISU KEPADA SESETENGAH PIHAK, Disini di rahsiakan cara amalannya kerana saya pun tak tahu cuma diceritakan sahaja hahaha maaf ya, jadi tak payah nak mandi bunga, tak perlu jumpa bomoh, tak perlu pakai minyak senyonyong, ke minyak dagu, ke minyak masak, ke minyak kelapa muda ke.. haha, kerana Islam itu dah sempurna dan lengkap .....bersambung.

Orang Yang Mulia Disisi Allah SWT

...bersambung ..Diceritakan lagi Orang yang paling Mulia di sisi orang yang "Sembahyang" dan Allah SWt akan Mulia kan dia .. Allah SWT tak pandang Pangkatnya, tak pandang Hartanya.

Jadi tahun Ini sempena Tahun Baru Bulan Muraham aku berazam untuk jaga Sembahyang ku, kalau Isteri ku, anak-anak ku nak berazam yang sama aku alu-alu kan ..kalau tak aku sembahyang dulu yang penting diri aku kena buat, baru Isteri dan anak-anak ku akan ikut, Itu lah peranan ketua keluarga.

..Di cerita kan bila kita balik bertemu dengan Allah SWT, Allah SWT akan tanya apa aku buat semasa hidup ku, Aku beri kau Rezeki apa kau buat engan Rezeki mu ..ada kereta tak pernah ke Masjid, ada kereta tak pernah menumpangkan orang susah, ada kereta tak pernah buat kebajikan ..bila kau pulang apa yang kau bawa untuk Ku, Semasa itu baru aku akan berkata "Ya Allah kembalikan lah aku ke dunia aku ingin Sembahyang takala itu pintu sudah tertutup .. Aku akan hidup dengan bekalan yang aku bawa ..kalau aku bawak banyak ibadah maka aku boleh la rasa confident ITU pun belum tentu di terima, Allah SWT akan Hisab kan segala-gala nya ..kalau Ibadah ku tak di terima maka duduk la aku di rumah sebelah .. bidadari nya Hitam, tempat Nya PANAS dan AMAT PANAS hingga kan otak boleh mendidih ..kalau aku tak bawah ibadah aku sebagai bekalan confirm aku duduk rumah sebelah .."Ya Allah berilah aku petunjuk"

Ingat lah wahai pembaca Budiman, setiap yang kita dapat dari Rahmat dan Nikmat Allah SWT di dunia ini akan di tanya besok ...Gaji kita Perkerjaan kita, Percakapan/perbualan kita, kau nak Isteri aku bagi kau isteri ..apa kau buat dengan Isteri mu, Boleh ke kita jawab "..untuk buat anak ..", kau nak zuriat aku beri kau Zuriat ..apa kau buat dengan anak-anak mu ..kau luka hati nya kau marah dia pasal dia kurang ajar ..kau marah dia pasal dia nakal ..bukan kah kau yang mencorak kan apa kehidupan nya ..SEBENARNYA KITA SUDAH ADA PERJANJIAN DENGAN ALLAH SWT ...Macam mana kita nak menjawab Besok dengan Allah SWT ..fikir-fikir kan renung-renung kan ..

Sebenar nya untuk mendidik anak-anak kita ini, kita didik lah dengan Penuh Kasih Sayang ..dan bercakap lah dengan percakap yang Selembut-lembut Nya ..bersabar untuk mendidik anak ..Hati anak jangan diluka kan, perasaan nya jangan diguris, tubuh nya jangan di Pukul..BESOK bila kita TUA ..Pasti anak-anak kita akan mencerminkan apa yang kita corak kan kepada mereka semasa mereka kecil ..besok kalau dia cakap kasar ..tengking-tengking ..cakap marah-marah .. JANGAN CAKAP DIA KURANG HAJAR ..ATAU SEBAGAI NYA KERANA SEMUA ITU KITA YANG BENTUK DIA ...SALAH KAN DIRI KITA SENDIRI ..

Kita perlu berSyukur kerana Allah SWT telah turun kan Rasullullah, sepagai pedoman kita, Didik lah anak-anak kita seperti Rasulullah dengan Lemah Lembut, Kasih dan Sayang.

Insyallah aku berazam akan menghabis kan rezeki ku ke jalan Allah SWT .. mencari Ilmu nya, bersedekah, berzakat dan untuk Isteri dan anak-anak yang ku Cintai dan sebagainya, kalau untuk diri aku sendiri ..niat aku nak beli Canon D5 MarkII, nak upgrade Golf set aku, nak beli radio HF nak beli .. nak beli ..nak beli ..aku akan lupa kan, aku takuti ..besok benda-benda ni akan melalai kan aku dengan Perintah Allah SWT ..."Ya Allah beri lah aku Petunjuk kan Hidayah" ...bersambung ..

