Friday, May 21, 2010

Shahadat / 2 Kalimah Shahadat

..Diceritakan lagi Apa Itu Shahadat ..Diceritakan lagi Shahadat atau 2 kalimah Shahadat itu dalah ZAT ALLAH SWT ..
Dengan Shahadat lah kita berhubung dengan Allah SWT

Shahadat yang ingin dijelaskan ialah " Shahadat Tasbih " iaitu menghampiri Separuh Ulamak (definasi Ulamak disini BUKAN ulamak yang kita faham atau nampak atau yang selalu keluar TV atau Ulamak / Penceramah Bebas hahaha...)

Ulamak disini adalah Maklaikat dan Wali-wali Allah Kamaallah Wadjha...Orang yang tidak makan dan minum kerja nya hanya bertasbih kepada Allah SWT.

Shahadat nya macam biasa ...

Ashaduallaailahalillah sebanyak 17kali (..sahaja dan tidak di teruskan dengan Muhammadarasullah)

Shahadat ini di Baca dan turunkan oleh Allah SWT sebelum ada nya Manusia (Nabi Adam) dan sebelum terciptanya dunia dan lain-lain,

Niat nya: Ya Allah jadikan aku orang yang terbaik di sisiMU
Segala doa dan puji adalah RahmatMu. Amin ya rabilalamin.

Dan di ikuti dengan Tasbih: :SubahanAllah walhamdulillah .." sebanyak 7 kali

Kelebihannya : Kita akan di kembalikan seperti asal iaitu seperti bayi yang tidak ada dosa...Dan Allah SWT akan Ampun kan Dosa kan ...

CARA BACAANYA DAN WAKTU AMALAN DI RAHSIA ...(ada yang boleh kita cerita dengan orang ..ada peringkat yang kita kena RAHSIA kan ..)

2. Shahadat kembali kepada Allah

Bacalah Shahadat sebanyak 3 kali dan
KulhuAllah ..3 kali ..

Allah akan Rahmati kita ...Insyallah ...

...Bersambung ...

Monday, May 17, 2010

Iklas

..Diceritakan ..Tentang Bab Iklas, sebenarnya tidak banyak yang diceritakan tentang bab Iklas kepada saya, walaupun Iklas kalau di eja amat pendek hurufnya tetapi pengertian nya besar di sisi Allah SWT.

Apa jua ibadat yang kita lakukan hendak lah iklas, sebenar nya apa yang diceritakan kepada saya, untuk saya tuliskan adalah amat sukar sekali ..kerana Iklas itu tiada kayu pengukur dan sukar untuk diukur oleh sesorang.

Apa yang diceritakan ..Iklas kepada diri sendiri, Iklas kepada ibu dan Bapak kita, Iklas kepada Suami, Iklas kepada Isteri, Iklas kepada anak-anak dan yang terutama sekali Iklas kepada Allah SWT ..dan juga Iklas kepada Ibadat kita.

Yang sebenar-benar Iklas saya sendiri tak dapat gambarkan ..apatah lagi merasakan ..itu yang buat saya sendiri ..kadang-kadang sedih kepada diri sendiri..kerana masih tidak dapat jawapan apa itu Iklas dan merasai Iklas yang sebenar..jadi saya tahu lah ibadat saya masih lagi banyak yang kurang dan masih jauh perjalanannya ..

Orang kata untuk latihan atau latih diri ..kita buat sahaja apa jua perkara sama ada perkerjaan dan Ibadah ..lama-lama Iklas itu akan datang ..dengan sendiri ..yang penting latihan kepada diri kita ..Cuba seIklas - Iklas Nya ...bersambung..



..

Kematian - Bab 2

..Pada 12hb May 2010, minggu lepas saya di bawa ke Hospital Putrajaya, untuk menziarah mak mertua kepada rakan office tu, rakan office tu seorang perempuan dan menantu pertama dalam keluarga yang saya nak ceritakan ..

..Mak mertua rakan tu dah berumur 80 tahun lebih, dia dimasukan ICU, atas sebab tersalah makan dan terus koma, sejarah hidup pesakit tu dia ada kencing manis dan darah tinggi package la yang kata ..

