Wednesday, July 27, 2011

Erti Kehidupan

salam dan berjumpa pagi, pada 23hb. Julai 11, sempat aku bersama Aiman dan Adam pergi ke rumah Abang Aliman. Waktu dah hampir 9.45 malam, dari jalan besar nak ke rumahnya agak jauh juga, kalau jalan kaki lebih kurang 1 kilometer, malam itu bulan gelap. Aku tiga beranak meredah kegelapan malam.

Aku pegang tangan kanan Adam dan Aiman pegang tangan kiri Adam, malam itu cukup gelap lebih-lebih lagi laluannya ke rumah Abang Aliman, melalui di bawah pokok kelapa sawit yang sedang membesar.

Pada malam itu Abang Aliman bercerita, tentang semua makhluk Allah SWT, Dia kata kalau kita nak berjalan atau makan atau buat apa sahaja, perlu lah kita membaca Bismillah Hirahman Nirahim, dengan Bacaan Suara Roh, semasa kita membaca hendak lah FOKUS kepada Allah SWT dan Kalimah yg kita baca.

Katanya setiap hari manusia membuat kesilapan demi kesilapan, contohnya Batu yang kita gunakan untuk membuat jalan,tak kira jalan raya atau jalan apa sahaja yang kita guna batu merah atau batu putih "Grewel" janji batu.

Sebenarnya makhluk Allah SWT yang bernama batu tadi, berasal dari gunung atau bukit, yang hidup dan mempunyai Roh dan juga Bersembahyang kepada Allah SWT, tapi dengan cara batu dan hidup berpasangan-pasangan.

Dan bila manusia datang dan pecahkan bukit atau gunung tadi untuk menjadikan jalan raya, manusia mengunakan Bom atau Mesin pecah batu, maka pecah lah batu tadi dan di proses menjadi batu kecil atau Kerikil.

Pendekkan cerita, Batu sebenarnya menangis kerana di buat sedemikian, kalau kita panggil roh batu tadi, dan tanya dia, pasti jawapan Batu.. "Aku merasakan Amat sesakitan si saat kematian aku kerana Manusia Bom aku ..Alangkah Baiknya JIKA Manusia, Membaca Al-Quran (Surah Tertentu), Dimana aku akan hancur sedikit demi sedikit.. Dan aku tidak merasai kesakitan sebergini .. Ini lah yang di kata kan KITA Manusia kerap melakukan kesilapan demi kesilapan dalam kehidupan seharian..hari-hari kita makan Ikan, Udang Ayam, Lembu dan Sayur-sayuran ..bayangkan dan untuk ini Abang Aliman menunjukkan aku amalan-amalan tertentu ..selain dari sembahyang Taubat.