Monday, January 11, 2010

Kalimah Allah

...bersambung ..Isu semasa sekarang ini adalah Kalimah Allah SWT, ... nak tahu boleh ke, tak boleh ke pakai kat Gereja ke kat mana-mana tanya lah Allah SWT mintak petunjuk .. sembahyang sunat istikharah... kalau tak adapat petunjuk sembahyang lagi sampai dapat petunjuk ..baru kita tahu jawapan nya.

Saya tak nak komen isu-isu yang menyentuh mana-mana pihak ..tapi nak berkongsi logik akal ataupun "rule of tumb", Kita semua tak kira Manusia, Binatang, Batu, Air atau apa pun kita. Ingat, kita makhluk yang dijadikan Allah SWT, semua orang berhak menyebut nama Allah SWT dan kita kena Menyembah Allah SWT, kita makhluk dijadikan untuk beribadat kepada Allah SWT.

kalau kita bakar rumah Berhala, Gereja atau sebagainya, kita nak tunjukkan apa sebenarnya, adalah Islam itu mengajar manusia bermusuh, Nak tanya sikit, itu ke yang Islam diajarkan, Itu ke amalan yang Rasullullah ajarkan dan tinggal kan untuk kita, Itu ke yang Allah SWT hendak kita buat??? penulis pernah terbaca aktikal didalam surat khabar dimana Abu Hajal pun bersumpah dengan menggunakan nama Allah SWT.

Kita marah dan tunjuk perasaan tak tentu pasal dan sebagainya, HAIRAN juga saya, kita di luaraan kita seolah-olah, mempertahankan Islam, tapi Islam, isinya kita tak kupas, kita tak mengkaji, kita tak tahu apa itu Islam sebenarnya ... orang kata kita syok sendiri.

Dalam perjalanan Sunah Aljemaah, kalau kita menkaji Surah yang amat pendik dalam di dalam AlQuran iaitu surah "Ina'aktaina ..", Allah SWT kata, adalah barang siapa yang mengamal surah ini dan membacanya siang dan malam, dia akan di kasihi Allah SWT, Orang JAHAT akan sayangkan dia juga ..kalau musuh kita bawa senjata .., musuh tadi akan berkata "Aku nak bunuh kau ..tapi aku tak jadi nak bunuh kau, nak ambil senjata aku .." emm hebat betul Islam ini.

kalau nak pergi Jihat amalkan lah surah ini ..Allah SWT kata, ini adalah salah satu kitab/Alquran kasih sayang, menceritakan semua bab kasih sayang, manusia, haiwan, batu-batan, gunung-ganang dan semua makhluk Allah SWT.

Kenapa Allah SWT, merahsiakan semua ini, Pasti ada alasan-alasannya yang tersendiri dari Allah SWT, salah satu yang di ceritakan, jika di dedahkan rahsia kelebihan ayat ini, manusia lelaki akan membunuh sesama sendiri, kerana siapa Hebat dia ada ramai perempuan, kalau lelaki tahu rahsia ini, eemm habis la perempuan ..haha

Gunakan lah kalau kita lelaki ..ada kelebihan pada lelaki dan kalau kita perempuan ada kelebihan pada perempuan. Ini kalau suami/isteri/kekasih, kita tinggalkan kita, kita menangis haha tak perlu menangis petik satu, sepuluh datang..gunakan lah kelebihan kita, tapi kita tak tahu, kita tak mencari, kita tak belajar, kita tak mengenal ...itu lah kekurangan kita, kalau kita mengamal pun, banyak lagi kaedahnya yang belum kita tahu, cara mengamalkan nya, cara menyampaikan nya, cara meletakkan nya di kedudukan Allah SWT, cara meletakkan amalan ini pada Aras Allah SWT baru lah kita mendapat Rahmat dan Nikmat ayat ini, kalau kat dunia ni kita dah merasai Rahmat dan Nikmat Allah SWT, apa tah lagi bila kita pulang berjumpa dengan Allah SWT .."SubahanAllah Walhamdulillah .." Sudah tentu Allah SWT sayang dan kasih kan kita.

