Monday, December 28, 2009

Ayat AlFatiha

... bersambung ..Selain dari kelebihan dan, terjemahan dan Fadilat AlFatiha yang di ketahui umum .. di cerika kan lagi di dalam Perjalan Sunnah Aljamaah dan Rahsia nya ..

Allah SWT kata AlFatiha ini adalah Raja Doa.

1. Barang siapa yang tidak baca Fatiha ia Mungkar

2. Berdosa

3. Tidak membaca Fatiha dalam masa tiga hari ..Hari ketiga ia keluar dari Islam

4. Perlu belajar AlFatihah Mati-matian dan ber Sungguh-sungguh belajar Fatiha.

5. Amalan ini selalu nya di amal kan oleh "Wasadatul Ulamak"
"Wasadatul Ulamak" ialah orang yang tidak makan dan tidak minum cuma hanya Menyembah Allah SWT, dengar dan faham segalanya.

6. Barang siapa yang baca Fatiha Allah SWT kata ..
i. Aku akan letak kan sebahagian diri nya di dalam Syurga dan sebahagian lagi
dari amalan-amalan yang lain seperti Solat/Sembahyang, Puasa dll.
ii. Dan di dunia ini aku akan beri Rezeki.

Rahsia nya ..
1. "Alhamdulillah hirabbillalamin"
Segala makhluk dan segala debu akan berterbangan kepadanya (kita) dan mendoakan kita

2. Barang siapa yang baca "Arahman Arrahim" Aku akan menjaga dia bukan malaikat atau apa-apa.

3. "Malikia umiddin" Allah SWT akan turun kan 40 orang malaikat untuk menjaga kita.

4. "Iayakanakbudu Waiyakastain" Allah SWT akan sampai kan hajat kita.

5. "Ihdinas siratal mustakim" Allah SWT jamin satu Syurga untuk kita. Orang yang
tiada nisab, malaikat akan datang kepada kita memberi salam dan terus bawa ke
Syurga. Merekah lah langit dan bumi.

6. "Siraltal lazi na'am an ta'ala'ihim" Kita bukan sahaja di sukai Allah SWT
tetapi Ibubapa kita dan anak-anak kita dan Isteri kita Allah SWT akan cucuri
Rahmat.

7. "Wai ril mak du bi alaihim" Allah SWT mulia kan kita. Dan Allah SWT AKAN TANYA
KEPADA KITA, KAU NAK APA LAGI WAHAI Simpulan bin simpulan ..


Allah SWT kata seratus hari pun kalau mengkaji AlFatiha tidak akan habis ..
Selamat beramal ...

Baca 10 kali untuk ...(di rahsiakan hanya penulis sahaja yang tahu akan kelebihannya... )

KEPADA PEMBACA BUDIMAN, AMALAN-AMALAN PERJALANAN SUNAH ALJAMAAH YANG DI CERITAKAN HANYALAH UNTUK PENULIS DAN Ahli KELUARGANYA SAHAJA, DI LARANG SAMA SEKALI DI AMBIL RAHSIA YANG DICERITAKAN UNTUK BUAT BAHAN RUJUKAN ATAU TERBITAN BUKU-BUKU, SEGALA PELAJARAN MESTI LAH BERGURU, GURU ADALAH YANG UNTUK DI PERTANGGUNGJAWABKAN PADA HARI KEMUDIAN KELAK. PENULIS MENCERITAKAN APA YANG DI CERITAKAN ADALAH UNTUK RENUNGAN SUPAYA KITA SENTIASA MENILAI AMALAN KITA DARI MASA KESEMASA DAN PENULIS TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KEPADA PERKARA YANG TIDAK DI INGINI SAMA ADA BAIK ATAU BURUK....bersambung ..

kelebihan Shahadat

...bersambung di laman yang lepas-pelas ada di ceritakan tentang kelebihan Shahadat .. di ceritakan juga di sini akan kelebihan Shahadat ..

Shahadat itu adalah Zat Allah SWT

1. Di dalam Perjalanan Sunnah Aljemaah
Shahadat itu juga mengenal Huruf dan juga memasukkan satu lapisan dan satu lapisan

2. Ayat ini juga menjamin Islam dan boleh di gunakan untuk apa sahaja yang kita hajat kan ...Contohnya "Ya Allah kembalikan aku dari sakitku".

3. Dijamin Islam, Di jamin Ibadah

4. Pelaris baca sahaja Shahadat untuk segala Kekayaan.

5. JANGAN PUTUS SHAHADAT ( DI AMALKAN PAGI (SUBUH) DAN SORAY (MAGRIB))

6. Doa Awal - Inilah datang nya Doa Awal dan Doa yang Lengkap

7. Jika Kamau mengucapkan Shahadat, kamu dapat Syurga kedua Cara Nya (Di rahsiakan)

kalau ada anak-anak yang sakit ... baca sahaja Shahadat dan Doa nya "Ya Allah kembalikannya kepada sihat" ... kalau kita mengkaji (out side the box) Shahadat pun dah cukup lengkap boleh masuk Syurga keDua .. selamat beramal ..bersambung ..

Kelebihan Ayat Izaja'anas'rullah hi walfat

...bersambung diceritkan lagi kelebihan ayat ini selain dari kelebihan, terjemaahan dan Fadilat yang di ketahui umum, Ayat ini juga untuk kesihatan (sihat tubuh badan) kaum Lelaki ..."Ya Allah beri lah aku kekuatan selama ...dan di tiup kan kepada ...(Di rahsiakan maaf sekali lagi Ya kepada pembaca budiman haha ..) " .. bersambung...

Kelebihan Ayat li'ilafi kuraisin

..bersambung diceritakan juga selain yang kita ketahui umum terjemahan dan Fadilat Ayat ini di sisi Allah SWT, kelebihan ayat ini ialah untuk kesihatan (sihat tubuh badan) dunia dan akhirat bagi kaum Hawa ... bersambung ..

Kelebihan Ayat Ina'aktaina

..bersambung adalah kelebihan ayat / surah Ina'aktaina, selain terjemahan dan fadilat yang di ketahui di cerita kan juga ayat ini, bukan sahaja Allah SWT suka dan sayang kan kita tapi makluk Nya juga akan suka dan sayang kan kita ... ada juga di bacakan sebanyak 21 kali dengan kedua-dua jari hantu kiri dan kanan dicamtumkan dan di tuip kan ..kepada .. (amalan ini kelebihan nya di rahsiakan kan takut salah guna hahaha maaf Ya, kepada pembaca Budiman ) ...bersambung ..

Monday, December 21, 2009

Ayat Kursi

... pada 1 hb. Disember 2009, penulis dapat sedikit tekanan, bukan dari orang lain tapi dari diri sendiri, penulis pun berhubung dengan rakan untuk mendapat kan pandangan pada 8hb. Disember 2009 ..

rakan tersebut menyuruh penulis mengamalkan Ayat Kursi, membaca sebenyak sepuluh kali tak kira waktu tetapi hanya boleh dibaca pada 15hb. Disember 2009, pada 17hb. Disember 2009, penulis dengan kuasa Allah SWT dapat melihat kesan pada amalan tersebut ..Alhamdulillah Allah SWT telah tunjukan satu Kekuasaannya ..disaksi kan oleh Isteri Penulis sendiri ..semoga beliau juga di beri petunjuk dan hidayah sentiasa dalam apa jua perkerjaannya ..dan di tingkat kan Iman dan kesabaran di sisi Allah SWT, Amin.

...di ceritakan lagi ..Ayat kursi selain dari mengamalkan ayat ini untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT (ber ibadat kepada Allah SWT) ..kelebihan yang lain ialah
Surah ini "PANAS" ianya boleh mencair kan sesuatu, memanaskan sesuatu dan juga boleh di gunakan untuk perubatan ..contoh nya jika sesaorang itu terkena Histeria ..bacalah dengan di mula kan dengan Shahadat, Selawat dan seterusnya Ayat Kursi kemudiannya di tiup kan kepada pesakit tersebut (di telinga kanan, telinga kiri, ubun-ubun, dada dan juga buah pinggang, atau tiup kerus ke tubuh pesakit) .. (bila sesuatu gangguan itu dah keluar) maka di baca kan pula tasbih "SubahanAllah Walhamdulillah ..." untuk penyucian supaya tubuh pesakit yang di ganggu tadi benar-benar bersih dari sebarang gangguan. ...selamat mencuba dan beramal.

Selamat Tahun Baru Dan Sedikit Cerita Wali Allah

..Di kesempatan ini saya mungucapkan tahun baru 1431 Masehi (maaf ejaan pun ikut ayat kuno hehe) ..

saya pun dah lama tak mengulangkaji ..sibuk dengan beramal ..sikit-sikit lepas solat subuh dan lepas solat magrib .. dan sibuk kerja dengan baru jadi Lawyer untuk case Arbitration yang dah 10 tahun berlalu ...Buat aku kurang makan dan muram ..pasal pening kepala nak fikir masalah kerja, aku bukan di latih untuk menjadi seorang Peguam tapi aku Jurutera .. Laywer yang ambil kes itu pun tak tahu nak buat pasal tak faham, last-last Syarikat suruh aku suap Laywer ni dengan point-point, senang si Laywer ni nak tembak sebelah sana pulak ..emm dunia-dunia ..

