Monday, May 17, 2010

Kematian - Bab 2

..Pada 12hb May 2010, minggu lepas saya di bawa ke Hospital Putrajaya, untuk menziarah mak mertua kepada rakan office tu, rakan office tu seorang perempuan dan menantu pertama dalam keluarga yang saya nak ceritakan ..

..Mak mertua rakan tu dah berumur 80 tahun lebih, dia dimasukan ICU, atas sebab tersalah makan dan terus koma, sejarah hidup pesakit tu dia ada kencing manis dan darah tinggi package la yang kata ..

Seperti biasa lah aku dapat menziarah orang yang sakit itu, tengok-tengok saya pun balik lah ..besok nya rakan tu bawak rakan lain ..mamat ni adalah mungkin ilmunya ..di ceritakan masa mamat tu membaca ayat-ayat Alquran ..pesakit yang koma tadi mula bergerak-gerak ..mata nya terbeliak mencari sesuatu ..

Menantu kepada pesakit tadi menceritakan kat saya ..emm ..dia kata mak mertua dia tak pernah sembahyang ..sepanjang hidupnya ..masa pesakit itu masuk ICU ..ada perkara-perkara yang aneh yang berlaku ..anak cucu yang tumpang tido di rumah pesakit tadi di ganggu ..kadang-kadang bau hancing ..macam air kencing dan sebagainya ..

Pasti keadaan macam ni ..pesakit itu mempunyai belaan almaklum orang tua-tua dulu ni ada yang bersandarkan kepada benda-benda macam ini..mungkin pesakit tadi dah mati ..cuma belaan tadi sahaja yang masih tinggal ..kemudian dia akan pergi kepada ahli keluarga yang terdekat untuk kerus menjadi tuan dan hamba ..

Aku yang dah tahu cerita, maka aku berdiam diri sahaja ..orang tak mintak tolong ..dan aku pun tak nak tunjuk pandai ..haha isteri aku cakap kenapa awak tak tolong entah-entah kakak tu bawah awak tengok mak mertua dia ..nak mintak awak tolong ..tapi tak kan dia nak cakap nak mintak tolong ..apa lah awak ni haha ...itu lah dia isteri yang boleh baca hati kita ..semoga Allah SWT sentisa merahmati awak dan kedua ibubapa awak sayang..amin.

No comments:

Post a Comment