Wednesday, August 4, 2010

Solat / Sembahyang Bab- 9

...semalam sempat saya hubungi kawan lama yang jauh di Selatan tanah air ..haha, sempat juga dia menceritakan Solat / Sembahyang itu terbahagi kepada 2 contohnya ..

Kalau Solat Zohor, 4 rakaat maka, 2 rakaat untuk Hak Allah SWT dan 2 lagi adalah untuk Hak kita, samalah dengan Solat-Solat yang lainnya.

Kalau Solat Subuh 2 rakaat, 1 Milik / Hak Allah SWT dan satu rakaat Hak kita...bersambung..

Tuesday, August 3, 2010

Pendapat Mengenai Abu Sangkan

...Pada pendapat saya, penulisan Abu Sangkan hampir sama dengan sepengetahuan saya mengenai Spiritual (think out side the Box), Sebenarnya saya tak mengenali Abu Sangkan, saya cuma terbaca buku karangan dia mengenai Spiritual dan Sunnah Aljamaah, saya ingin tahu apa pendapat atau pengalaman orang lain...yang lebih tepat sekali PENGISIAN / ITIPATI / RAHSIA DI SEBALIK RAHSIA.

Pendapat saya lagi, Kebanyakkan tulisan Abu Sangkan, banyak melular kepada cerita dan banyak kurang nya PENGISIAN / INTIPATI nya, contohnya kenapa ...dan kenapa kita kena buat macam itu dan macam ni : Contoh 1. 2kalimah Shahadat apa itu 2kalimah shahadat, kalau tuan-tuan melihat tulisan saya sebelum ini saya menceritakan 2kalimah Shahadat itu adalah Zat Allah SWT, bagaimana untuk menghidupkan Nya ..dengan amalan 7 kali, untuk Roh dan 7 kali untuk Jasad, kenapa 7 kali kerana kita di cipta oleh Allah SWT semua Nya 7 lapisan, sama ada kulit, daging, darah tulang dan sebagainya. Bagaimana ingin merasakan kehadiran Zat Allah SWT tersebut dan bagaimana rasa Nya ...(RAHSIA haha maaf ya).

Kenapa kita Wajib mengkaji dan mangamal 2kalimah Shahadat, simple rukum Islam 5 Perkara, yang Pertama ...haha itu lah dia 2kalimah Shahadat, Kerana kita Islam dan itu lah makanan dan pakaian kita (Roh dan Jasad) kita setiap saat/masa/hari.

Kenapa kita kena amalkan 2kalimah Shahadat itu pagi dan petang , apa kelebihan-kelebihannya, Bagaimana untuk kita memasukan 2kalimah Shahadat itu kedalam diri kita, banyak lagi benda dan perkara yang perlu diambil kira, bagaimana untuk mengkaji 2Kalimah Shahadat itu kerana kalau kita mengkaji 2kalimah Shahadat itu akan mengambil masa 10 tahun untuk faham dan sebagainya itulah contoh yang serba sedikit yang boleh saya berikan pendapat.

Saya rasa Abu Sangkan, masih jauh perjalanannya dan sepatutnya dia tidak boleh menulis perkara tersebut atau bercerita atau menulis buku kepada umum kerana Dia masih belum layak untuk berkongsi kepada umum dan kalau nak tahu dia boleh ke tidak boleh ataupun sudah layakkah dia ..maka tanya lah kepada Allah SWT insyallah akan beri petunjuk ..Allah SWT sendiri akan melantik / Ijazahkan sesorang itu untuk menyampaikan KEPADA YANG INGIN TAHU DAN BERAMAL... Dan orang itu setahu saya haha ..amat Hebat (Hebat disini budi-pekertinya, amalannya, pergaulannya dan masyarakatnya dan Allah SWT akan jauh kan dia dari Fitnah Manusia) Kalau Allah SWT sudah sayang kita semua makhluk Allah SWT termasuk manusia, batu-batan, gunung-ganang, tumbuhan-tumbuhan akan sayang kita...simple kan kalau nak tahu orang itu OK ke tak ..

Bila kita banyak menulis dan cuba menerangkan, tidak semua orang boleh terima, jadi pada pendapat saya juga cukup untuk diri kita dan keluarga kita tak perlu menerbitkan buku mengenai Nya.