Beberapa minggu ni penulis sekeluarga sering ke Mesjid untuk mendengar ceramah dan juga majlis Ilmu ..Penceramahnya yang dimaksudkan adalah Saudara Hj Ann Wan Seng dah 18 tahun memeluk Islam ..banyak buku-buku yang di terbitkan ..

Salah satu isi kandungan ceramahnya ialah kita ni kaum Melayu (aku Jawa hehe tak termasuk la kot) ..selalu kutuk Orang-orang ..Cina Buta, Cina Mampus ..bla-bla-bla si Ann Wah Seng bercerita .."tuan-tuan tahu tak ..Wali / Sunan Gunung Jati adalah berasal dari Negara Cina .." emm keturunan aku yang dari Tanah Jawa pun tak tahu pasal tu .." maksudnya Cina lebih terdahulu mendapat Sinar Islam dari kita kat Tanah Melayu ni ..kalau dah dapat status Wali atau Sunan ni orang nya Hebat pasal Wali atau Sunan bermaksud wakil Allah SWT ..dan selalu dipanggil Wali Allah, ..Wali atau di kenali juga sebagai "Wasadatul Ulamak". Wasadatul Ulamak ini orang tak makan dan tak minum kerja dia cuma menyembah Allah SWT. Sebab tu Wali-wali ini, doa dia amat masin atau cepat di makbulkan oleh Allah SWT, DAN JANGAN DISAMAKAN DENGAN RASUL ATAU NABI_NABI (NABI DAN RASUL INI ORANG YANG DI PILIH OLEH ALLAH SWT, DAN ILMUNYA DITURUN KAN KHAS) tapi Wali-wali atau Sunan-Sunan ini orang biasa macam kita-kita TETAPI MEMPUNYAI SIFAT KETUHANAN YANG TINGGI BUKAN DIA (WALI_WALI INI TUHAN) TETAPI MEREKA MENCARI ALLAH SWT, MENGENAL ALLAH SWT DAN MENCINTAI ALLAH SWT, DENGAN MENCARI ILMU-ILMU ALLAH SWT DAN KITA TAK PAYAH LA, BERDAMPING DENGAN WALI INI, WALI ITU, CUKUP sekadar kita menghormati perjuangan dia, Ilmu dia, kedudukan dia Dan bercita-cita untuk beramal macm dia ..YANG PENTING MENGENAL ALLAH SWT, KITA SAMA JE DENGAN WALI YANG PENTING USAHA KITA AMALAN KITA KEPADA ALLAH SWT.

Mula-mula nak cerita pasal tahun baru tapi dah tertulis cerita pasal Wali Allah pula tak apa saya teruskan, Wali ada banyak yang ter Masyur dan di kenali ramai ada 9 di benua Asia ni, dan kebanyakkan mereka dari Tanah Jawa, Wali-wali yang kita tak kenal pun banyak tapi tak famous hahaha ... seperti Guru kepada Wali So'ngo, pun Wali, Guru kepada Wali/Sunan Ampel, Pun Wali, Guru kepada Wali/Sunan Kalijogo pun Wali ..senang "rule of tumb" ..kalau anak murid nya Wali, Guru nya pun lagi Wali haha ...itu saja cerita pasal Wali atau Sunan (nak cerita lebih-lebih pun saya tak tahu pasal mereka, tak berpeluang berkenalan dengan mereka, cukup sekadar saya tahu cerita-cerita mereka dan CEMBURU dengan Ilmu dan Amalan mereka hahaha ...

Betul cakap Saudara Ann Wah Seng ni .. Cina Islam di Tanah Cina sana lebih bagus dari orang-orang Islam kat sini ..dalam Hadis Sahih Rasullullah Ada cakap cari lah Ilmu sampai ke Negara Cina...

Saya ada terbaca mengenai bermulanya Tahun Hijrah / Masehi, kalau tak silap ianya bermula pada zaman pemerintahan Saidinar Othman RA, dimana beliau melantik banyak Gabenor-gabenor di pelusuk pemerintahan beliau ..dalam beliau berutus-utus surat dengan Gabenornya ..setiap surat yang di kirim / utusan ada tercatit bulan tetapi tidak ada tahun ..

Setelah Saidinar Othman RA, merasa agak sukar/susah lalu di panggil semua Gabenor-gabenornya untuk berbincang dan bermula lah tahun Masehi ..1431 ..dah lama Rasullah meninggal kan kita ..bumi pun dah tak lama ..pasal bumi pun dah Tua ..masa akhir zaman pun dah bermula .. kita tunggu masa ..Masa untuk pulang ke tempat asal kita .."Ya Allah kembali kan aku Ke Syurga"

Thursday, December 10, 2009

Kunci Diri

...bersambung di ceritakan bahawa Allah SWT telah kunci kan diri kita semasa kita di lahirkan ... di mana Allah SWT telah menyediakan Almari dan kunci nya ada bersama Allah SWT (Ibarat/Contoh) nya siapa kah Isteri kamu/Jodoh kamu, siapa kah anak kamu, Apakah perkerjaan kamu, Apakah Ilmu kamu, apa kah rezeki kamu dan sebagainya ..

Yang kita tahu Hidup, Jodoh pertemuan dan Mati kita di tangan Allah SWT dan Allah SWT yang menentukan .. ini Betul. TApi kalau kita ber Ilmu kita nampak lebih mendalam apa ITU ISLAM SEBENAR ... SESUNGGUH NYA ISLAM ITU, SUCI DAN SEMPURNA.

Tapi yang lebih baik kalau kita dapat kunci yang di simpan itu dan membuka segala Almari yang Allah SWT telah sediakan ...

Baru lah Kita tak bergaduh dengan Isteri atau masam-masam muka dengan Isteri kita,
Yang lebih teruk kita ceraikan Isteri kita ..kita pukul dia .....
KENAPA terjadi macam tu ..kerana kita khawin kita SYOK sendiri, kita ingat dia jodoh kita, kita tak Solat Istikharah, kita tak puasa, kita tak tahu, kita tak berilmu, ..lepas tu nak salah kan ALLAH SWT .. kerana beri dugaan kepada kita.. sebenarnya dugaan itu kita yang buat dan kita yang cari sendiri ...dan nak sedap kan hati kita lagi dengan perbuatan kita .. kita kata Ada Hikmah nya di sebalik apa yang berlaku ..fikir-fikir kan ..renung-renung kan ...

dan kalau kita sedar ..kita BERDOA lah kepada ALLAH SWT, supaya Jodoh kita di berkati Allah SWT, supaya rezeki kita di redoi dan berkati, supaya anak-anak kita, perkerjaan kita, amalan kita di berkati oleh Allah SWT ... SESUNGGUH ISLAM ITU, SUCI DAN SEMPURNA.


kalau kita ingat dulu-dulu, bila anak-anak nak periksa, ibubapa akan puasa sunat untuk anak Nya, kalau anak sakit dia akan puasa sunat untuk anak-anak Nya .., tapi sekarang ni ..diri saya sendiri tak mampu nak buat ..puasa untuk diri sendiri pun tak mampu apa entah apa kah lagi nak puasa kan untuk Isteri ..nak puasa kan untuk anak-anak dan sebagaiNya.."Ya Allah beri lah aku petunjuk dan Hidayah ..di dalam setiap perkerjaan ku .."

Fikir - fikir kan ITU ke ISLAM, ITU ke yang Nabi ajar, ITU ke yang ALLAH SWT redo ??

Ibarat Riwayat Rasullullah SAW, di dalam Sirah Nabi, dia dimimpikan bahawa jodoh Nya adalah Siti Aisyah RA, Itu baru lah boleh di kata kan Jodoh itu di tangan Allah SWT..Allahualam bil sawab - Allah SWT yang lebih mengetahui ..

dan banyak lagi contoh - contoh yang malas saya nak tulis kan ..kerana anda juga tahu apa yang saya tahu ..kita tak ada bezanya ... manusia tetap sama dan semua nya sama, hamba akan tetap hamba, selagi kita bernafas ..kita tetap akan sakit ..tetap akan deman ..kita akan suka ..kita juga akan duka ..kita juga tetap akan tua dan kita juga akan menemui ajal kita ...

Amalan Kunci / Pembukaan Diri ..

1. Shahadat 7 kali
2. Allah huma ini auzubika sami'an basir 7 kali

Niat: "Ya Allah buka kan segala kunci diri ...(....di rahsiakan ....)"

...bersambung ...

Puasa Sunat

....bersambung .. di ceritakan selain dari kebaikan-kebaikan Puasa Sunat yang kita sedia maklum ..