Perjalanan Ku Masih Jauh

... bersambung ..Setelah sekian lama aku beramal dengan amalan yang di tunjukkan ..Semalam aku menalipon rakan, untuk "compare note", 1. pasal ada sesuatu yang berlaku pada sasalah seorang ahli keluargaku, rupa-rupanya syaitan ini pandai mencari peluang untuk menyerupai sesiapa sahaja TETAPI dia tak boleh menyerupai Rasullulah, kata rakan tu jika ini berlaku bacalah "Bismillahhirahman'arahim". 2. Kenapa setelah sekian lama aku beramal masih tidak dapat rasa nikmat dan rahmat Allah SWT..

Rakan aku berkata ibarat/contoh bila kita nak berjumpa dengan sesaorang atau pergi ke rumah sesaorang, kalau tak jumpa pintu nya / tak jumpa rumah nya bagaimana kita dapat jumpa", bergitu juga dengan Allah SWT, aku beramal / aku membaca / aku menyebut nama dan kebesaran Allah SWT / aku bermohon kepada Allah SWT tapi kalau tak jumpa dengan Allah SWT, bagaimana aku dapat Rahmat dan Hidayah Allah SWT.

Memang bila kita berdoa / sembahyang / puasa dan sebagainya Allah SWT itu mendengar dan melihat tetapi cara kaedah kita tidak betul dan tak tahu cara nya dan tak belajar dan tidak menkaji maka tak sampai lah segala ibadah kita kepada Allah SWT Dan kita hamba yang tidak lari dari mambuat kesilapan dan dosa, badan kita kotor, lidah kita bercakap benda-denda yang tak sepatutnya.

Kata Allah SWT lebih baik diam dari berkata-kata, kalau nak bercakap cerita lah pasal Kebesaran Allah SWT, Nikmat Allah SWT, Kemuliaan Allah SWT, kita ingat kita betul ..bercakap pasal ini ..pasal itu .. tapi semuanya tak betul sebenarnya, di sisi Allah SWT.

Ini semua membuat Perjalanan Ku Masih Jauh ..

Sebenarnya rakan saya itu berkata dan memberi tahu selama ini aku berpegang pada Ayat dan Allah berkata Ayat itu hanya untuk memanggil dan memyampaikan hajat dan Ibadat/Ibadah aku masih belum sampai kepada Allah SWT. Kerana Allah SWT berkata Cari lah aku dan bermohon lah kepada aku, sesungguh Nya Aku yang menjadi kan bulan aku yang menjadi kan Bintang Dan aku menjadi kan segala nya kenapa kau berpegang kepada Ayat aku yang aku jadi kan ..."Allah hu Akbar"

Insyallah rakan ku itu akan menunjukkan perjalanan ku seterusnya .. Aku tengah mencari rezeki dan masa yang sesuai untuk mengujungi beliau .. Hati aku sudah Gundah-Gulana, Perasaan aku tidak sabar memberontak...Jiwa ku rindu ..Cinta ku semangkin hangat membara ... betul kata orang tua-tua kalau hati tak kuat kita akan Gila ..betul kadang-kadang aku rasa diri ku kurang dari orang lain kerana mencari Perkara yang Di Rahsia kan ... mudah-mudahan aku sampai ke penghujungnya ..kalau tidak pun aku dapat merasai Rahmat dan Nikmat Allah SWT. Sebenarnya Ibadah kita kena lah sampai ke tempat dimana duduknya Allah SWT, hendak lah sampai di Aras Allah SWT, Baru lah Allah SWT beri kita Nik mat Dan Rahmat Nya, Allahualam bil sawab - Sesungguh Nya Allah SWT lebih mengetahui...

Ya Allah tunjukkan aku jalan yang lurus ...
Ya Allah berilah aku petunjuk dan hidayah ..
Ya Allah Berilah aku Rahmat dan Shafaat ..
Ya Allah aku ber Syukur dengan Rahmat dan Nikmat mu .."SubahanAllah walhamdulillah .." ... bersambung ..

Saturday, January 2, 2010

Kelebihan Selawat Junjungan Muhammad SAW

...bersambung.. di ceritakan lagi daripada tulisan yang lepas-lepas .. lebihan Selawat, Seperti yang kita tahu Allah SWT dan para Malaikat Nya berSelawat dengan Selawat yang sempurna "Allahumasolliallah Muhammad Wa'alaalisaidina Muhammad".