Sepertimana blog saya ini untuk diri saya dan keluarga saya sahaja.
saya menulis segala amalan yang saya tahu dan ingat supaya senang kalau saya pergi kemana-mana saya boleh bukak blog saya dan beramal, tidak perlu saya bawa buku catitan saya yang sudah lusuh itu haha ..

Cukup lah setakat itu dulu komen saya terhadap Abu Sangkan, semoga Abu Sangkan diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah SWT. ..Selamat beramal Solleh..Beramal lah dengan apa jua amalan yang kita faham dan kita ikut ...Allahu'alambissawab.

Monday, August 2, 2010

Abu Sangkan - Yusdeka Putra

..disini saya ini berkongsi pengalaman "Abu Sangkan" yang tertulis di dalam buku beliau "Membuka Ruang Spiritual" pada muka surat 112 dan 113, cara beliau beramal untuk mendapat rasa Zat Allah SWT, petikannya berbunyi bergini.:

""- Lalu ucapkanlah secara langsung(tampa perantara san wasilah apapun)kepada Wajah Sang Maha Meliputi ungkapan persaksian san selawat sebagai berikut:

Bisnillahirrahmannirrahim
Asyhadu anlaa ilaaha illallah,
Wa asyhadu anna Muhammadan rasulullah
Allahumma shalli ala Muhammad wa ala ali Mihammad

- Lalu panggil-panggillah Nama Sang Maha Meliputi itu dengan teguh:

Ya Allah ..., Ya Rahman ...,

Ulangilah memanggil-manggil Ya Allah, Ya Rahman ini beberepa kali dengan rerendahan hati yang amat sangat, sampai muncul tarikan rohani ke arah Yang Maha Tinggi. Biasanya munculnya tarikan rohani ini tidaklah terlalu lama setelah kita memanggil-menggili Allah

Catatan:
Paling lama hanya dalam hitungan dua atau tida menit saja respon Allah terhadap panggilan-panggilan kita dengan kesedaran penuh itu akan dapat kita rasakan. kalau dalam waktu 3 menit berselang belum juga muncul tarikan rohani ini, maka jangan diteruskan, percuma sahaja. kerana kalau sudah lebih 3 menit tapi nggak ada tarikan rohani juga, maka yang muncul kemudian adalah fikiran kita. kita mulai mikirin tentang bagaimana tarikan rohani itu, bagaimana direspon Tuhan, dan sebagainya. kalau sudah bergini istirahatlah sebentar dan kemudian mulai lagi awal""

Di atas adalah sedutan dari pengalaman Abu Sangkan, bagaimana dia mengamalkan amalannya sama ada 2kalimah shadat atau selawat atau amalan2 yang lain ...insyallah selepas ini saya mencerita kan pengalaman saya pula, bukan untuk riak atau ter-OVER, atau sombong atau saya ini ada kelebihan atau apa2 yang mendatangkan fitnah, kita adalah sama sahaja sama ada kita Islam atau Non-Muslim, sama ada kita Cina, India, Melayu, Jawa, Belanda, Iris, Arab, Afrika atau apa bangsa sekali pun, Zat Allah SWT semua orang boleh RASA, ..INGAT kita sudah tiada Nabi kerana Sudah Wafat ..kita hanya ada Allah SWT dia lah GURU yang SEBENAR..

Seperti Abu Sangkan memceritakan di dalam bukunya ..Allah SWT itu lagi hampir dari urat leher kita kepada kita..Wah .. haha seperti yang saya ceritakan didalam tubuh kita ada 3 element 1. Jasad, 2. Roh, 3. Allah SWT ..dimana letak Nya Allah SWT di dalam tubuh kita ..haha RAHSIA beb ..

Kalau kita hendak mendengar suara Allah SWT pula lain cara dia, kalau kita hendak melihat Allah SWT didalam sedar pun lain pula caranya, ITU DAH TINGGI DAH haha .. Tapi setakat ini saya masih belum mendengar Suara Allah SWT dan saya masih belum melihat Allah SWT jadi saya tak akan cerita hahaha .. ..cuma sekadar memberitahu dan berkongsi ... pengalaman sesorang itu berbeza ..tetapi kearah yang satu "Ya Allah Kembalikan lah aku ke Syurga" (tempat asal kita dan moyang kita Nabi Adam AS) ...bersambung

Membuka Ruang Spiritual

...bersambung cerita dari saya dan anak2 saya menghadiri Ceramah di Masjid Bandar Bukit Puchong, pada malam itu saya tak sempat untuk mengetahui penghujung cerita atau intipati ceramah "Kyusuk Solat" yang di sampaikan oleh Pak Yus.

