Monday, May 17, 2010

Iklas

..Diceritakan ..Tentang Bab Iklas, sebenarnya tidak banyak yang diceritakan tentang bab Iklas kepada saya, walaupun Iklas kalau di eja amat pendek hurufnya tetapi pengertian nya besar di sisi Allah SWT.

Apa jua ibadat yang kita lakukan hendak lah iklas, sebenar nya apa yang diceritakan kepada saya, untuk saya tuliskan adalah amat sukar sekali ..kerana Iklas itu tiada kayu pengukur dan sukar untuk diukur oleh sesorang.

Apa yang diceritakan ..Iklas kepada diri sendiri, Iklas kepada ibu dan Bapak kita, Iklas kepada Suami, Iklas kepada Isteri, Iklas kepada anak-anak dan yang terutama sekali Iklas kepada Allah SWT ..dan juga Iklas kepada Ibadat kita.

Yang sebenar-benar Iklas saya sendiri tak dapat gambarkan ..apatah lagi merasakan ..itu yang buat saya sendiri ..kadang-kadang sedih kepada diri sendiri..kerana masih tidak dapat jawapan apa itu Iklas dan merasai Iklas yang sebenar..jadi saya tahu lah ibadat saya masih lagi banyak yang kurang dan masih jauh perjalanannya ..

Orang kata untuk latihan atau latih diri ..kita buat sahaja apa jua perkara sama ada perkerjaan dan Ibadah ..lama-lama Iklas itu akan datang ..dengan sendiri ..yang penting latihan kepada diri kita ..Cuba seIklas - Iklas Nya ...bersambung..



..

Kematian - Bab 2

..Pada 12hb May 2010, minggu lepas saya di bawa ke Hospital Putrajaya, untuk menziarah mak mertua kepada rakan office tu, rakan office tu seorang perempuan dan menantu pertama dalam keluarga yang saya nak ceritakan ..

..Mak mertua rakan tu dah berumur 80 tahun lebih, dia dimasukan ICU, atas sebab tersalah makan dan terus koma, sejarah hidup pesakit tu dia ada kencing manis dan darah tinggi package la yang kata ..

Seperti biasa lah aku dapat menziarah orang yang sakit itu, tengok-tengok saya pun balik lah ..besok nya rakan tu bawak rakan lain ..mamat ni adalah mungkin ilmunya ..di ceritakan masa mamat tu membaca ayat-ayat Alquran ..pesakit yang koma tadi mula bergerak-gerak ..mata nya terbeliak mencari sesuatu ..

Menantu kepada pesakit tadi menceritakan kat saya ..emm ..dia kata mak mertua dia tak pernah sembahyang ..sepanjang hidupnya ..masa pesakit itu masuk ICU ..ada perkara-perkara yang aneh yang berlaku ..anak cucu yang tumpang tido di rumah pesakit tadi di ganggu ..kadang-kadang bau hancing ..macam air kencing dan sebagainya ..

Pasti keadaan macam ni ..pesakit itu mempunyai belaan almaklum orang tua-tua dulu ni ada yang bersandarkan kepada benda-benda macam ini..mungkin pesakit tadi dah mati ..cuma belaan tadi sahaja yang masih tinggal ..kemudian dia akan pergi kepada ahli keluarga yang terdekat untuk kerus menjadi tuan dan hamba ..

Aku yang dah tahu cerita, maka aku berdiam diri sahaja ..orang tak mintak tolong ..dan aku pun tak nak tunjuk pandai ..haha isteri aku cakap kenapa awak tak tolong entah-entah kakak tu bawah awak tengok mak mertua dia ..nak mintak awak tolong ..tapi tak kan dia nak cakap nak mintak tolong ..apa lah awak ni haha ...itu lah dia isteri yang boleh baca hati kita ..semoga Allah SWT sentisa merahmati awak dan kedua ibubapa awak sayang..amin.

Kematian - Bab 1

..Diceritakan lagi ..Di dalam bab kematian .. dimana serba sedikit ianya telah diceritakan di bab yang terdahulu. Untuk orang yang telah di angkat mertabatnya di sisi Allah SWT, maka roh dan jasad nya akan dibawa ke tempat semtara di alam barzah, dia akan di beri makan minum dan tempat tinggal yang amat sempurna, di beri pakaian dan kesenangan. Kuburnya akan di beri cahaya dan ruang..

jika kita sudah sampai ke peringkat yang tinggi, pasti bila saat kematian itu akan hampir ..Allah SWt akan menghantar maklaikat jibril kepada kita ..untuk memberitahu akan kepulangan kita ke Rahmatullah.

Jibril Alaisalam akan datang 100 hari sebelum hari sebenar untuk memberitahu ..wajah nya seperti kita ..berjubah dan memakai songkok haji ..kemudian datang Dia lagi kepada kita dalam masa 40 hari ..sama ada dalam mimpi sedar atau kita tidak sedar ..kemudian seminggu sebelum dan kemudian 24 jam sebelum dia datang untuk kali terakhir.

Itu yang selalu kita dengar cerita orang tua-tua, atuk-atuk atau nenek-nenek kita berkata.."aku dah nak balik tak lama lagi ..mungkin lepas waktu Zohor ..", maka sempat lah kita membersihkan diri solat dan kita baring untuk menunggu nafas yang terakhir.

Ketika itu jibril dan Israel Alaisalam datang cabut nyawa kita sambil menitiskan air mata ..kerana takut akan menyeksa kita.

Kalau kita sebaliknya ..maka Dia rentap je nyawa kita ..bersambung ..