Penulis telah ditunjukkan kelebihan Selawat .. Dimana Selawat juga boleh mengeluarkan orang / sesaorang yang telah mati/meninggal dunia dari seksaan kubur, lalu diberikan pakaian dan makanan dan minuman dan di tempatkan kedalam Syurga.

Rakan penulis meminta penulis membaca Selawat sebanyak 17 kali dan di niat kan kepada Arwah ibu penulis, selesai sahaja saya membaca dan berniat, "Ya Allah aku sekedah selawat ini kepada arwah ibu ku", Sejurus selepas itu, rakan penulis yang menunjukkan kelebihan selawat tadi, bertanya kepada penulis bila kah emak awak meninggal dunia, saya kata ketika umur saya 2-3 tahun... saya tanya kenapa bang ada yang tak kena ke??

Rakan tadi memberitahu arwah ibu saya bertanya siapa kah yang mengirim kan dia selawat tadi dan mengeluarkan dia dari seksaan kubur, .. lalu saya terdiam, di cerita kan lagi, ibu kamu tak ingat ketika dia meninggal duhulu, dia telah tinggalkan seorang anak di dunia ini, "SubahanAllah" air mata saya mengalir tanpa di saya sedari ..

Selama ini, ibu aku hidup dalam seksaan kubur ..Allah hu Akbar, selama ini doa, Yassin, Tahlil yang di kirim kan oleh nenek aku masa dia hidup untuk arwah ibu aku tak sampai, doa yang di kirim oleh bapak aku selama ini menduda kerana sayang kan arwah ibu aku pun tidak sampai ..Allah hu Akbar ..lutut aku lemah, hati aku sayu, air mata ku mengalir dan terus mengalir ..Allah hu Akbar Allah hu Akbar.

Setiap kali aku dalam kesusahan dan bila setiap kali aku rindukan arwah ibu ku, aku akan kirim kan AlFatiha dan surah Il Iklas, ..rupa nya tidak sampai ..Allah hu Akbar, dimana salah aku ..dimana silap aku ..Allah hu Akbar ..

Daripada Kejadian dan peristiwa tersebut, memberi suntikan kepada aku untuk terus mengkaji Islam, Belajar tentang Islam, Mengenal Allah SWT, Mengkaji Ilmu Allah SWT, mudahan-mudahan ibubapa ku anak-anakku dan Isteriku tercinta selamat dunia-akhirat.

Rakan yang menunjukkan kelebihan Selawat tadi selalu pesan kepada ku, kerap-kerap lah bersedekah dan mendoakan kepada yang telah pergi dahulu, semoga keadaan nya terjamin di sisi Allah SWT, di keluarkan dari seksaan kubur, di berikan pakaian, di berikan tempat tinggal, di berikan makanan dan minuman, di letakkan di kerusi emas ..Insyallah pesan mu itu rakan, akan ku laksanakan .. terima kasih tak terhingga kepada mu Rakan kerana menunjukkan Jalan yang sebenar dan Rahsia yang di kupas sedikit demi sedikit, Allah hu Akbar.

Sebenar nya setiap hari aku rindu kan mu wahai Rakan, aku rindu akan ilmu Allah SWT, aku rindu akan bimbingan mu, lebih-lebih lagi bila kamu berkata, "..saya dah tak lama lagi insyallah lagi dua tahun saya akan balik ...itu yang di beri petunjuk" Allah hu Akbar, Allah hu Akbar, siapa kah akan menunjukkan aku jalan ..Allah hu Akbar Allah hu Akbar... kepada siapa kah aku akan Merujuk ..Allah hu Akbar, Aku tahu jawapan nya adalah Allah SWT, tetapi bukan itu maksud ku ...maksud ku, aku akan kehilangan kamu wahai Rakan ..Allah hu Akbar Allah hu Akbar.

Di cerita kan lagi Jika Ibu atau Bapa yang meninggal dunia yang WAJIB mendoakan nya adalah anak-anak nya, baru jatuh kepada cucu-cucu nya, kalau sesorang itu bujang yang WAJIB adalah adik beradik nya baru jatuh kepada anak saudara nya. Jika anak yang meninggal dahulu maka ibu dan bapa nya wajib mendoakan nya dan baru jatuh kepada adik beradik lain.