Kalau kita dah berumahtangga isteri kita akan sayang kat kita dan kesiankan kita ..Insyallah dia yang akan suruh kita kawin lain ..kemungkinan besar dia yang tolong cari kan jodoh kita, .." takpe la bang saya sanggup berkongsi .." kalau kita tengok mata seorang perempuan, dia akan tanya .."Kenapa Abang pandang saya macam tu ..abang nak apa ..abang nak yang itu ke ..nak ambik lah bang, kalau orang lain saya tak bagi ..." ..ITU LAH KELEBIHAN ALQURAN ALLAH SWT, RAHMAH DAN NIKMAT NYA DI DUNIA INI DI CERITA KAN SECARA KASAR NYA (ini di panggil cerita Syurga Dunia..Apa dia Syurga Dunia ..fikir sendiri), Ini bukan amalan YANG MENGHALAL KAN PERBUATAN ATAU NIAT, tapi hanya diceritakan .. SUDAH TENTU ISLAM ADA HUKUM nya, Kita kenalah NIKAH DULU, DAH HALAL BARU BOLEH, SAYA TAK NAK, TULIS SAYA INI DI SALAH TAFSIR DAN MENJADI ISU KEPADA SESETENGAH PIHAK, Disini di rahsiakan cara amalannya kerana saya pun tak tahu cuma diceritakan sahaja hahaha maaf ya, jadi tak payah nak mandi bunga, tak perlu jumpa bomoh, tak perlu pakai minyak senyonyong, ke minyak dagu, ke minyak masak, ke minyak kelapa muda ke.. haha, kerana Islam itu dah sempurna dan lengkap .....bersambung.

Orang Yang Mulia Disisi Allah SWT

...bersambung ..Diceritakan lagi Orang yang paling Mulia di sisi orang yang "Sembahyang" dan Allah SWt akan Mulia kan dia .. Allah SWT tak pandang Pangkatnya, tak pandang Hartanya.

Jadi tahun Ini sempena Tahun Baru Bulan Muraham aku berazam untuk jaga Sembahyang ku, kalau Isteri ku, anak-anak ku nak berazam yang sama aku alu-alu kan ..kalau tak aku sembahyang dulu yang penting diri aku kena buat, baru Isteri dan anak-anak ku akan ikut, Itu lah peranan ketua keluarga.

..Di cerita kan bila kita balik bertemu dengan Allah SWT, Allah SWT akan tanya apa aku buat semasa hidup ku, Aku beri kau Rezeki apa kau buat engan Rezeki mu ..ada kereta tak pernah ke Masjid, ada kereta tak pernah menumpangkan orang susah, ada kereta tak pernah buat kebajikan ..bila kau pulang apa yang kau bawa untuk Ku, Semasa itu baru aku akan berkata "Ya Allah kembalikan lah aku ke dunia aku ingin Sembahyang takala itu pintu sudah tertutup .. Aku akan hidup dengan bekalan yang aku bawa ..kalau aku bawak banyak ibadah maka aku boleh la rasa confident ITU pun belum tentu di terima, Allah SWT akan Hisab kan segala-gala nya ..kalau Ibadah ku tak di terima maka duduk la aku di rumah sebelah .. bidadari nya Hitam, tempat Nya PANAS dan AMAT PANAS hingga kan otak boleh mendidih ..kalau aku tak bawah ibadah aku sebagai bekalan confirm aku duduk rumah sebelah .."Ya Allah berilah aku petunjuk"

Ingat lah wahai pembaca Budiman, setiap yang kita dapat dari Rahmat dan Nikmat Allah SWT di dunia ini akan di tanya besok ...Gaji kita Perkerjaan kita, Percakapan/perbualan kita, kau nak Isteri aku bagi kau isteri ..apa kau buat dengan Isteri mu, Boleh ke kita jawab "..untuk buat anak ..", kau nak zuriat aku beri kau Zuriat ..apa kau buat dengan anak-anak mu ..kau luka hati nya kau marah dia pasal dia kurang ajar ..kau marah dia pasal dia nakal ..bukan kah kau yang mencorak kan apa kehidupan nya ..SEBENARNYA KITA SUDAH ADA PERJANJIAN DENGAN ALLAH SWT ...Macam mana kita nak menjawab Besok dengan Allah SWT ..fikir-fikir kan renung-renung kan ..

Sebenar nya untuk mendidik anak-anak kita ini, kita didik lah dengan Penuh Kasih Sayang ..dan bercakap lah dengan percakap yang Selembut-lembut Nya ..bersabar untuk mendidik anak ..Hati anak jangan diluka kan, perasaan nya jangan diguris, tubuh nya jangan di Pukul..BESOK bila kita TUA ..Pasti anak-anak kita akan mencerminkan apa yang kita corak kan kepada mereka semasa mereka kecil ..besok kalau dia cakap kasar ..tengking-tengking ..cakap marah-marah .. JANGAN CAKAP DIA KURANG HAJAR ..ATAU SEBAGAI NYA KERANA SEMUA ITU KITA YANG BENTUK DIA ...SALAH KAN DIRI KITA SENDIRI ..

Kita perlu berSyukur kerana Allah SWT telah turun kan Rasullullah, sepagai pedoman kita, Didik lah anak-anak kita seperti Rasulullah dengan Lemah Lembut, Kasih dan Sayang.