Di ceritakan lagi Puasa Sunat Isnin dan Khamis untuk mengabdikan Diri kepada Allah SWT kerana Allah SWT tidak makan dan minum, Orang yang berpuasa islah Orang yang paling hampir dengan Allah SWT, selain dari memberi kesihatan yang baik kepada tubuh badan Puasa Sunat Isnin dan Khamis juga menambahkan kehebatan dalam mentajam kan ilmu dan mentajam kan amalan ... Selamat Berpuasa ...bersambung

Tuesday, December 8, 2009

Selawat dan kelebihan nya lagi

...bersambung di cerita kan Nya lagi kelebihan Selawat keatas Rasullullah "Allah huma Soli Allah Muhammad" ..boleh gunakan untuk bermacam-macam ..

Peraturannya: Yang terbaik untuk selawat adalah 7 kali sekurang-kurangnya
Dan 177 kali yang paling Bagus, kerana Islam kita akan terjamin.

Rahsia Selawat dalam perjalan Sunah Aljemaah jika kamu berselawat 193 kali, kamu akan di iktiraf sebagai Ahli Jannah / Syurga ...

Cara bacaan nya di Rahsiakan ..(salah satu rahsia nya, membaca dengan habiskan nafas ke dada dan mula membaca)..bersambung ..

Cara Beramal

... bersambung di ceritakan cara beramal adalah ibarat macam makan nasi ..pagi, petang dan malam ..lagi kerap kita beramal, lagi cepat dan sampai ke satu-satu peringkat, lagi banyak kita beramal lagi banyak kita merasakan kelebihan-kelebihan yang Allah SWT janjikan di muka bumi ini ..selain dari ganjaran-ganjaran pahala, rahmat, syafaat yang tidak nampak di mata kasar kita ..selamat beramal ...bersambung ..

Monday, December 7, 2009

Solat / Sembahyang Jenazah

..bersambung ..semalam 7hb. Disember 2009, pagi; saya, suami isteri telah di kejut kan dengan berita kematian ibu kepada rakan kami iaitu Pn Shawa, permergian bonda tercinta beliau sekeluarga di sebabkan oleh Brain Tumer dan cancer paru-paru, "Al-Fatiha ..semoga rohnya sentiasa di Rahmati Allah SWT dan di tempatkan, di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal Solleh..Amin,".

..Solat Jenazah adalah seperti biasa yang di ajarkan oleh ustat-ustat kita di masjid-masjid dan juga di majlis-majlis ilmu ia itu, niat jenazah perempuan atau lelaki, empat (4) tabir dan satu salam dan juga di ikuti dengan doa ..

di cerita kan sebelum kita mati, di kala kita masih hidup ini, lebih baik kita solat Jenazah untuk diri kita sendiri ..itu yang lebih baik, caranya/amalannya tidak/belum di cerita kan ... AllahuAlam bil sawab - Allah SWT lebih mengetahui, semoga kita sentiasa di beri petunjuk kan hidayah amin..bersambung ..

Saturday, November 28, 2009

Aqikah ...

..bersambung .. 7 tahun yang lepas kami mendapat cahaya mata yang pertama ..memang rasa dunia ini kami yang punya .. ghairah orang kata bila dapat zuriat pertama .. nak-nak anak lelaki..eemm seronok nya tak terkata kami berdua ..

Pernah penulis menanyakan ..bagaiman untuk melakukan Qikah untuk anak lelaki kami ini ..semoga anak yang di lahirkan ini besok mendapat tempat di mata Allah SWT ..Berakah dan mendapat Rahmat Allah SWT

Di ceritakan ..di dalam kitab-kitab dan juga guru-guru / ustat-ustat bila anak lelaki / anak perempuan perlu lah di Qikah kan sebelum baliq, sama ada se ekor atau dua ekar kibas (kawan pun tak pernah nampak kibas hehe) lebih kurang jenis-jenis kambing la kot ..dan adap-adap nya tulang tak boleh di patah-patah kan ..dan dagingnya disediakan dengan masakan yang manis-manis ..itu yang di ketahui semua lah kan ..dan itu yang ustat-ustat cakap ..

Yang diceritakan, yang wajib itu adalah DOA untuk anak yang dilahirkan ini/itu, dan selalu di doakan kan agar anak itu sentiasa berada di dalam peliharaan Allah SWT ..dan kalau besar besok kalau nakal pun dia akan pulang ke pangkalnya ..

Kalau kita nak Qikah juga ..Allah SWT kata boleh ..tapi binatang yang kita nak Qikah itu mesti lah :

1. Binatang yang sihat
2. Binatang yang cukup umur
3. Binatang yang kita tahu dia memakan makanannya dari sumber mana

Contohnya : Jika binatang itu memang binatang untuk di jual sebagai Qikah dan ianya makan bebas ..eemm takut dia makan pucuk ubi di kebun mak Kiah, atau makan pucuk pisang kat depan laman Pak Abu, atau berak(bung air besar) di halaman rumah Pak Leman ..dan binatang yang tadi itu di jual untuk Qikah ..maka binatang tadi tak boleh untuk dibuat Qikah ..kerana Mak Kiah, Pak Abu dan Pak Leman dah memaki-hamun binatang tadi ..ber bakul-bakul ..dan kalau kita tak tahu ..kita beli binatang tadi dan buat Qikah, orang kampung datang makan balik kenyang ..Tapi besok Kalau anak yang kita Qikah kan tadi TIDAK menjadi seperti yang kita niat kan hajat kan emm jangan salah kan Anak itu / Allah SWT kerana bagi dugaan atau sebagaunya ..TAPI salahkan diri kita sendiri ..kita pergi beli dan Qikah kan binatang, yang kita tak usul periksa dan sebagainya ..

4. Dan sebagainya (sila rujuk ustat-ustat atau orang yang mahir di dalam bidang ini)

Allah SWT kata ..kalau Nak Qikah / Kurban Binatang tersebut ..Tanya kepada Binatang tersebut "Wahai Kambing Biri, aku nak Qikah kan engkau untuk anak aku Simpulan bin Simpulan mahu/mampu kah engkau" ..."Demi Allah aku tidak mampu untuk membawa anak kau di Titian Sirat nanti ..maafkan aku" itu kalau kambing itu tak mampu .. tapi kalau kambing itu mampu "Demi Allah aku mampu untuk membawa anak kamu di Titian Sirat Insyallah untuk aku sama-sama masuk ke Syurga" ..tapi kambing cakap dalam bahasa kambing la ..dia tak cakap dalam bahasa Melayu atau Inggris ..

kalau ilmu dah tinggi .. kita mampu dan faham percakapan/bahasa binatang, bukan kambing sahaja tapi semua binatang, itu lah dia Rahsia Allah SWT di dalam Perjalan Sunnah Aljemaah mengenai Qikah, tapi zaman ini tak ramai yang ada ilmu macam ni, tak perlu masuk Uni. la yang org kampung kata ..hehe atau belajar kat Mesir..

Sesungguhnya di dalam khutbah-khutbah Jumaat / Ceramah-caramah Ilmu, kita sering di ingat kan bahawa Allah SWT tidak akan pandang harta kita TETAPI Amalan kita.

Ini cerita orang lama-lama/tua-tua, kawan suka dengar cerita ..sampai subuh pun mata kawan masih terbeliak besar di hidang dengan air kopi tumbuk dan biskut kering peeh di bantu dengan rokok surya peehh hahaha ..

Hari Raya Kurban atau Adil Adha, baru pun berlangsung semalam kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin, ..

Kalau kita berkesempatan menghadirkan diri di Majlis-majlis Kurban yang sedang berlangsung di seluruh dunia ..kalau kita terdengar bunyi Lembu / Kerbau / Unta yang nak kena sembelih tu agak-agak apa dia jerit kan apa yek ... AllahuAlam = Sesungguhnya Allah lebih mengetahui ...bersambung ..

Friday, November 20, 2009

Air Wuduk / Air Sembahyang ..

... bersambung Di cerita kan .. tak banyak cerita sebenarnya mengenai air wuduk atau air sembahyang atau tiada rahsia disebalik ber wuduk atau mungkin belum sampai masa untuk penulis menerima carita nya ..

Yang dicerika kan ber wuduk lah dengan Tertib, ..di tunjuk kan ber wuduk dengan tertib dengan menjatuhkan air tadi ke atas tulang / tangan sebelah dalam (antara tangan luar dan tangan dalam) dari jari hingga lah ke siku ..

bergitu juga dengan kaki hingga membasahi tumit, buku lali dan sekeliling nya ..
anggota yang lain macam biasa .. bila wuduk kita sempurna kita tidak akan merasa Was-Was .. di cerita kan kalau kita berWuduk dengan tertib dan sabar .. kita akan rasa nikmat wuduk itu tadi ..kita akan sentiasa ingin berada di dalam Wuduk ..

itu lah nikmat Allah SWT bagi ..

besok kalau kita mati ..dan kalau kita belajar cara berWuduk dengan betul .. Insyallah mudah-mudahan tubuh kita tidak luak di mamah api neraka ..atau tidak akan di makan oleh cacing-cacing di kubur ..