Jika si suami yang meninggal WAJIB isteri nya mendoakan nya baru jatuh kepada anak-anak, Jika si Isteri yang meninggal WAJIB mendoakan nya adalah si Suami nya dan baru anak-anak nya.

Doa untuk orang yang telah meninggal:

1. Baca Shahadat 3 kali
2. Baca Selawat 17 kali
3. Baca Fatiha 3 kali
4. Baca "Kulhuallahuahad" 7 kali
5. Baca Tasbih "Subahanallah .." seberapa banyak yang mampu
6. Dan doa nya "Rabbana atina ..."
7. Dan niat lah "Ya Allah aku sedekah kan doa ini kepada ...." niat ini sudah memadai tak payah la, keluarkan dia dari seksaan kubur dan sebagainya ..sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Penyayang dan tahu akan apa yang terbaik untuk hamba Nya dan kerana dia menjadi kan kita dan dia tahu kita siapa dan apa kemampuan kita dan keIklasan kita dan apa yang terbaik untuk kita...Wallahualam.

Kalau kita nak tahu adakah doa kita sampai tanya lah kepada Allah SWT, pasti dia akan beri petunjuk, kalau tak sampai apa sebabnya pun Allah SWT akan beri petunjuk ..

Amalan orang-orang kita (keluarga kawan pun macam ni jugak)..selalunya bila nak buat Tahlil, Yassin kita panggil pak Imam, orang masjid lepas TAHLIL DAN DOA (kalau orang Johor di panggil Hull, kawan ni orang Johor hehe) kita makan dan kenyang, SELEBIHNYA KITA SERAH KAN KEPADA ALLAH SWT, SENANG NYA ISLAM SEKARANG YEK .. tu yang Tahlil dan Doa tak sampai kepada si mati ..fikir-fikir kan renung-renung kan ... kemana arah kita ..

kalau banyak orang untuk di sedekah kan maka bacaan dari no 1 ke no 5, itu kena tambah la ..tak kan sampan kecil nak naik ramai-ramai ..itu tak betul cara nya ..
... bersambung ...

Jika Allah SWT terima Doa kita

...semalam penulis sekeluarga pergi swimming di Kolam renang Putrajaya, bila nak mula kan perjalanan dan di dalam perjalanan, cuaca dah mula mendung tanda-tanda nak hujan akan turun bila-bila masa, Isteri saya kata.."boleh ke nak mandi ni ..rasa macam nak hujan je nanti tak puas mandi dan rugi je bayar nanti". Dalam hati saya rasa pun macam tu juga, masih 50/50, tapi saya kata"..jom la pergi .." dalam perjalanan mula lah berdoa kepada Allah SWT supaya tidak hujan atau di lewatkan atau hujan la kat kawasan lain...

Dalam kereta ke Putrajaya saya cakap kat Isteri saya "..saya cuba doa kalau hujan maka doa saya tak sampai kalau tak hujan kita mandi .."

Alhamdulillah cuaca mendung tiada matahari, tapi rasa panas dan bahang nya sampai Isteri dan anak-anak kena sunburn ..hehe ..

Cukup pukul 3 petang selepas dua jam berendam, kami pun bersalin nak pulang, masa mengemas-mengemas nak pulang saya pun berDoa kepada Allah SWT dengan tasbih "Subahan Allah ..(sampai habis)" seberapa banyak yang mampu, tanda Kesyukuran kita kerana Allah SWT memperkenan kan / makbul kan doa kami, ngam-ngam lepas suap anak-anak makan hujan pun turun Allamdulillah....bersambung ..

Haji Itu Tetamu Allah SWT

...Bersambung ..di cerita kan juga, rukun Islam kelima pergi mengerjakan Ibadah Haji keatas yang mampu, setiap tahun ramai sanak saudara kita / jiran kita / rakan-rakan kita yang mengerjakan fardu Haji.

Di ceritakan, Jika kita menjadi tetamu Allah SWT, kita akan jumpa dengan Allah SWT dan Rasullullah (yang pasti mukanya tidak kelihatan sama sekali, cuma kita akan nampak Nur nya sahaja dan Dia akan mengucap dua kalimah Shahadat kepada kita, sama ada kita akan ikut sebutannya atau menyahut/memyambut dengan ....), baru lah kita di kata kan TETAMU ALLAH SWT, ...

Untuk mendapatkan rukun Islam kelima ini, yang pasti nya rukun Islam yang pertama hingga ke empat mesti lah mantap ATAU sekurang-kurangnya SHAHADAT kita Mantap, baru boleh kita mengerjakan rukun Islam kelima dengan mantap ... baru lah Ibadah kita mantap...Wallahualam.

