Monday, June 20, 2011

Perjalanan ke Tanah Suci - Umrah 3

Semasa aku, Isteri dan anak aku Aiman ...melakukan Umrah ke Dua, Aiman Dan Isteri aku ingin sangat masuk ke dalan Lingkungan Hajar Ismail (sebahagian Kaabah), dengan semangat dan doa kedua-dua anak dan Isteri aku ..dapatlah Aiman dan Isteri aku masuk kedalam lingkungan Hajar Ismail ..dapat cium Kaabah, dapat pegang kaabah dapat berdoa sepuas-puas nya di sana ...Alhamdulillah...Itu lah rezeki dan doa mereka yang Allah SWT kabulkan...cuma tidak kesempatan nak Solat dua rakaat...di dalam nya.

Dikesempatan itu tangan kanan aku memegang Kaabah lalu aku berdoa :

Ya Allah tunjukkan lah aku akan kelebihan Shahadat
Ya Allah tunjukkan lah aku akan kelebihan Sembahyang
Ya Allah tunjukkan lah aku akan kelebihan Al Quran
Ya Allah tunjukkan lah aku akan kelebihan Islam
Ya Allah tunjukkan lah aku Jalan yang Lurus
Ya Allah tunjukkan lah aku Jalan yang Benar
Ya Allah jadi kan lah aku orang yang terbaik di sisi Mu

Ya Allah ajarkan lah aku sembahyang sebagaimana kau ajar kepada
Nabi Muhammad SAW ..kalau tidak aku tak akan sembahyang dan kalau tidak sia-sia lah hidup aku yang Engkau jadi kan..

(Dan juga doa untuk ahli keluarga ..)

Ya Allah Aku mencari mu, Ya Allah Ya Rahman sampai kan hajat/Doa aku Amin Ya Rabil a'lamin.

Baru lah puas hati aku ...kerana Allah SWT sahaja yang berkuasa untuk mengubah hidup aku JIKA Dia berkehendak ... Kenapa Nabi boleh ...aku tak boleh ... Ya aku akur kerana Nabi Orang yang terpilih dan Dia kekasih Allah SWT ... dan aku bukan yang terpilih..TAPI aku yang mencari Allah SWT ..aku juga ingin beribadah macam Nabi dan ingin merasa apa itu Islam sebenar .. Apa itu Al Quran sebenar ..Apa itu Sembanyang sebenar ..Apa itu Puasa Sebenar ...seperti doa aku di atas ... salah ke Aku ..Hina ke Aku yang mencari Mu Ya Allah ... Aku Tahu aku tidak layak ...Layak kan lah Aku Ya Allah ...Jika aku bodoh ..kau Pandai kan lah aku Ya Allah .. AKU TAK NAK HIDUP AKU SIA-SIA ...Buat sembahyang yang Engkau tidak terima ..buat sedekah yang Engkau tidak terima .. Aku tak nak buat Ibadah yang Engkau tidak terima ..di akhir zaman Ya Allah.

Selesai sahaja aku, anak dan Isteri aku berlalu untuk memberi laluan kepada orang lain.

Tekala dalam perjalan untuk menyambung Ibadah Saie .. Aku dapati tangan kanan aku yang memegang Kaabah semasa berdoa tadi .. terbau Kaabah yang amat kuat macam di lumur minyak Atta Kaabah keatas tapak tangan aku.. di saksikan oleh Isteri dan anak aku .. Subahan Allah ...Anak dan Isteri aku bertanya "kenapa mereka pegang Kaabah tapi bau tak kuat macam Daddy punya tangan .."

Aku jawab ".. tak tahu mungkin ada simbolik yang Daddy tak tahu "..Allah hu Alam.
Mudah-mudahan Doa aku, Doa Isteri dan Doa anak-anak aku sampai ke Aras Allah SWT..amin Ya Rabbilalamin.

... sambung Umrah 4

Perjalanan ke Tanah Suci - Umrah 2

Pertama .. Semasa dalam persiapan hendak ke Tanah Suci / Tanah Haram dan Madinah, perlulah kita perbanyak solat taubat 2 rakaat.