Kalau kita kat bumi ni masih hidup ..Allah SWT akan rahmat kan kita dan Isteri dan anak-anak kita kerana berWuduk itu pun salah satu Ibadah kepada Allah SWT

dan banyak lagi kelebihan-kelebihan yang di cerita kan di dalam hadis-hadis dan di cerita kan di dalam riwayat-riwayat sahabat Rasullullah ..bersambung..

Thursday, November 19, 2009

Cerita Pasal Air dan Sains ...

... Penulis pernah terbaca cerita pasal air ...di dalam air terdapat banyak molikiul-molikiul yang bergetar ..molikiul-molikiul boleh berubah-rubah dalam masa sesaat, berubah disebab kan suhu, warna, rasa, cuaca, dss ...

bergitu juga bila di ambil air tadi di letak kan di hadapan mulut (jarak 2-3 inci), dengan gelombang suara kita, air tersebut akan berubah .. bila kita baca kan "Bismillah" contoh nya molikiul-molikiul air tadi akan berubah menjadi sesuatu molikiul yang sempurna / bentuk yang sempurna dan berzat ..

Jadi kalau nak minum boleh la test minum air tampa baca "bismillah" dan minum air dengan baca "Bismillah" anda akan dapat rasa air itu tidak sama rasanya ..Ketara lagi bila kita mengunakan air Zam-Zam yang memang mempunyai galian dan molikiul-molikiul yang amat baik ..

Sebab itu kalau kita bacakan ayat-ayat Alquran dan di tiupkan kepada air tadi ..air itu akan memjadi penawar kepada penyakit yang di hajatkan tadi ..selamat mencuba ..bersambung ..

Friday, November 13, 2009

Amalan untuk Anak ..

... bersambung .. di cerita kan amalan yang paling bagus untuk anak-anak ...
bacalah "Iqrak bismirabbikal lazi .." di waktu pagi dan di tiup kan kepada kepala anak ..

Contoh seperti Nabi dengan maklaikat ..Rasullullah di peluk dengan maklaikat dengan penuh kasih sayang ..

Amalan untuk mendapatkan Hidayah dan petunjuk ..

... Di cerita kan amalan untuk mendapatkan hidayah dan petunjuk ..selain dari solat sunat 2 rakaat Istiharah ..

1. Tasbih 17 kali
2. KulhuAllah hu Ahad 17 kali
3. Fatiha 7 kali
4. Selawat 11 kali

Niat: "Ya Allah berikan aku hidayah ..... sebagaimana Rasullullah dengan selamatnya"

Doa : "Rabbana .."

Friday, November 6, 2009

Elemen yang ada di dalam Diri / Tubuh Manusia ..

... bersambung ... alamak tadi syok-syok menulis sama-sama mengulangkaji ..blackout la plak .. aahh besok la sambung ..kalau ada mood nak mengulangkaji ..kalau tak de lain waktu la labu .. hahaha

Elemen Dalam Diri atau Tubuh Manusia ...

..Bersambung lagi, .. hehe asik bersambung je ...nak buat macam mano ..

Maka di cerita kan lagi, bahawa terdapat tiga elemen penting dalam tubuh / diri manusia .. Yang Allah SWT jadi kan iaitu 1. Jasad, 2. Roh dan 3. Allah SWT

Allah SWT berkata ..Jasad menumpang kepada Roh dan Roh menumpang kepada Zat Allah SWT ...haaa ni nak masuk beb pening ..hehehe ...

Cukup la dulu saya pun tak dicerita kan seterus nya hehehe maaf ya ...

Apa yang penting mari lah kita mengenal Allah SWT ..kalau kita dah mengenal Allah SWT dan Allah SWT juga akan mengenal kita Insyallah semua akan mengikut ..dan banyak kelebihan-kelebihan nya ..Allah Akan Rahmah kan Isteri dan Anak-anak kita dan Ibu Bapa kita .. Subahan Allah .. bersambung ..

Thursday, November 5, 2009

Asal Kejadian Manusia ...

... bersambung ..adalah di cerita kan Asal kejadian manusia ..

Allah SWT dengan kekuasaan nya membentuk kan tanah seperti bentuk manusia ..lalu di tiup kan 2 kalimah Shahadat (dengan bilangan nya di rahsiakan)... kepada tanah tersebut lalu bernyawa lah tanah berbentuk manusia tadi ..namum tubuh tadi masih tidak mampu untuk bergerak ...

Dengan Kekuasaan Allah SWT Tuhan yang mencipta Sekian Alam ini dengan dalil nakli nya, di bacakan Nya Al-Fatihah (bilangan nya di rahsiakan) dan di tiup kan kepada tubuh tadi lalu baru lah ada kekuatan untuk tanah yang di bentuk seperti manusia itu bergerak ... dan kini di panggil insan.

Kejadian Insan ..

Di ceritakan bahawa .. bila bayi berada di dalam kandungan ..ketika umur 40 hari ..Allah SWT meniup kan 2 kalimah Shahadat (bilangan Nya juga di rahsiakan) kepada janin tadi ... lalu bila cukup Bayi di dalam kandungan tadi ber umur 9 bulan / hampir lahir sekali lagi Allah SWT meniup kan Al-Fatiha (bilangan Nya juga di rahsiakan) kepada bayi tadi ..tak kira anda India, Melayu, Jawa, Scothland, Norway, dan apa pun asal bangsa dan Ugama kita ... itu lah tanda Nya Allah SWT itu MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG .. LAGI MAHA PEMURAH ...

Dan jika kita tidak sempurna maka Allah SWT dengan kekuasaan Nya akan mengambil nyawa kita ketika kita berada di dalam kandungan ... itu yang ada anak yang gugur ..dan sebaginya... maka jika kita tidak lengkap maka Allah SWT akan ambil kita awal-awal.

Mengapa ada juga anak-anak yang kita sayangi dan kasih yang tidak ber salah tetapi di lahirkan cacat ...Adakah kita salah kan ALLAH SWT atau cubaan yang diberikan oleh ALLAH SWT .. eemm sukar nak jawab ni .. yang pasti nya kita kena bersangka BAIK kepada ALLAH SWT .. Dan yang pasti nya kebanyakkan kes-kes sebergini di sebab kan oleh emak atau bapak bayi tersebut atau dari atas nya lagi Nenek Moyang dan sebaginya .. Salah kan lah diri sendiri ..kerana kita tak belajar kita tak tahu ..
nak kawin pun ada cara nya ..nak nikah pun ada cara nya ..nak bersetubuh pun ada cara nya .. nak mengandung pun ada amalan nya ... Fikir-fikir kan renung-renung kan .. kita tak check asal keturunan pasangan kita .. kita nak bersetubuh kita main belasah je, kita ber khawin pun tak minyak petunjuk Allah SWT, kalau kita sembahyang Sunat Istikharah 2 rakaat, Insyallah Allah akan beri kita petunjuk tentang pasangan kita .."kalau engkau berkhawin dengan simpulan binti / bin simpolan maka perangai nya akan jadi macam ni ..kehidupan engkau akan jadi macam ini ..anak0anak engkau akan jadi macam ini dan sebagai nya ... emm Allahualam - Allah yang lebih mengetahui Nya ..bersambung ..

Wednesday, October 28, 2009

Cerita pasal pokok ..

..bersambung ..Di cerita kan, Allah jadi kan tumbuh-tumbuhan juga ber pasangan-pasangan, saya ada tanam pokok mangga depan rumah ..dah 2 tahun sekarang dah pun ber buah ..di kupas lagi Rahsia Allah SWT ..

dimanakah pasangan pokok mangga tadi (yang jantan nya) dia juga macam kita ber toooot, sehingga menghasil kan buah .. jawapan nya si jantan mungkin ber ada di dalam linkungan tidak lebih dari 50 kilometer ... bagaimana dia ber tooot Allahualam - Allah lebih mengetahui setiap makhluk yang di jadi kan nya ... kawan pun tak di cerita kan ..

Dia pun macam kita gak suka melihat pasangannya dengan kecantikan dan kesempurnaa sifat yang di jadi kan Allah SWT ..

Tapi kita tak tahu ..kita pergi petik daun nya ..kita pergi potong / tarah dahan nya .. pokok itu menangis sebenarnya ..dan pasangan nya juga bersedih melihat pasangan nya tadi yang kita potong itu cacat .. macam kita juga ..anak isteri kita patah tangan ..dan sebagainya ...apa perasaan kita

HATI-HATI bila nak potong pokok, cabut pokok / daun dan sebagainya ..kalau kita tahu cara nya tak ada masalah .. tapi kalau tak belajar, tak tahu ..sendiri makan pengat sendiri mau ingat ..Allahualam - Allah lebih mengetahui ..bersambung ..