Seperti biasa lah aku dapat menziarah orang yang sakit itu, tengok-tengok saya pun balik lah ..besok nya rakan tu bawak rakan lain ..mamat ni adalah mungkin ilmunya ..di ceritakan masa mamat tu membaca ayat-ayat Alquran ..pesakit yang koma tadi mula bergerak-gerak ..mata nya terbeliak mencari sesuatu ..

Menantu kepada pesakit tadi menceritakan kat saya ..emm ..dia kata mak mertua dia tak pernah sembahyang ..sepanjang hidupnya ..masa pesakit itu masuk ICU ..ada perkara-perkara yang aneh yang berlaku ..anak cucu yang tumpang tido di rumah pesakit tadi di ganggu ..kadang-kadang bau hancing ..macam air kencing dan sebagainya ..

Pasti keadaan macam ni ..pesakit itu mempunyai belaan almaklum orang tua-tua dulu ni ada yang bersandarkan kepada benda-benda macam ini..mungkin pesakit tadi dah mati ..cuma belaan tadi sahaja yang masih tinggal ..kemudian dia akan pergi kepada ahli keluarga yang terdekat untuk kerus menjadi tuan dan hamba ..

Aku yang dah tahu cerita, maka aku berdiam diri sahaja ..orang tak mintak tolong ..dan aku pun tak nak tunjuk pandai ..haha isteri aku cakap kenapa awak tak tolong entah-entah kakak tu bawah awak tengok mak mertua dia ..nak mintak awak tolong ..tapi tak kan dia nak cakap nak mintak tolong ..apa lah awak ni haha ...itu lah dia isteri yang boleh baca hati kita ..semoga Allah SWT sentisa merahmati awak dan kedua ibubapa awak sayang..amin.

Kematian - Bab 1

..Diceritakan lagi ..Di dalam bab kematian .. dimana serba sedikit ianya telah diceritakan di bab yang terdahulu. Untuk orang yang telah di angkat mertabatnya di sisi Allah SWT, maka roh dan jasad nya akan dibawa ke tempat semtara di alam barzah, dia akan di beri makan minum dan tempat tinggal yang amat sempurna, di beri pakaian dan kesenangan. Kuburnya akan di beri cahaya dan ruang..

jika kita sudah sampai ke peringkat yang tinggi, pasti bila saat kematian itu akan hampir ..Allah SWt akan menghantar maklaikat jibril kepada kita ..untuk memberitahu akan kepulangan kita ke Rahmatullah.

Jibril Alaisalam akan datang 100 hari sebelum hari sebenar untuk memberitahu ..wajah nya seperti kita ..berjubah dan memakai songkok haji ..kemudian datang Dia lagi kepada kita dalam masa 40 hari ..sama ada dalam mimpi sedar atau kita tidak sedar ..kemudian seminggu sebelum dan kemudian 24 jam sebelum dia datang untuk kali terakhir.

Itu yang selalu kita dengar cerita orang tua-tua, atuk-atuk atau nenek-nenek kita berkata.."aku dah nak balik tak lama lagi ..mungkin lepas waktu Zohor ..", maka sempat lah kita membersihkan diri solat dan kita baring untuk menunggu nafas yang terakhir.

Ketika itu jibril dan Israel Alaisalam datang cabut nyawa kita sambil menitiskan air mata ..kerana takut akan menyeksa kita.

Kalau kita sebaliknya ..maka Dia rentap je nyawa kita ..bersambung ..

Monday, May 10, 2010

Solat / Sembahyang Bab - 8

.... Di cerita kan lagi ..bila kita membaca bacaan di dalam sembahyang hendak lah kita membaca dengan jelas, terang, sayu, mengasikkan (walaupun tak pandai taranum), hanya dapat di dengar oleh telinga kita sendiri, DAN YANG PENTING di baca dengan pelahan Dan berhenti di tempat yang sepatutnya berhenti ..

Kita ambil bacaan AlFatihah dalam sembahyang ..Almdulillah hirabil alaminn ..
pertama mulut dan hati (roh) hendak lah membaca bersama-sama, DAN YANG PALING penting baca lah sehingga nafas kita habis dari dalam dada ..kemudian berhenti seketika 5 sec, dimana selepas sahaja kita berhenti pada ayat pertama ini ..Allah SWT akan beri kan kita rahmat Nya ..dan seterusnya bacalah Ayat yang kedua ..Arrahman Arrahimmm ..