Kedua .. Tujuan dan niat kita ke sana .. adakah untuk Memohon Taubat, adakah untuk beribadah .. adakah untuk mencari kekayaan ...selain dari kita mengerjakan Ibadah Umrah.

Tujuan saya adalah untuk mencari Allah SWT, Aku ingin mengenal Allah SWT, Aku Rindu yang teramat kepada Tuhan yang mencipta sekalian Alam.

Tetapi sahabat aku di selatan tanah air berkata ".. kau tak akan jumpa Allah SWT"

Hati kecil aku mula hampa ...

Tak pe lah aku Nak jumpa Nabi Muhammad SAW ..pulak ..sahabat aku berkata lagi "..Nabi tak ada kat sana .."

Sekali lagi perasaan hati aku mula hancur ...

Tak pe lah aku nak jumpa Jibril Alaihisalam ...sahabat aku berkata lagi "..Jibril pun tak ada kat sana .."

Hati aku dah mula hancur lebur ...JADI apa tujuan aku kesana ...adoiii ...tiada jawapan ...sampai sekarang.

Memandangkan semua persiapan telah di lakukan tiket dan segala pengurusan telah di jelaskan ...Harapan Bapak aku, Isteri aku dan Anak-anak tercinta telah meluap-luap untuk kesana ..aku akur ..dengan hati yang hancur ..

Aku pun bersama-sama keluarga tercinta melakukan Ibadah Umrah sebanyak 3 kali dan Tawaf sunat 4 kali termasuk Tawaf Sunat Widak... semasa itu lah aku meluah kan hati dan perasaan kepada Allah SWT ..semoga Allah SWT dapat mempertimbangkan Hajat aku niat aku ..Amin.

...bersambung Umrah 3

Perjalanan ke Tanah Suci - Umrah 1

Assalammualaikum wth.Kepada keluarga tercinta dan sahabat-handai dan tetamu-tetamu yang sudi membaca untuk berkongsi ilmu dan pengelaman.

Alhamdulillah berjumpa lagi ..kali ni saya ingin mencerita pengelaman ke tanah suci Mekkah Al Mukarammah dan Madinah Al Munawarah.

Di Izinkan oleh Allah SWT pada May 30 2011 sehingga 10 Jun 2011, saya bersama Bapa, Isteri, tiga orang anak dan bersama bibik Soanah telah selamat mengerjakan Ibadah Umrah.

Alhamdulillah tiada perkara-perkara yang ganjil atau dugaan yang datang ketika berada disana, jadi pengelaman saya tidak lah mencabar seperti orang lain yang pernah diduga.

Sebelum pergi perasaan saya amat takut dan berkisar di fikiran kemungkinan-kemungkinan yang akan kami tempuhi. Sempat saya menalipon beberapa kali sahabat saya di selatan tanah air untuk mendapat sedikit pandangan apa yang perlu saya lakukan ketika di sana.

Abang Aliman sekadar kata jangan takut insyallah semuanya berjalan lancar dan banyak-banyak Berselawat dan Bertasbih.

Di sana tempat kita menyucikan Rohani dan Jasmini, tempat yang mustajab berdoa dan beribadah.

Nabi Muhammad bersabda :

1. Barang siapa yang beribadah di Masjidil Haram akan mendapat 100,000 ganjaran.

2. Barang siapa yang beridadah di Masjid Ku (Masjid Nabawi)akan mendapat 1000 ganjaran.

3. Barang siapa yang beribadah di Masjid Qsar (Plastine) akan mendapat 500 ganjaran.

4. Dan Barang siapa yang beruduk dari rumah lalu sembahyang sunat 2 rakaat di masjid Qubak akan mendapat ganjaran 1 Umrah.

Inilah tempat-tempat yang di katakan oleh Nabi Kita Muhammad SAW, AllahummasolliAllahMuhammad, Waalaali Saidina Muhammad.

Perbanyakkan lah berselawat ke atas Nabi Muhammad dengan Selawat yang sempurna,
Sesungguh Nya Allah dan Para Maklaikat Nya sentiasa berselawat keatas Nabi dengan Selawat yang sempurna.

"AllahummasolliAllahMuhammad, Wa'alaali Saidina Muhammad"

...bersambung ke Umrah 2.