Semua Makhluk berTasbih kepada Allah SWT

... adalah di cerita kan bahawa Allah SWT jadi kan makhluk nya berpasang-pasangan, sama ada dari golongan tumbuh-tumbuhan, batu-batan, binatang dan manusia yang bergelar insan ...

di kupas kan rahsia ber Tasbih:

"SubahanAllah Walhamdulillah Walailahaillallah AllahuAkbar"
(Mohon Maaf keyboard tak ada tulisan Arab)

- ganjaran pahala yang Allah berikan sama dengan pahala Haji

-"Subahan Allah"
Allah SWT akan ampun kan dosa kita

-"Allhamdulillah"
Allah SWT akan cucuri Rahmat kepada kita dan Jaminan tempat yang Indah

-"AllahuAkbar"
Tiada Rahmat dari Allah SWT sehingga akhirnya syurga yang ter Indah

Diceritakan jika kita beramal dan ber tasbih kepada Allah SWT
Bumi yang kita hari-hari pijak akan mendoa kan kita ..
kalau kita terjatuh terlanggar batu ..batu itu akan mohon maaf kepada Allah dan bermohon maaf kepada kita "maaf kan aku wahai simpolan bin simpolan kerana memyebabkan engkau jatuh sesunguhnya aku tidak mampu ber buat apa-apa ..

SubahanAllah ..bergitu besar jika kita ber Tasbih kepada Allah SWT ..

tapi jika tidak tahu ..tak belajar ..kita tak ber Tasbih kepada Allah SWT ..
bumi akan menghina kita ..batu-batu mengutuk kita .. apa tah lagi bila kita kencing merata-rata tempat (bagi kaum lelaki la kan hehe) hati-hati ..

kena la cari Shahadat dan Tasbih nya supaya kita sentiasa di Muliakan Allah SWT ..jika Allah dah mulia kan kita bumi, batu-batan gunung-ganang akan turut mendoa kan kita SubahanAllah .. "Ya Allah beri lah aku petunjuk dan hidayah"... bersambung ..

Doa seorang Pejuang / Penuntut mencari dan belajar Ilmu Allah

… bersambung dicerita kan Setiap Pejuang atau penuntut perlu berniat dan berDoa di dalam belajar Ilmu Allah SWT

Doanya:
“Bismillahi Arahman Arahim”
“Allah huma adjalna min siami rahmatumullah wafi mujahidin minallah fi am wa lihin is raa”

Niatnya:

“Ya Allah berilah aku rahmat dan shafaat, sembahyangku dan segalanya terbaik di sisi Allah”

Di cerita kan doa dan niat ini jangan dibaca selalu ..alasannya tidak di jelaskan
Kelebihannya Mudah tangkap dan Faham apa yang di ajar kan.... bersambung..

Tuesday, October 20, 2009

Kelebihan Umat Muhammad SAW ..

...bersambung ..Selalu di cerita kan di dalam Kutbah-Kutbah Jumaat, di dalam majlis-majlis Ilmu di masjid-masjid dan juga di dalam Al-Quran mengingatkan kita ..Beribadah la terus kepada Allah SWT tanpa sebarang penghantaraan, Doa kita, Solat kita Amalan Kita terus kepada Allah SWT ..emm special ke tak special kita ni ..

Nabi kita dah Wafat, kita hanya ada Allah SWT, selalu lah kita mohon pertunjuk dan hidayah Nya, Sesungguhnya dia lah tuhan kita dan Guru kita Sebenar ..kepada Nya kita akan di kembalikan, tempat Asal kita "Ya Allah kembali kan lah Aku ke tempat asal ku" / "Ya Allah kembali kan aku ke Syurga"

Apa yang Allah SWT mahu kita buat / laku kan di sebalik Perjalanan Sunnah Al-Jemaah ini ..Apa yang di cerita kan ..sebenar-benarnya apa yang kita buat di atas muka bumi ni, kita kena minta petunjuk Allah SWT, nak Khawin ke, nak berlari ke, nak mandi ke, nak bersetubuh ke, nak marah ke, wa'ima nak makan sekali pun.."Ya Allah boleh ke aku nak makan Nasi minyak ini" dan Allah SWT akan beri petunjuk dan hidayah "boleh makan dengan 3 suap sahaja, kalau lebih dari 3 engkau akan dapat kencing manis / engkau akan dapat darah tinggi dan sebagai nya jawapan Allah SWT" ..tapi kita tidak mendengar, kita tak tahu .. sebab tu kita belum sampai masa Allah SWt dah tarik nikmat ..tak boleh berjalan lah ..kencing manis lah, darah tinggi lah dan sebagai nya

Apa yang penulis ingin terang kan, diri kita dekat dengan Allah SWT dan apa jua kita nak buat kena minta petunjuk dan hidayah dari Allah SWT, kalau kita tak dengar suara Allah SWT, kita akan dapat petunjuk dan hidayah dari pancar Indra kita, pasti Allah SWt akan beri petunjuk (kalau tak dapat tu ada la masalah lain) dan terus mohon petunjuk sampai dapat..

Dan Allah SWT tak pernah menginyaya (betul ke ejaan ni hehe maaf ya)hamba Nya malah, Dia amat menyayangi kita, tapi kita tak mengkaji, kita tak tahu dan kita sombong Dan kita yang menginyaya diri kita sendiri .. fikir-fikir kan ..renung-renung kan ..

Rahsia membaca 2kalimah Shahadat ...

...bersambung dari memasukkan 2kalimah Shahadat kedalam diri kita .. Adalah di cerita kan cara mambaca amalan 2kalimah Shahadat, kita hendak lah mati kan diri, dengan nada penuh sayu dan khusyuk, terang dan jelas, suara Hamba kepada Tuhan Nya, yang lebih baik bayang kan rasa kan yang diri kita ini 2kalimah Shahadat (Nikmat membaca 2kalimah Shahadat.. bulu roma akan berdiri, air mata akan mengalir) SubahanAllah ini rupa nya nikmat / RASA yang di tunjukkan.

Amalan harian 2kalimah Shahadat yang terbaik di sisi Allah SWT, adalah perlu di baca 3 kali, di waktu pagi (subuh) dan 3 kali di waktu petang (magrib), subuh untuk cover siang hari dan Magrib untuk cover sebelah malam, mudah-mudahan hidup dan mati kita sentiasa berada di dalam Islam

Mengapa 3 kali, Kata Allah SWT - Yang Pertama itu Wajib
- Yang kedua itu Jaminan Islam
- Yang ketiga itu Jaminan Syurga

SubahanAllah bertapa Adil nya Allah SWT, tapi nak mengkaji 2kalimah Shahadat, kalau belajar hari-hari, 100 tahun pun belum tentu habis kata Allah SWT, apa tah lagi untuk di terima 1 Shahadat yang kita baca selama kita hidup, Allahualam-Allah lebih mengetahui.

Kalau tak, dah ramai orang masuk syurga, Apa tah lagi Saudara baru atau lama (hari ni peluk Islam dengan baca 2kalimah Shahadat besok terus Nikah/Khawin) emm Senang nya .. fikir-fikir kan renung-renung kan ..di mana diri kita ini ..

Seterusnya Saya ingin mengingat kan diri saya sendiri dan juga Pembaca budiman .. dalam kita mencari yang terbaik dan beramal, kita kena banyak bersabar, tekun, iklas, dan sentiasa ada sifat mengkaji dan terus mengkaji mudah-mudah kita jumpa penghujung nya.

Kelebihan “Bismillah” dan Rahsia nya ..

…bersambung .. Adalah di cerita kan bahawa Pengertian “Bimillah” di sisi Allah SWT adalah “Ada nya Aku, Ujud nya Aku, Aku ada di hadapan kamu dan Aku akan sampai kan hajat kamu sekiranya kamu Islam, Lidah Islam”

Ada kah kita Belum Islam? Eemm … tak dapat den nak jawab nya… haha cari lah sendiri.

Ya kita memang perlu banyak bersyukur yang kita di lahirkan dalam keluarga Islam dan ber ada di dalam keluarga yang ber turunan Islam. Tapi adakah diri kita Islam?

Kalau nak tahu tanya lah Allah SWT, bahawa tiada makhluk yang boleh merupai Allah SWT dan Dia tidak berdusta.

Bagaiman nak jadi Islam? belajar tentang Islam.

Apa yang di cerita kan Jika kita guna lidah Islam, Allah SWT akan berikan kita Rahmat yang di cerita kan hanya 3 Rahmat:

Rahmat no 1, - Mudah-mudah an di Islam kan
- Ibadah dalam Islam
- Doa kita akan di makbulkan
- Mati kita akan di himpunkan di Jannah

Rahmat no 2, - Suci dari kotoran seperti bayi baru lahir

Rahmat no 3, - Allah SWT akan beri kemudahan Dunia dan Akhirat

Minta lah petunjuk dari Nya … Orang macam kita-kita (tak kira anda India, Jawa, Cina, Bajau, dll) ni pun boleh dapat petunjuk dan hidayah dengan cara Allah SWT beri RASA kepada Panca Indra kita.

