Friday, April 29, 2011

Perancangan Allah SWT Yang TERBAIK

Assalamualaikum WTH ...berjumpa lagi setelah beberapa bulan menyepi ..

Cerita kali ini ialah pengalaman aku sendiri ..bermula dengan Tranformasi Syarikat tempat aku mencari rezeki, dimana aku di tukarkan kepada Syarikat lain, tapi parent company, ..tapi membatalkan kontrak aku dengan syarikat A aku di kawinkan dengan syarikat B, aku file kes kepada pejabat IR, cuma sekarang ini menunggu keputusan Menteri sama ada kes aku masuk court atau pun sebaliknya.

Genap setahun kontrak aku dengan syarikat B, aku mendapat berita akan di berhenti kan atas alasan kontrak tak sambung ..persediaan sudah aku buat tetapi masih mengharap kontrak aku di sambung dengan syarikat B.

Tiga bulan sebelum kontrak aku tamat aku berusaha mencari perkerjaan hampir 40 buah syarikat aku mohon, dan 5 interview sahaja yang melekat, aku pasrah, siang aku kerja malamnya aku berhajat kepada Allah SWT.

Hampir kata seminggu setiap malam aku berhajat, tetapi interview yang aku hadiri satu pun tak melekat macam-macam alasan yang diberikan oleh syarikat-syarikat yang aku pergi temuduga.

Pada hari 31hb. Mac 2011, hari tyerakhir bersama syarikat B, tutu aku mendapat tahu kontrak aku di sambung selama setahun dan kenaikan gaji sebanyak 6%.

Aku dapat merasakan bahawa Allah SWT telah menetapkan rezeki aku masih di sini walaupun aku file kes ke syarikat A dan syarikat B adalah parent company.

Alhamdulillah kerana kau masih memberi aku rezeki, walaupun tempat yang agak sukar berkerja.

selamat beribadah.