Rahsia Nya ..Bayang kan kalau kita baca laju ..ayat pertama ke ayat kedua dan seterusnya ke ayat ketinga hingga lah ketujuh dalam Fatihah..Kebanyakkan bacaan laju ini delalu berlaku di waktu Sembahyang Sunat Trawih ..kebanyak kan Iman Tahfiz ..

Dimana Allah SWT belum sempat memberi Rahmat pada kita untuk Ayat yang pertama tadi ..kita dah masuk ayat kedua ..Macam mana Allah SWT nak bagi Rahmat kita pada ayat Fatihah yang kedua dan seterusnya ..maka bukan sahaja tak dapat Pahala ..Allah SWT akan palingkan MUKA Nya ke arah lain pula ..bukan sajaha itu malah kita dapat Dosa..Ayat-ayat yang keluar dari mulut kita tadi akan menjadi bahan bakar kita di dalam Neraka Besok ..pasal kita tak belajar dan mengkaji sebenar-benar sembahyang seperti mana Nabi Muhammad SAW Sembahyang melalui Wahyu yang diturunkan melalui Jibril ASM ..

Fikir-fikirkan renung-renungkan, bukan semua orang boleh sembahyang ..kena belajar dulu..menkaji sembahyang fahamkan apa itu sembahyang ..barulah boleh sembahyang ..kalau dah hidup sembanyang kita barulah Wajib kita sembahyang ..Yang baik datang Nya dari Allah yang buruk datangnya dari diri saya sendiri ..

Sekarang Nabi Kita Muhammad SAW sudah Wafat ..Minta maaf saya cakap kasar ..Imam-iman, ustat-ustat, alim ulamak, mufti pula tak mengkaji sampai ke tahap ini (sebenarnya ini baru Syariat sahaja) pasal kawan pun masih duduk dalam Syariat ..Kemana dan Macam-mana kita ..hala tuju kita ..untuk mendapat ketahap ..Yang Terbaik Disisi Allah SWT ..

Para-Nabi dan Para Rasul ..Allah SWT duga mereka bertahun-tahun ..dudul di dalam perut ikan ..(kalau saya dah lama jadi tahi ikan haha) ..Kudis seluruh badan ..dan dugaan yang paling hebat .. dan bertahun untuk mendapat Rahmat Allah SWT ..kita ???? haha ...

Jawapan nya ..Berdoa lah kita terus kepada Allah Bermohonlah kita kepada Allah SWT ..kita hanya ada Allah SWT ..dia lah Guru kita Sebenar-benarnya ..Dia MAHA Pengasih Dan Maha Penyayang ..Kalau kita selalu berdoa terus kepada Nya ..Insyallah Allah akan memberi petunjuk dan hidayah Nya .. Insyallah hidup dan Mati kita yang terbaik disisi Allah SWT...

Solat / Sembahyang Bab - 7

..bersambung Diceritakan lagi ..Apa jua ibadah yang dilakukan sama ada ..Sembahyang, Puasa, Zikir, Mengaji AlQuran dan lain-lain ..bacaan yang di lafazkan melalui lidah dan mulut hendaklah di ikuti dengan bacaan di dalam Hati (Roh) ..

Kerana kita di dalam tubuh kita mempunyai 3 element iaitu Jasad, Roh dan Allah SWT ..
sesungguhnya mulut zahir kita ini adalah mulut yang kuat berbohong ..contohnya jika ada adik/abang/kawan nak pinjam RM 1/-, mulut kita tak kasi ..kata mulut kita mana aku ada duit ..selepas sahaja rakan itu berlalu ..maka hati kita akan berkata ..Alahai kenapa lah aku tak berikan pinjam RM 1/-, bukan besar sangat pun cuma RM 1/-, kalau betul-betul dia ada duit mesti dia tak mintak ..ni mesti betul-betul dia tak ada duit ..ITU lah antara perbezaan mulut dan hati (roh) ..

Bergitu juga dalam sembahyang ..bila mulut mula sembahyang hendak lah kita sertakan dengan hati kita (roh) ..sama-sama sembahyang baca tabir sama-sama, membaca Fatihah sama-sama ..Bak kata semua hendak lah di baca dengan hati (Roh) ..