Cara nya: Letak kan jari penunjuk kita letakkan lebih kurang sejengkal di hadapan hidung (lebih kurang macam saudara baru ber shahadat) dan relex kan tangan, Mohon lah “Ya Allah adakah shahadat aku diterima” .. perhati kan pergerakan tangan sekali-gus jari petunjuk kita kemana ia bergerak (ia akan bergerak dengan sendirinya) .. kalau jari dan tangan kita bergerak ke arah hidung maksudnya shahadat kita di terima dan terletak di dalam tubuh kita ..dan jika jari dan tangan kita bergerak keluar / membuang keluar tanda nya shahadat tak ada di dalam tubuh kita dan belum tentu shahadat kita di terima “Allahualam” Allah yang lebih mengetahui. Kalau sekali tak gerak (ada sebabnya, tu soal lain lagi, buat lah ber ulang-ulang kali)

Amalan untuk ber mohon Islam :

Kerap membaca 2 kalimah shahadat 7 kali, selepas itu niat lah “Ya Allah Islam kan lah diriku” (ini baru bermohon untuk Islam dan belum Islam lagi diri kita)

Memasukkan 2kalimah shahadat kedalam tubuh, Amalanya:

Baca 2kalimah shahadat 3 kali dan sedut nafas sekali dan sedikit pastikan ianya jatuh di tempat nya bahagia dada (di situ lah kedudukan Shahadat dalam tubuh kita di bahagian mana sebenarnya di rahsia kan).

Besok kalau kita mati, Malaikat akan datang kepada kita dan menyoal kita, takala itu Shahadat tadi lah yang akan menjawab salam Malaikat dan melindungi kita dan tubuh kita dari azab kubur.

Bayang dan fakir-fikir kan .. Bezanya kalau kita baca macam biasa, kemana ayat-ayat suci itu tadi pergi atau di tempatkan dan bagaimana Dia nak menolong kita dan tubuh kita dari Azab Kubur dan Azab di hari pembalasan kelak. Jangan baca free-free, jangan baca syok sendiri.

Apa tah lagi surah-surah yang lain, amalan yang lain, ibadah bacaan Al-Quran, Sembahyang / Solat kita, kalau kita tak tahu rahsia di mana untuk meletakkan nya. Bak kata orang tua-tua “kalau solat itu biar lah ber Roh, kalau mengaji itu biar lah ber Roh” … haha saya tak faham apa itu ber Roh lah ..hehe Insyallah kita akan kupas sedikit demi sedikit, Rahsia-rahsia nya mudah-mudah ibadah kita terbaik di sisi Allah SWT.

Walaupun saya telah di cerita kan dan di tunjukkan amalannya belum tentu Shahadat saya diterima… sesungguhnya Allah SWT itu amat Adil. Saya Cuma mahu mencari keredaan dan ibadat yang terbaik di sisi Allah SWT.

Kalau tak senang lah orang masuk Syurga, Saya beru bermohon masuk Islam, Belum Islam sepenuhnya, Allahualam."Ya Allah beri lah aku petunjuk dan hidayah"

Bermohon Sebagai Ahli Sunnah Al-Jemaah

…bersambung … Adalah di cerita kan kita kena bermohon untuk menjadi Ahli Sunnah Al-Jemaah.

Di cerita kan cara nya:

Selepas dan setiap kali solat fardu 5 waktu dan selapas salam terakhir, Baca lah “Assalamualaikum Sunnah Al Jemaah”

Wednesday, October 14, 2009

Siapa kah Guru sebenar ..

… bersambung .. menuntut ilmu atau belajar atau beramal mesti lah belajar dari Guru,
Di cerita kan di sini Guru sebenar-benar Guru kita Adalah Allah SWT kerana dia tidak pernah berBohong atau Berdusta ..KALAU NAK BETUL-BETUL TAHU DAN BELAJAR LA ..

Kalau kita belajar dengan Manusia (.. haha kita fikir lah sendiri), apa tah lagi belajar dengan Jin, Dewa-dewa, dll.


- Takut perjalanan kita tak sampai ke penghujung
- Kerana Ilmu datangnya dari Allah SWT
- Kerana kita akan kembali kepada Nya
- Kerana Dia mengetahui segalanya
- Kerana Dia mencipta segalanya
- Kerana Dia berkuasa keatas segalanya

Di cerita kan juga cara beramal Memohon Guru:

- Sembahyang / Solat 2 rakaat “Memohon guru” (solat hajat la kan)

Dalam keadaan sekarang, Walaupun kita tidak ada amalan sekali pun, siapa pun kita sama ada Melayu, Jawa, Banjar, Murut, India, Cina dan guna bahasa apa sekali pun kalau kita minta petunjuk dari Allah SWT PASTI, kita akan dapat petunjuk Allah SWT

Cara nya :

Angkat tangan sebelah kanan kita macam memohon doa lurus 90 darjah, kalau kita orang Islam, mengucaplah dulu 2kalimah shahadat dua kali, Tanya lah apa pun nak Tanya contohnya “Ya Allah adakah aku sudah Islam, kalau Islam engkau gerakkan tangan ku ke kanan kalau tidak engkau gerakkan kan tangan ku ke kiri” .. biar kan sahaja tangan tu pasti ia akan bergerak sendiri seperti yang di minta,

Kalau kita nak bejalan ke Tanya la “Ya Allah aku nak ke pejabat adakah perjalanan ku ni selamat atau tidak, kalau selamat gerak kan tangan ku ke kanan kalau tidak gerakkan tangan ku ke kiri”

Tahap kita ni Allah, beri petunjuk melalui deria rasa, kalau nak advance (hehe belajar atau beramal perpuluh tahun pun belum tentu) kita akan mendengar suara Allah, kalau kita dah di sisi Allah SWT dan menjadi kekasih Allah kita akan nampak Allah SWT.

(Sebab itu kita kena mencari, semoga solat / sembahyang kita, ibadat kita, tidak sorang-sorang atau syok sendiri dan tak ada makna nak di sisi Allah SWT, DAN di Khuatiri bacaan ayat-ayat suci yang keluar dari mulut kita akan membakar kita kelak) hati-hati.

Allah SWT tidak pernah berbohong, berbalik kita kepada kepada rukun iman 6 perkara, Pertama percaya kepada Allah.

KERANA TIADA MAHLUK YANG BOLEH MERUPAI NABI, APA TAH LAGI ALLAH SWT.

Senang je kan ..Cuma kita tak cari, kita tak tahu ..selamat mencuba, kalau tak gerak gak cuba dan terus cuba (saya sendiri bertahun-tahun lamanya, baru ditunjukkan) ada la sebab nya Allah tak tunjukkan itu dah soal lain pula ..kita berdoa pun bukan terus sampai ke Aras Allah SWT, kita bukan Nabi...kita hamba yang mencari keredaan Allah SWT, itu pun kalau di diterima doanya, ibadatnya, dll.

sambung ..

Sunnah Al-Jemaah

..bersambung ..Rahsia-Rahsia Allah SWT yang di cerita diblog ini, adalah Perjalanan Sunnah Al-Jemaah, yang di kupas, untuk mendapat kan manis nya

Apa itu maksud / erti Sunnah Al-Jemaah, tanya lah ustat atau kiayai atau orang-orang di dalam bidang nya, apa yang di cerita kan, pengertian Sunnah Al-Jemaah di sisi Allah SWT adalah “Himpunan Al-Quran”,

Mengapa Allah SWT merahsiakan, sebenar nya setiap kejadian manusia itu, Allah telah tetap kan Siapa Isteri nya, Siapa anak-anak nya, Perkerjaan nya, Ilmunya, Amalan nya, ibarat almari yang tersusun rapi Cuma kita (hamba) di kehendaki mencari kuncinya …

Mengapa Allah SWT merahsiakan, Tidak di cerita kan disini, Memang kehendak Allah SWT bergitu, Allah SWT itu adil

Sebagai hamba kita kena mencari Tuhan kita, kunci-kunci nya, kita kena sentiasa bersangka baik akan ketetapan Allah SWT,

INGATAN:

KATA ORANG TUA-TUA KALAU NAK BERAMAL KENA BERGURU, KALAU NAK BELAJAR MESTI BERGURU, KEPADA PEMBACA BUDIMAN SEGALA AMALAN YANG DI CERITA KAN DISINI ADALAH UNTUK PENULIS AND AHLI KELUARGANYA SAHAJA, JIKA TUAN-TUAN BERAMAL DARI BLOG INI DUA PERKARA AKAN TERJADI KEPADA TUAN-TUAN SATU: TUAN-TUAN AKAN JADI ESIM (BERCAKAP SORANG-SORANG) KEDUA: CEPAT MATI SEBELUM WAKTU.

MELAINKAN YANG PENULIS SURUH MENCUBA.

Membersihkan diri ..

..seperti amalan biasa sebelum kita solat atau mengaji Al-Quran, kita perlu membersihkan diri ..

Dicerita bahawa amalan membersihkan diri seperti berikut:

Untuk permulaan amalan kita ..baca lah dan amal lah ..selain dari amalan yang dituntut oleh syarak ..