Insyallah aku berazam akan menghabis kan rezeki ku ke jalan Allah SWT .. mencari Ilmu nya, bersedekah, berzakat dan untuk Isteri dan anak-anak yang ku Cintai dan sebagainya, kalau untuk diri aku sendiri ..niat aku nak beli Canon D5 MarkII, nak upgrade Golf set aku, nak beli radio HF nak beli .. nak beli ..nak beli ..aku akan lupa kan, aku takuti ..besok benda-benda ni akan melalai kan aku dengan Perintah Allah SWT ..."Ya Allah beri lah aku Petunjuk kan Hidayah" ...bersambung ..

Perjalanan Ku Masih Jauh

... bersambung ..Setelah sekian lama aku beramal dengan amalan yang di tunjukkan ..Semalam aku menalipon rakan, untuk "compare note", 1. pasal ada sesuatu yang berlaku pada sasalah seorang ahli keluargaku, rupa-rupanya syaitan ini pandai mencari peluang untuk menyerupai sesiapa sahaja TETAPI dia tak boleh menyerupai Rasullulah, kata rakan tu jika ini berlaku bacalah "Bismillahhirahman'arahim". 2. Kenapa setelah sekian lama aku beramal masih tidak dapat rasa nikmat dan rahmat Allah SWT..

Rakan aku berkata ibarat/contoh bila kita nak berjumpa dengan sesaorang atau pergi ke rumah sesaorang, kalau tak jumpa pintu nya / tak jumpa rumah nya bagaimana kita dapat jumpa", bergitu juga dengan Allah SWT, aku beramal / aku membaca / aku menyebut nama dan kebesaran Allah SWT / aku bermohon kepada Allah SWT tapi kalau tak jumpa dengan Allah SWT, bagaimana aku dapat Rahmat dan Hidayah Allah SWT.

Memang bila kita berdoa / sembahyang / puasa dan sebagainya Allah SWT itu mendengar dan melihat tetapi cara kaedah kita tidak betul dan tak tahu cara nya dan tak belajar dan tidak menkaji maka tak sampai lah segala ibadah kita kepada Allah SWT Dan kita hamba yang tidak lari dari mambuat kesilapan dan dosa, badan kita kotor, lidah kita bercakap benda-denda yang tak sepatutnya.

Kata Allah SWT lebih baik diam dari berkata-kata, kalau nak bercakap cerita lah pasal Kebesaran Allah SWT, Nikmat Allah SWT, Kemuliaan Allah SWT, kita ingat kita betul ..bercakap pasal ini ..pasal itu .. tapi semuanya tak betul sebenarnya, di sisi Allah SWT.

Ini semua membuat Perjalanan Ku Masih Jauh ..

Sebenarnya rakan saya itu berkata dan memberi tahu selama ini aku berpegang pada Ayat dan Allah berkata Ayat itu hanya untuk memanggil dan memyampaikan hajat dan Ibadat/Ibadah aku masih belum sampai kepada Allah SWT. Kerana Allah SWT berkata Cari lah aku dan bermohon lah kepada aku, sesungguh Nya Aku yang menjadi kan bulan aku yang menjadi kan Bintang Dan aku menjadi kan segala nya kenapa kau berpegang kepada Ayat aku yang aku jadi kan ..."Allah hu Akbar"

Insyallah rakan ku itu akan menunjukkan perjalanan ku seterusnya .. Aku tengah mencari rezeki dan masa yang sesuai untuk mengujungi beliau .. Hati aku sudah Gundah-Gulana, Perasaan aku tidak sabar memberontak...Jiwa ku rindu ..Cinta ku semangkin hangat membara ... betul kata orang tua-tua kalau hati tak kuat kita akan Gila ..betul kadang-kadang aku rasa diri ku kurang dari orang lain kerana mencari Perkara yang Di Rahsia kan ... mudah-mudahan aku sampai ke penghujungnya ..kalau tidak pun aku dapat merasai Rahmat dan Nikmat Allah SWT. Sebenarnya Ibadah kita kena lah sampai ke tempat dimana duduknya Allah SWT, hendak lah sampai di Aras Allah SWT, Baru lah Allah SWT beri kita Nik mat Dan Rahmat Nya, Allahualam bil sawab - Sesungguh Nya Allah SWT lebih mengetahui...

Ya Allah tunjukkan aku jalan yang lurus ...
Ya Allah berilah aku petunjuk dan hidayah ..
Ya Allah Berilah aku Rahmat dan Shafaat ..
Ya Allah aku ber Syukur dengan Rahmat dan Nikmat mu .."SubahanAllah walhamdulillah .." ... bersambung ..