Untuk kita ajar dia bersama-sama beribadah kepada Allah SWT ..kerana besok kalau kita mati jasad kita dalam seminggu di dalam kubur akan dimakan oleh cacing/ulat/kalajengking/ular hitam dan sebagainya ..

Dan yang tinggal hanya lah Roh sampai ke Alam Pembalasan ..Kalau hati (roh) kita tadi tak pernah menyebut nama Allah SWT atau sembahyang ..dan sebagainya ..macam mana kita nak menjawab besok di hadapan Allah SWT ..lu pikir lah sendiri haha ...

Jadi tuan-tuan sembahyang ini bukan perkara yang boleh diambil ringan ..kena belajar ..mengkaji ..Semoga sembahyang kita yang terbaik disisi Allah SWT ..Amin...

Rahmat Allah

...Semalam 9hb. Mei 2010 ..aku bersama seorang rakan pulang ke kampung halam aku di selatan tanah air ..tujuan utama ialah untuk belajar dan ingin menambahkan sedikit amalan ..pada hujung bicara seperti biasa aku minta rakan aku untuk buatkan air doa untuk anak-anak dan isteri aku ..

Sedang dia membuat air doa untuk diri aku ..Aku dikejutkan satu berita yang keluar dari mulut rakan ku ini kata-katanya "..awak ni ada Rahmat yang akan diturunkan oleh Allah SWT (kata-kata rakan aku itu seterusnya aku rahsiakan)" ..Bila ..Di mana ..Siapa adalah menjadi tanda tanya pada pada diri ku yang masih buta dalam Ilmu Sunnah Aljemaah ini..

Aku buat-buat tak terperanjat ..(kerana aku sedari di sekeliling aku ada orang yang tidak sesuai untuk cerita aku ini) ..aku pun buat selamba ..senyum-senyum malu ..

Apa pun biarlah aku Rahsia kan dari pengetahuan semua orang kecuali Isteriku yang tercinta itu pun kalau dia menanya apa dia rahsia nya)..pada aku kalau betul itu yang Allah SWT tetapkan dan yang diRahmatkan kepada ku ..aku berserah kepada Allah SWT ..Dari Allah aku datang kepada Allah Aku dikembalikan ..dan aku percaya ..aku berhak menolak Rahmat Allah SWT itu dan minta digantikan dengan Rahmat yang lain Nya ..bersambung ..

Thursday, May 6, 2010

Kematian

..diceritakan sedikit tentang kematian, Hidup dan Mati itu ditangan Allah SWT, memang betul ..tapi kalau dikaji secara ilmiah dan dirujuk kepada Allah SWT .. kematian seseorang itu adalah di sebabkan oleh beberapa perkara dan penyebabNya, salah satu penyebab atau perkara kematian itu ..kematian / gugur bayi didalam rahim dimana Jika Allah SWT dapati bayi itu tidak sempurna kejadian nya atau kurang kalimahnya makan Allah akan mematikannya semasa didalam kandungan ibunya..

..kematian kedua perjanjian dia dengan Allah SWT semasa hidupnya di dalam alam roh, sebelum rohnya di tiupkan kepada jasadnya oleh Allah SWT..bila sahaja sampai waktu perjajian/kematian hamba tadi dengan Allah SWT maka balik lah ia kelam sementara iaitu alam kubur/barzah ..

..kematian ke tiga ..mati di sebabkan oleh makanan ..dimana punca-punca penyakit Darah tinggi, kencing manis dan sebagainya ..dimana semasa kita hidup kita main makan saja dan berlebihan memyebabkan kematian kepada kita ..

kematian ke empat .. kematian di sebabkan oleh kita sendiri .. contoh saya kita beli motor ..bawak laju-laju atau kita bawak pelan-pelan kita dilanggar oleh kenderaan dan menyebabkan kematian kepada kita ..