“Ya Allah suci kan darah ku” (bacalah SubahanAllah walhamdulillah ... 17X)
“Ya Allah suci kan hati ku” (ditto)

Untuk isteri tersayang, Allah SWT sentiasa mentabat kan wanita dalam belajar dan beramal, dicerita kan kalau orang perempuan beramal kelebihannya adalah seperti berikut:

Perempuan mengamal / baca sekali (1x) sama dengan lelaki mengamal / membaca 7 kali (7x), so hehe kalau i belajar selama tujuh tahun sama dengan you belajar 1 tahun… eem i jelous tau hahaha … beramal lah dengan husuk, iklas dan tawaduk dan banyak bersabar ketika belajar dan beramal, mudah-mudah Allah beri kan kita Rahmat dan Shafaat, Sembahyang kita terbaik disisi Allah SWT.

Itu lah kelebihan Wanita di sisi Allah SWT

Persoalan nya sekarang …

… bersambung .. kemana arah tujuan kita, isteri, anak-anak kita dan ibubapa kita …
Pada hal nya kita tahu pada penghujung hidup kita, kita akan bertemu dengan Allah SWT.

Apa kah persediaan kita .. untuk dibawa kesana ..
Adakah amalan kita di terima
Adakah sembahyang / solat kita diterima
Adakah shahadat kita diterima
Adakah sedekah kita diterima
Adakah doa kita diterima

Mungkin setengah-setangah orang akan berkata ..aku buat yang terbaik di sis Allah, yang lain nya atau selebihnya aku serahkan kepada Allah .. biar Allah yang menilai kan nya ..

Tepuk dada tanya selera ..

tapi bukan diri ini … aku akan pasti kan tempat aku di alam Jannah nanti aku tidak izinkan api menjilat tubuh ku tubuh isteri ku tubuh anak-anak ku tubuh ibubapa ku ..

kepada kedua bapa ku dan arwah ibu ku .. maafkan aku kerana tidak menjadi anak yang baik, tidak menjadi anak yang cemerlang, tidak menjadi anak yang soleh ..
ku pohon kan keredaan dari kamu ampuni lah diri ku, isteri ku, anak-anak ku, zahir dan batin yang menyinggung hati dan perasaan kamu ketika kita bersama, janji ku akan ku pasti kan kalian bahagia di dunia dan akhirat.

Kepada kedua ibubapa Mertuaku yang di hormati dan di sayangi, ribuan terima kasih tak terhingga kerana mengizinkan aku menyunting Bunga mu yang mekar di taman, ku pohon kan doa restu semoga bahtera dan Bunga mu yang ku Nakhoda kan, sampai ke tempat asal kita dengan sempurna dan selamat, Pengorbanan mu merelakan bunga mu ku sunting, akan aku amanat kan dan menerus kan, tanggungjawab yang di amanah kan, tiada ucapan sebaik doa ini di sisi Allah untuk kamu ber dua "Rabbana Atina ..."mudah-mudah Allah limpah kan rahmat dan shafaat kepada kamu berdua"

Untuk isteri ku yang tercinta
Seperti kata Allah SWT “tiada pahala yang setimpal dengan pengorbanan mu ketika kamu sakit mengandung dan melahirkan zuriat” selepas itu mendidikan anak-anak dengan penuh kasih sayang, kesabaran mu yang tinggi, penuh bijaksana, pengorbanan mu melihara keluarga ku ini, dan memperjudi kan diri mu untuk kebahagian ku dan keluarga ku, kesetiaan mu, kecintaan mu untuk menjadi isteri ku, insan yang tak punya apa-apa.

Sayang, dengan penuh keiklasan dan keinsafan, ku sentiasa memaafkan diri mu apa jua kesalahan mu dan menghalalkan segalanya dengan hidup yang amat singkat ini, aku mohon ribuan kemaafan ke atas segala perbuatan ku, percakapan ku, ibubapa ku, anak-anak kudan ahli keluarga ku yang pernah menyinggung perasaan mu, mengganggu akal fikiran mu dan jiwa mu ketika kita bersama.
Maafkan aku kerana mengabaikan pengorbanan mu, maafkan aku kerana tidak dapat memenuhi kehendak dan cita-cita mu, menyekat segala kehendak mu, maafkan aku keran tidak menjadi suami yang sempurna, maaf kan aku zahir dan batin sayang

Sayang, Janji ku dalam percintaan kita akan ku pasti kan kebahagian mu dunia dan akhirat

Untuk anak-anak ku, Aiman, Adam dan Aisyah, seperti doa daddy dan mummy ketika kita sama-sama berjemaah, semoga Allah Islamkan kan kamu dengan Islam yang sempurna “Iqra bismirapbikal lazi halaq….” “Walasri inalinsan …”
Semoga di beri petunjuk dan hidayah dan shafaat, dunia dan akhirat, semoga kamu bertiga lebih sempurna, baik dan cemerlang dari daddy dan mummy, di sisi Allah SWT, Amin.

Monday, October 12, 2009

Salah satu Kelebihan Selawat dalam Sembahyang ..

...Sambung ... Firman Allah "Sesunggun nya Allah dan Para Malaikat berselawat ke atas nabi dengan selawat yang sempurna" (salah satu firman Allah yang kerap di baca di dlam kuthbah Jumaat)dan perbanyakkan selawat.

kata nya sebelum dan selepas mendiri kan solat / sembahyang hendak la kita berselawat keatas Nabi Muhammad SAW dengan selawat yang sempurna dan perbanyak kan selawat.

Selawat ibarat stem yang di tampal atas surat besok .. kalau kita di padang masyar di himpunkan untuk di nisab kan, dengan shafaat Nabi, umat nya akan di nisab terlebih dahulu dari umat nabi-nabi yang lain nya ..

Semua umat manusia memang sembahyang / solat, tapi untuk membeza kan umat Nabi Adam dangan Umat Nabi Muhammad ada lah selawat sebelum dan selepas sembahyang / solat tadi

Barang siapa yang tidak berselawat ... Insyallah nabi tidak akan kenal kita sebagai umatnya

Allah huma sali Allah Muhammad ..bersambung

Sunday, October 11, 2009

Mengenal Huruf …

…bersambung Mengenal huruf … Alif, Baa, Tha, … adalah pertama yang ditunjukan ..
Belajar mengenal Al-Fatiha, surah-surah lazim dan Al-Quran, .. belajar membaca Iqraq.

katanya kita nak mengenal Islam, kita kena bermohon kepada Allah, ibarat kalau kita solat .. lepas niat, ambil wuduk, doa, azan dan khamat, kerus angkat tabir dan solat, seterusnya melakukan rukun sembahyang dan di akhiri dengan salam ..
solat bukan sebegitu mudah ..

kita kena bermohon kepada Allah untuk solat, dengan doa nya “ShubahanAllah …”
“Ya Allah aku ingin mendirikan solat, datang lah kepadaku dan Imam kan solat ku ini, mudah-mudahan solat ku di terima Allah” (itu lah rahsia solat dan doa dan kelebihan ayat SubahanAllah …, kena cari lah)

“Ya Allah aku menyembah Mu”

Dan Zat Allah SWT akan hadir di hadapan kita, dan secara zahirnya kita dapat RASA kan kehadiran Allah (di rahsiakan RASA nya), tak kala itu kita sebagai hamba akan merasa sayu, sedih, takut, gembira dan sebagainya kerana bermula nya hubungan nya antara Hamba dan Tuhan nya.

Kata nya kalau kita nak berjumpa Allah, kita kena mati kan diri .. hanya orang mati sahaja yang boleh jumpa Allah … bagaimana nak mati kan diri dalam solat (di Rahsia kan, kena cari lah)

Bermula lah titisan air mata mengalir, oh bergini rupanya solat / Sembahyang

Kata nya Solat bukan nya perkara yang mudah ..dan sukar di laksana kan, kita kena belajar mudah-mudahan solat kita di terima Allah SWT

Kata nya jika kita Azan dengan azan yang sebenar dan sempurna (kena cari lah) “Malaikat yang tak ada kerja akan turun berdiri di belakang kita untuk bersama-sama berjemaah bersolat kepada Allah SWT”, pada mata zahir nya kita tak nampak tapi secara mata halus kita dapat pahala berjemaah, itu lah dia kelebihan dan rahsia azan.

Banyak rahsia yang perlu di cari dan berlajar di kaji dan di amal .. berbalik kepada baris pertama bermohon untuk Islam … macam mana cara nya ..bersambung

Bermulanya Perjalanan …

..bersambung ..Aku telah di temukan dengan rakan yang sudi menunjukkan jalan / Ilmu yang aku cari-cari selama ini, dulu dia dekat sekarang dia jauh ..

Kata nya, perjalanan / ilmu itu ada dua satu, cara : satu Ilmu / perjalanan yang Allah SWT telah tetap dan yang di Khas kan kepada Nabi-Nabi dan Rasul-rasul yang di beri Terus sama ada melalui Malaikat nya, kedua : perjalanan / ilmu orang-orang biasa macam kita-kita ni perlu mencari dan beramal.

Kalau kita nak mencari kebal, jadi kebal lah kita kalau kita nak cari dunia, dunia lah kita kalau kita mencari harta, harta lah kita .. katanya Allah tak pandang harta mu, pangkat mu yang dia muliakan amalan mu ..