Jadi kalau ada duit tiap-tipa tahun buat Haji ke buat Umrah ke .. kalau tak jumpa dengan Allah SWT dan Rasullu Nya, Belum boleh kita di gelar Tetamu Allah SWT.

..fikir-fikir kan renung-renung kan ..Wallahualam bil sawab...bersambung ..

Keris






...bersambung ..Bulan Muharam ni, selalunya dikaitkan dengan mandian atau pembersihan kepada yang peminat-peminat atau pencinta barang-brang antik terutamanya Keris-Keris lama, Lembing, Badik, seterika arang batu lama, pedang, kacip pinang dll. Aku tak tahu apa kaitannya dengan bulan Muharam. Pastinya mesti ada kaitan rapat bulan Muharam ini dengan pembersihan, sekurang-kurangnya mengingatkan penyimpan barang-barang antik ini untuk di periksa dan dibersihkan, haha ..

Aku ini 100% keturunan Jawa sedikit darah Arab, kalau tengok salasilah keturunan ada juga gelaran Syed tapi dah di buang pada enam keturunan atas aku, selepas sahaja Syed Salha bin Syed Abu Syarik bin Syed Muhammad bin Syed Mahmud bin Syed Maulana Ishak bin ...(malas nak menaip haha), sebab-sebab di buang gelaran tu tidak di ketahui, bila aku rujuk kepada sesorang rupanya darah tu dah tak ada selepas sahaja Syed Salha, pada pendapat aku Bagus juga almaklum bila ada gelaran Syed ni bukan senang, perangai kita, tata-tutur kita, kelakuan kita, amalan kita, ibadah kita dan gelaran itu sendiri dah berat eem..Mungkin nenek-Moyang aku dah nampak ..anak cucu mereka ni tak boleh nak bawak gelaran itu...haha mana tak nya aku sendiri semuanya, aku dah buat (dah la tu tak nak bukak pekong di dada haha).

Jadi aku ni tak la pandai berbahasa Jawa, apatah lagi Ilmu Jawa, tinggal keturunan je Jawa, untuk mengekalkan identiti aku sebagai Jawa, aku pun mula menyimpan Keris-keris Jawa sebagai hobi dan koleksi.

Bermula dengan koleksi aku yang pertama, keris aku bernama Segoro Wedi (Padang pasir yang gersang) dengan tebusan / mas kawinnya atau maharnya RM 900/- pada tahun 2002, sekarang ni aku ada lebih kurang 15 bilah keris termasuk pedang Brunei dan pistol Belanda (orang kata pistol gajah) pasal muncongnya besar. Semua nya aku tak beli tapi orang bagi ..jadi aku simpan la benda-denda itu ada juga aku bagi dekat orang untuk disimpankan.

Cerita pasal Keris ni, dia dicipta dari seorang Empu, yang menjadi Empu ini sesalunya Wali-wali atau Sunan-sunan, Empu akan menghasilkan 2-3 bilah keris dalam masa setahun, orang yang membuat tempahan akan datang kepada Empu dan meminta Empu membuat keris untuk Perniagaan, menjaga diri, menjaga rumah, untuk kesuburun tanaman, kalau Sultan sebagai karisma pemerintahan nya dll, didalam masa yang sama juga empu minta dan berdoa kepada Allah SWT, selain dari puasa / partigeni (memutih) kalau nak tahu cerita lagi, layari atau Google Paul Keris, beliau seorang warga Belanda tapi meminati keris sebagai koleksi.

Bermulanya keris ini tidak di ketahui sebenar-benarnya zaman apa kecuali mereka yang tahu, kalau nak kata zaman Wali-Wali kalau di kaji lagi zaman Dewa-dewa pun mereka dah ada Empu di kalangan Dewa-Dewa, Sebab itu ada Keris yang tidak Islam ada keris yang Islam, Jika Empu itu Islam dia akan masuk kan Kadam Islam, kalau Tak Islam Empunya akan memasukkan Kadam yang tidak Islam, Seperti Keris yang berasal dari Bali, ada juga Kadam nya nak masuk Islam, ada juga yang degil dah selesa dengan pegangannya...Walllahualam.