Apa yang diceritakan di atas adalah penyebab kematian ..RAHSIA Allah SWT .. sebenarnya ..Allah SWT telah menetapkan umur manusia itu contohnya 100 tahun ..dan pintu roh tersebut terbuka pada umur 100 tahun ...tapi bila kita mati umur 5 tahun ..10 tahun 15 tahun atau 65 tahun atau 85 tahun...kemana roh kita pergi ..untuk menunggu pintu roh tadi yang akan dibuka tekala umur roh kita 100 tahun ...

makan roh kita tadi akan bergumpal-gumpal macam awan di tiup angin kesana-kemari, ada yang menangis di kubur ..ada yang kesejukan ..ada yang kelaparan di bawah tangga rumah sendiri (nak mintak makan atau minum dari anak, isteri mereka tak nampak ..), ada yang menjadi penganggu kepada manusia yang hidup menyampuk sana ..menyampuk sini ..ada yang tidak berbaju ..dan sebagainya ...

Dan itu belum lagi diambil kira menunggu hari pembalasan hari kiamat ..berapa puluh tahun lagi ..

Sebab itu Bapa kita ..Ibu kita ..Guru-guru kita Ustat-ustat kita sering mengingatkan bawalah berkalan semasa hidup ..besok itu yang akan membantu kita ..

Bayangkan saya mati umur 65 orang kata paling hebat la tu haha..nak tunggu lagi 35 tahun baru pintu roh akan terbuka ..kemana saya nak duduk/tinggal ...dulu saya tak pernah tinggal sembanyang ..saya tak buat maksiat ..saya tak pernah tinggal puasa ..pokok nya saya terut apa yang Ugama kita Islam kehendaki ...tapi tekala itu Allah SWt kata betul kau ikut syariat, Alquran dan Sunah ..TAPI satu pun tak sampai kepada aku ...apa kita nak jawab dengan Allah SWT ..besok ...haha ..

Apa yang saya ceritakan dan saya tekankan ..orang kata biar sembahyang sekali seumur hidup tapi sembahyang kita sampai dan di terima oleh Allah SWT dari kita ..Jangan sampai kita solat ..tapi kita tak tahu dan tak nak ambil tahu kemana solat kita adakah diterima atau tidak ..dan jangan kita semua main ikut je ..kita kena belajar hingga ke liang-lahat mencari dan mengkaji ...

..."Dalam AlQuran kita, Allah menyatakan jika kau menyebut sepotong ayat aku akan masukan kau kedalam Suyrga .."

Fikir-fikirkan renung-renungkan ..Alhamdulillah saya bersyukur kerana kami suami isteri telah diceritakan serba sedikit dan cuba memahami apa yang dicerikatakan ..Selamat Beramal...bersambung ..

Solat / Sembahyang Bab - 6

... Adalah diceritakan lagi, ketika dan sebaik sahaja lafaz niat "Usolli fardar Magribi .." atau niat sembanyang untuk lima waktu yang lainnya atau untuk sembahyang sunat ..maka bila sahaja aras tangan di angkat lepesai 90 darjah maka di susuli dengan niat didalam hati "Ya Allah Aku menyembah Mu" dan mulut terus menyebut tabir "Allahu Akbar" sehinggalah tangan di letakkan di atas pusat.

...sebutan tabir di dalam sembahyang dibaca dengan sempurna iaitu "Allahu Akbar" dimana Allah itu dalam kiraan 4 harkat dan huAkbar itu di kira dalam 2 harkat, contoh yang paling tepat jika kita menyebut tabir untuk sujud dari selepas berdiri sebentar dari rokuk, kita pun menyebut tabir "Allahu Akbar" tetapi kepala kita masih belum diletakkan diatas lantai/sejadah bacaan kita sudah habis maka kurang pahala sembahyang nya ..(diceritakan keseluruhan sembahyang kita hanya dapat 1 pahala sahaja)

...Yang paling baik kita sebut tabir "Allahu Akbar" dan berhenti dari sebutan tabir apabila dahi kita sudah diletakkan dengan sempurna diatas lantai/sejadah dan tiada pergerakan lagi maka barulah kita boleh berhenti dari sebutan tabir ..

