Tuesday, August 3, 2010

Pendapat Mengenai Abu Sangkan

...Pada pendapat saya, penulisan Abu Sangkan hampir sama dengan sepengetahuan saya mengenai Spiritual (think out side the Box), Sebenarnya saya tak mengenali Abu Sangkan, saya cuma terbaca buku karangan dia mengenai Spiritual dan Sunnah Aljamaah, saya ingin tahu apa pendapat atau pengalaman orang lain...yang lebih tepat sekali PENGISIAN / ITIPATI / RAHSIA DI SEBALIK RAHSIA.

Pendapat saya lagi, Kebanyakkan tulisan Abu Sangkan, banyak melular kepada cerita dan banyak kurang nya PENGISIAN / INTIPATI nya, contohnya kenapa ...dan kenapa kita kena buat macam itu dan macam ni : Contoh 1. 2kalimah Shahadat apa itu 2kalimah shahadat, kalau tuan-tuan melihat tulisan saya sebelum ini saya menceritakan 2kalimah Shahadat itu adalah Zat Allah SWT, bagaimana untuk menghidupkan Nya ..dengan amalan 7 kali, untuk Roh dan 7 kali untuk Jasad, kenapa 7 kali kerana kita di cipta oleh Allah SWT semua Nya 7 lapisan, sama ada kulit, daging, darah tulang dan sebagainya. Bagaimana ingin merasakan kehadiran Zat Allah SWT tersebut dan bagaimana rasa Nya ...(RAHSIA haha maaf ya).

Kenapa kita Wajib mengkaji dan mangamal 2kalimah Shahadat, simple rukum Islam 5 Perkara, yang Pertama ...haha itu lah dia 2kalimah Shahadat, Kerana kita Islam dan itu lah makanan dan pakaian kita (Roh dan Jasad) kita setiap saat/masa/hari.

Kenapa kita kena amalkan 2kalimah Shahadat itu pagi dan petang , apa kelebihan-kelebihannya, Bagaimana untuk kita memasukan 2kalimah Shahadat itu kedalam diri kita, banyak lagi benda dan perkara yang perlu diambil kira, bagaimana untuk mengkaji 2Kalimah Shahadat itu kerana kalau kita mengkaji 2kalimah Shahadat itu akan mengambil masa 10 tahun untuk faham dan sebagainya itulah contoh yang serba sedikit yang boleh saya berikan pendapat.

Saya rasa Abu Sangkan, masih jauh perjalanannya dan sepatutnya dia tidak boleh menulis perkara tersebut atau bercerita atau menulis buku kepada umum kerana Dia masih belum layak untuk berkongsi kepada umum dan kalau nak tahu dia boleh ke tidak boleh ataupun sudah layakkah dia ..maka tanya lah kepada Allah SWT insyallah akan beri petunjuk ..Allah SWT sendiri akan melantik / Ijazahkan sesorang itu untuk menyampaikan KEPADA YANG INGIN TAHU DAN BERAMAL... Dan orang itu setahu saya haha ..amat Hebat (Hebat disini budi-pekertinya, amalannya, pergaulannya dan masyarakatnya dan Allah SWT akan jauh kan dia dari Fitnah Manusia) Kalau Allah SWT sudah sayang kita semua makhluk Allah SWT termasuk manusia, batu-batan, gunung-ganang, tumbuhan-tumbuhan akan sayang kita...simple kan kalau nak tahu orang itu OK ke tak ..

Bila kita banyak menulis dan cuba menerangkan, tidak semua orang boleh terima, jadi pada pendapat saya juga cukup untuk diri kita dan keluarga kita tak perlu menerbitkan buku mengenai Nya.

Sepertimana blog saya ini untuk diri saya dan keluarga saya sahaja.
saya menulis segala amalan yang saya tahu dan ingat supaya senang kalau saya pergi kemana-mana saya boleh bukak blog saya dan beramal, tidak perlu saya bawa buku catitan saya yang sudah lusuh itu haha ..

Cukup lah setakat itu dulu komen saya terhadap Abu Sangkan, semoga Abu Sangkan diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah SWT. ..Selamat beramal Solleh..Beramal lah dengan apa jua amalan yang kita faham dan kita ikut ...Allahu'alambissawab.