Kata nya kalau nak mencari Ilmu Dunia mudah, beramal dalam masa yang singkat sahaja, jadi lah kita Hero dunia dan dapat lah Syurga dunia … tapi dia tak nak tunjuk kan.

Sekarang ni memang banyak perjalan kat di dunia ni .. tapi kita yang menentukan kemana arah hidup kita, keluarha kita, anak-isteri, mak dan bapa kita …

Apa yang kita perlu ialah mengenal diri, itu pun dia tak nak tunjukkan,

Dalam masa hayat umur yang amat singkat ini, WAJIB kita mencari dan mengenal Allah dan Ilmu dan Rahsianya, kata nya, bila Allah dah sayang kita dot dot dot , apa yang perlu ialah bekalan kita di tempat yang kekal nanti, tempat asal kita dan itu lah yang aku cari ..

aku mencari Islam yang sebenar, aku mencari kasih sayang Allah ..Aku mencari Cinta Allah.. Aku mencari Allah SWT dan Nabi ku Muhammad SAW
Mencari keredaan, petunjuk dan hidayah Allah SWT, mencari Shafaat Nabi ku Muhammad SAW

Katanya ilmu Akhirat ni ..kalau di kaji 2 kalimah Shahadat je, 100 tahun pun tak akan habis ..kata nya ia berlapis-lapis, berlapis-lapis, belum mengkaji dan belajar Sembahyang/solatnya ..puasa nya dan haji dan Al-Quran nya, “Ya Allah beri lah aku petunjuk dan hidayah dan kekuatan” ...bersambung

Friday, October 9, 2009

Petua Mengenal Guru ….

Bersambung .. Embah Buyut lelaki aku, Haji Abdul Hanan (Bani Hanan) berasal dari Jawa Tengah telah merantau ke Mekah dalan usaha yang muda untuk menuntut ilmu di sana (belajar pondok) dan pada hujung usianya dia berhijirah ke Tanah Melayu (pada masa tu tak ada paspot lagi kot) pernah menjadi naib kadi sebuah daerah di selatan Tanah Melayu di kenali sebagai daerah Pontian dan pendukung kepada satu tarikat tak ingat apa nama dia (salah satu perjalanan tarikat yang terkenal di asia tenggara) dan juga pendukung kepada ajaran Shikh Abdul Kadir Jailani.

Embah Buyut berpesan kepada anak-anak muridnya (yang masih kami anak-cucu ingat), kalau ingin mengenal guru yang boleh di jadikan guru, orangnya adalah seperti berikut:

1. Amalannya
2. Khasaf nya
3. Pergaulan nya bersama Isterinya
4. Pergaulan nya bersama anak-anaknya
5. Pergaulan nya dengan Masyarakat
6. Tutur katanya
7. Kehidupan seharian
8. Yang penting Guru tidak kencing berdiri
9. pesanan yang lain nya kami tak ingat – Allahu’alam

… nak pilih guru pun ada ciri-cirinya dan ada juga criteria nya eemmm interesting.

Tok saudara aku (anak embah buyut ku no empat atau di kenali embah Anjang) telah meneruskan perjalanan tarikat bila kembali sahaja embah buyut ku ke Rahmatullah.

Ada dikalangan saudara-saudara ku yang lain perpegang teguh dengan amalan tersebut ini, Pada pendapat aku ianya adalah amalan yang sangat tinggi dan yang aku pasti tidak mampu untuk membawanya, AL'MAKLUM NAK TARIKAT-TERIKAT NI TAK MAIN LA, PASAL SEMBANYANG AKU PUN MASIH TUNGGANG-LANGGANG DAN BELUM TENTU DITERIMA APATAH LAGI NAK BERWIRIT SAMPAI JAUH MALAM HEHE, ADEN TAK MAMPU JANG HEHE… bersambung

Thursday, October 8, 2009

Kenapa sifat ku bergini

Sambung … Aku percaya jika Allah mendengar doa ku pasti aku akan di dorong ke arah yang Allah reda, aku tekad dan tekad, kadang-kadang aku rasa tidak adil kenapa aku berbuat tekad bergini, Solat je lah buat macam orang lain buat ..sembahyang lima waktu, puasa, laksanakan rukun Islam, percaya rukun Iman, pergi ke majlis ilmu yang selalu di buat di masjid-masjid, dan apa yang kita buat serah sahaja kepada Allah SWT biar dia yang menentukan, kalau nak lebih belajar lah tarikat atau gi belajar ke Mesir sana atau pergi Mondok ..emm
Itu yang selalu keluar dari mulut orang-orang sekililing ku, entah lah kenapa sifat ku bergini
Aku dapat rasakan dalam diriku ada sifat keTuhanan BUKAN AKU TUHAN tapi..sifat ingin mengenal Tuhan, aku tanya kan soalan ini kepada seorang rakan adakah semua orang dijadikan sebergini ..Jawapan nya TIDAK, Allah jadi kan manusia berbagai-bagai ..emm ok.
Ibarat kalau aku sedekah seringgit ke Palastin atau Bosnia atau mana-mana tempat / orang (walaupun sikit) aku hendak ianya sampai ke tangan orang tersebut ..
Sama seperti kalau aku solat aku akan pastikan solat ku di terima oleh Allah SWT, kalau aku berdoa dan bersedekah Al-Fatiha kepada arwah ibuku, aku akan pastikan ianya sampai kepada dia .. itu yang aku ingin kan ..bagaimana “Ya Allah beri lah aku petunjuk dan hidayah” … bersambung

Permulaan mencari ilmu dan pegangngan dalam hidup

Sambung …Aku mengambil langkah mudah dengan melakukan segala yang wajib dan yang di tuntut oleh syarak dalam Islam, Aku sembahyang lima waktu sehari semalam dengan tidak pernah tertinggal walaupun sewaktu, tidak cukup dari itu aku kerap melakukan solat sunat Tahjud, Duha dan solat-solat sunat yang lain nya.

Dengan tekat, aku melakukannya semua ibadah di atas dengan iklas dan harapan semua persoalan aku terjawab, menghampiri empat tahun, aku melakukan dengan bersemangat dan tawaduk, hampir tahun yang kelima aku dah mula rasa sedih dan kecewa, KENAPA AKU TIDAK MENDAPAT DAN MERASAI NIKMAT SEMBAHYANG, KENAPA AKU MASIH NAMPAK ISLAM YANG SAMA, KENAPA AKU MASIH TIDAK MERASAI APA-APA PERUBAHAN DALAM SOLAT ATAU DI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN.

Aku nekad dengan doa ku (entah petunjuk dari mana) tiba-tiba doa ini muncul di kepala banak aku…

“Ya Allah Tunjukkan lah aku Islam yang sebenar”
“Ya Allah Tunjukkan lah aku Sembahyang yang sebenar”
“Ya Allah Tunjukkan lah aku Shadat yang sebenar”
“Ya Allah Tunjukkan lah aku Al Quran yang sebenar”

“Yaaaa Allah ajarkan lah aku Sembahyang seperti mana engkau ajar Nabi Muhammad SAW Jika tidak, aku tidak, akan solat kerana Solat yang akan aku dirikan akan menjadi sia-sia …”

Dan aku berpegang kepada doa ku… selama ini … dan jika aku solat ini lah doa yang akan ku baca … Sambung

Tuesday, October 6, 2009

Bagaimana ia bermula …

Aku dilahirkan pada awal 70an, pada umurku 2 tahun ibu kandungku meninggal dunia bersama bayi lelaki yang berusaha 7 bulan di dalam kandungannya, hidupku bersama arwah embahku (nenek) sehingga umurku 6 tahun dan aku dibela oleh makcik-makcikku sehingga aku tamat tingkatan 5, bapakku merantau mencari rezeki ke merata tempat.

Pada umurku 21 tahun aku menyambung belajar didalam bidang Diploma kejuruteraan selama 3 tahun, di dalam masa itu, hidup ku tertanya-tanya, mencari-cari dan gelisah tak tentu hala,

Rupanya aku tengah mencari pegangan dan perjalanan hidup, untuk mengisi kerohanian dan jiwaku, aku mengambil keputusan mencari ilmu dan guru, habis setiap orang aku tanyakan, banyak dan bermacam ilmu pengetahuan dan amalan yang aku dapat kebanyakkannya baik dari yang buruk, tapi masih tidak cucuk dengan diriku,

Aku renung dalam diriku, apa yang aku mahukan, persoalan demi persoalan ini timbul di dalam kepala otak aku, bergini kah sembahyang yang aku nampak, bergini kah islam yang aku nampak, berginikah hidup sorang anak tunggal.

Dari hari ke sehari banyak aku jumpa ustat-ustat dan kiayai-kiayai untuk mendapatkan pandangan dan tunjuk ajar, rata-rata menyuruh aku sembahyang jangan tinggal selalu berdoa dan beramal mengaji alquran dan sentiasa berdoa untuk kedua ibubapa, Rupanya aku ingin menjadi anak yang soleh, aku nak merasai nikmat sembahyang, aku ingin merasai islam yang sebenar.... sambung