Bapak saya sempat membeli CD dan buku yang ada di tangan saya (dijual oleh Pak Yus), CD tak sempat tengok tapi bukunya yang berjodol "Membuka Ruang Spiritual" telah saya baca hingga ke muka surat 112, (saya rasa ini lah intipati yang saya nak tahu hanya di muka surat 112), selebihnya saya akan baca insyallah melihat2 kalau2 ada intipati yang saya boleh pelajari dan mangambil iktibar.

Ringkasan dari buku yang dikarang oleh Abu Sangkan, ialah sebuah buku yang menceritakan: Bagaimana terjadi Nya Adam, mengapa Maklaikat menyembah Adam dan kenapa Syaitan/Iblis tak mahu menyembah Adam yang di buat dari tanah (sepertimana cerita2 yang kita tahu), Pengalaman beliau mencari perjalanan keTuhanan dan membuka ruang spiritual.

Apa yang diceritakan oleh Abu Sangkan di dalam bukunya "Membuka Ruang Spiritual" boleh dikatakan hampir sama dengan cerita2 yang saya /sampaikan/ceritakan di dalam blog saya terdahulu dan pengalaman saya yang berbeza, dia dengan pengalaman dia dan saya dengan pengalaman saya. Perjalanannya sama, cuma nama yang berbeza, mungkin beliau (Abu Sangkan) tidak bukak cerita habis sampai ke isinya.. Itu hanya Abu Sangkan yang mengetahuinya.

Sepertimana yang kita tahu ada perkara dan tahap kita boleh menceritakan dan menulis dan jika sudah sampai ketahap tinggi Rahsia ke atas Rahsia, maka hanya orang tertentu yang hanya boleh memdengar dan menerimanya...dan orang2 yang ingin mengkaji ilmu Allah SWT.

...bersambung.

Sunday, August 1, 2010

Kusyuk Solat

...Pada hari 29hb. Julai 2010 hari, Masjid Bandar Bukit Puchong (Masjid atas bukit) telah mejemput Pak Yus Ansari dari Solat Center, Bandung Indonesia untuk memberi ceramah "Kusyuk Solat".

Pada mulanya saya tidak beberapa minat untuk menghadirinya kerana malam itu saya dan 3 orang anak saya telah bercadang ke Morib, dimana tempat isteri saya krusus (nak bawak anak2 tido hotel la orang kata), tapi anak sulung saya masih berkeras untuk menghadiri ceramah tersebut, walaupun umurnya baru 8 tahun, mungkin Jiwa Nya telah mendapat petunjuk dan hidayah, saya akur dengan kehendak anak saya ..

Bila sahaja ceramah itu mula ketiga-tiga anak saya duduk dihadapan dengan embah dia orang, saya pun perhatikan sahaja anak2 saya itu ..yang pasti tanggapan saya kepada mereka meleset, pada mulanya tanggapan saya seperti biasa bila ceramah je mula dia main kat berandar Masjid ..haha kenapa lah fikiran saya masih tak yakin kepada anak2 haha adoiii ..dalam hati malu juga ..

Program yang Pak Yus sampaikan kalau betul2 mengambil masa lebih kurang 2 hari, tapi malam tu kami hanya sempat mendengar mukadimah sahaja selama sejam setengah ..almaklum anak yang umur 6 dan 4 tahun tu dah tak sabar nak tido Hotel haha ..

Walaupun penyampaian Pak Yus dalam bahasa Indonesia, saya percaya anak saya pun faham dan sebagai pengenalan kearah yang lebih bermakna...iaitu ke Majlis Ilmu dan memdengar ceramah untuk membuka minda kepada sesuatu perkara yang baru.

Mudah-mudahan dia bersama 2 orang adiknya sentiasa diberi Petunjuk dan Hidayah..Amin.

...bersambung ..