Kalau kita dengar atau terbaca ada orang jumpa keris atau batu atau apa-apa sahaja, benda-benda itu semua dah dibuang oleh pemakai dari Alam Lain (alam gin / alam Bunian ), Kalau kita terbaca ada orang nak sedut harta karun atau nak ambil harta karun dari dalam tanah ke dalam perigi buta ke dalam laut ke, KALAU IKUT HUKUM ALLAH SWT, orang yang nak ambik tu Perompak, kerana emas atau benda-benda yang berharga dari Alam lain ini ada pemilik nya dan juga ada juga penjaga nya, jadi perbuatan itu adalah Merompak dan kalau ada yang tak kena pada pengikut atau orang yang menyedut / mengambil harta karun ini, itu adalah balasan / sumpahan hari Alam Raib tersebut.

Pembuatan Keris sebenarnya dari lipatan beberapa jenis besi dan dengan niat Empu dan Doanya jadi lah Pamor-pamor seperti yang di hajatkan dan besi yang paling Istimewa adalah BESI KURSIANI iaitu besi yang Gaib, dimana Roh besi tadi di turunkan oleh Allah SWT dengan doa Empu tadi, maka jadi lah keris tadi hidup dengan izin Allah SWT, itu yang ada keris terbang lah, keris berpusing lah atau keris macam-macam, dibuat kan atau di jadikan benda-benda spiritual ini adalah untuk kita LEBIH bertakwa kepada AllahSWT, TETAPI tapi bila Keris ini di gunakan untuk memberi atau di buat penghantaran nombor Ekor, sudah pasti ada yang akan terbunuh kerana bukan keris tadi untuk dibuat nombor ekor, maka Empu/Wali/Sunan yang membuat keris tersebut dan Kadam yang menjaga keris tersebut akan menangis, dia tidak nak terlibat sama di dalam kerja-kerja yang Syirik. Jadi kepada yang suka gunakan benda-benda ini untuk mendapatkan jalan mudah ..BERHENTIKAN LAH.

Jadi di bulan Muharam ni, kalau ada yang pandai keris dia kan memulih kan keris - keris tersebut dan membuat pembersihan, supaya keris itu dijaga dengan elok, dengan membersihkan mengunakan bahan-bahan seperti limau, bunga dan diasapkan dengan kemenyan supaya kering dan diberi wangi-wangian, dan di hidupkan semangat / roh keris tadi.

Tapi bagi saya yang tak pandai dan tak pernah belajar pasal nak mandikan keris ini atau sebagainya dan SEBENARNYA tak minat nak buat macam orang lama-lama buat DITAKUTI TERKELUAR DARI ISLAM jadi kalau IKUT Cara Islam nak naik kan semangat ROH atau Spiritual INI Cukup sekadar sedekah kan AlFatiha kepada Empu yang membuat keris tadi dan baca "SUBAHAN ALLAH WALHAMDULILLAH HIWALLAHILLAHALILLAH HUWALLAH HUAKBAR." seberapa banyak dan tiupkn pada ganjar keris tadi atau leher keris tadi (pemegang keris)... dan Berdoa lah kepada Allah SWT "Ya Allah berilah aku segala kelebihan DAN kebaikan keris ini dari doa Empu yang membuat keris ini dan jahui aku dari sebarang kejahatan.

Alhamdulillah, setakat ini nampak la juga akan kelebihan doa-doa Empu yang membuat keris-keris yang aku simpan 1. Dulu ada sebilah keris sekarang ada berbilah-bilah (orang yang beri tampa keluarkan satu sen pun hehe) 2. Setakat ni rumah aku terjaga, 3. Anak-anak aku tak pernah di ganggu (setengah-setengah keris tak suka bukak kecil dan entah tak tahu kenapa tak suka) ..TAPI KERIS YANG AKU CARI UNTUK AURA $$$$ hehe masih tak jumpa ..hehe ..DI INGATKAN JANGAN TAKSUB DAN PERCAYA SESUNGGUHNYA, KEPADA BENDA-BENDA INI, CUKUP LAH SETAKAT KITA TAHU SIAPA PEMBUATNYA, DI ZAMAN BILA, APA KELEBIHANNYA, APA JUGA PANTANG LARANGNYA DAN SEMOGA EMPU YANG MEMBUAT KERIS-KERIS INI SENTIASA MEMPERJUANGKAN ISLAM YANG SEBENAR, DAN SESUNGGUHNYA ALLAH SWT YANG MAHA BERKUASA DARI ATAS SEGALA-GALANYA DAN MENJADI KAN SEMUA MAKLUK NYA UNTUK BERIBADAH KEPADA NYA DAN JANGAN SALAH DIGUNAKAN BENDA-BENDA INI IANYA AKAN MAKAN TUAN ...bersambung ...