Nampak remeh tapi inilah yang memberi banyak pahala dalam sembahyang kita .. dan ini lah yang ditekankan di dalam rukun 13 dalam sembahyang....bersambung

Saturday, May 1, 2010

Solat / Sembahyang Bab - 5

...bersambung Diceritakan lagi, takala kita sudah berdiri di atas tikar sembahyang, maka perlukah kita mengucap 2kalimah Shahadah sebanyak 3 kali atau 7 kali, di ikuti oleh selawat kepada Nabi junjungan kita Muhammad SAW ..sebanyak 7 kali ..

kemudian bacalah doa .."Subahan Allah Walamdulillah ..Ya Karim" (doa sebelum azan)

1. KENAPA kita kena mengucap 2kalimah shahadat sebelum sembahyang?

Kerana jika kita terkeluar dari Islam maka itu lah tanda nya kita berbalik kepada Islam, 2KALIMAH SHAHADAH itu dalah ZAT ALLAH SWT, dan supaya sembahyang kita di berkati Allah SWT, dll.

2. KENAPA kita kena selawat kepada Nabi kita.. Nabai Muhammad?

Kerana kita adalah umat Muhammad SAW, nanti kalau berada di padang Masyar masa/hari PengADILan/balasan dihadapan Allah SWT, kelebihan Umat Muhammad akan di Nisab dalulu dari kaum nabi-nabi yang lain nya ..

Selawat itu menunjukkan kita umat Muhammad

Sesungguhnya Allah SWT dan para mailakatNya berselawat kepada nabi dengan selawat yang sempurna ..

Kalau kita selalu selawat nabi makan nabi akan kenal kita besok ..

3. KENAPA kita kena berdoa SubahanAllah walhamduililah ..(hingga).. Ya karim (doa sebelum azan)

Kerana ini lah doa bermohon kita kepada Allah SWT untuk kita mendirikan sembahyang / Solat ..bukan senang nak sembahyang kena mohon dahulu kepada Allah SWT ..Supaya Allah SWT datang dihadapan kita dan mengimamkan sembahyang kita ..baru lah Best ..

kadang2 saya perhatikan dekat mesjid ..kebanyakkan orang ..sampai sahaja ditikar sembanyang ..terus solat .. Allah SWT belum sempat datang lagi hang dah angkat tabir ..hang sembah siapa ..beri la masa sikit ..buat dengan pelan dan penuh tertib ..ZAT Allah SWT belum sampai ...lagi hang dah angkat ... kalau tak belajar ..kita buat main SYOK sendiri ..sampai kita mati ..belum tentu sembahyang kita di terima oleh ALLAH SWT ..fikir-fikir kan renung-renung kan ...itu lah kenapa perjalanan Sunah Aljemaah memberatkan tertib dan sunnah ..

Dari Implikasi diatas, Allah SWT akan datang juga di hadapan kita, ketika kita sembahyang, itu tanda ..sesungguh Nya Allah SWT itu Yang Maha Pengasih dan Penyayang kepada hamba Nya ..(walaupun kita tak nak memcari dan mengkaji ilmu Allah SWT itu) ...tetapi Allah SWT akan pelingkan muka Nya kearah lain ..

dan selepas ...Ya Karim" doa lah .."Ya Allah berilah aku kemenangan dalam hidup supaya .....(anak aku pulang ke pada ku ..ini kalau ada anak2 yang lari dari rumah) ...(isteri ku kembali kepada ku ..ini kalau isteri lari dari rumah) ..(di murahkan rezeki ku ..YA Allah beri lah aku rezeki ..ini kalau nak tembah rezeki) ..dss nya)..
ini kita panggil doa sebelum sembahyang ....bersambung...

Solat / Sembahyang Bab - 4

...bersambung ..Diceritakan kan lagi bila kita beruduk ..takala air sembahyang terkuna kulit muka yang pertama kali ..maka niatlah sepertimana yang diajar oleh ustat-ustat kita ..niat yang saya amalkan didalam hati adalah seperti berikut .." YA Allah suci kan diri ku dari hadas kecil dan besar.."

Lakukan lah berwuduk sepertimana yang di ajarkan oleh syarak/syariat ..yang paling penting : 1. Tertib (sampaikan air keseluruh anggot badan mengikut turutan ..komor2, sapu muka dss.) 2. Sempurna (maksud biarlah air uwuk itu rata ke seluruh anggota) 3. Fokus Alaah SWT (maksudnya sudah bermulanya fikiran kita / hati kita fokus kepada Allah SWT / Khusyuk kepada Allah SWT)

Tertib beruwuk telah diceritakan dilaman bulan Jan./Feb.