Monday, December 28, 2009

Ayat AlFatiha

... bersambung ..Selain dari kelebihan dan, terjemahan dan Fadilat AlFatiha yang di ketahui umum .. di cerika kan lagi di dalam Perjalan Sunnah Aljamaah dan Rahsia nya ..

Allah SWT kata AlFatiha ini adalah Raja Doa.

1. Barang siapa yang tidak baca Fatiha ia Mungkar

2. Berdosa

3. Tidak membaca Fatiha dalam masa tiga hari ..Hari ketiga ia keluar dari Islam

4. Perlu belajar AlFatihah Mati-matian dan ber Sungguh-sungguh belajar Fatiha.

5. Amalan ini selalu nya di amal kan oleh "Wasadatul Ulamak"
"Wasadatul Ulamak" ialah orang yang tidak makan dan tidak minum cuma hanya Menyembah Allah SWT, dengar dan faham segalanya.

6. Barang siapa yang baca Fatiha Allah SWT kata ..
i. Aku akan letak kan sebahagian diri nya di dalam Syurga dan sebahagian lagi
dari amalan-amalan yang lain seperti Solat/Sembahyang, Puasa dll.
ii. Dan di dunia ini aku akan beri Rezeki.

Rahsia nya ..
1. "Alhamdulillah hirabbillalamin"
Segala makhluk dan segala debu akan berterbangan kepadanya (kita) dan mendoakan kita

2. Barang siapa yang baca "Arahman Arrahim" Aku akan menjaga dia bukan malaikat atau apa-apa.

3. "Malikia umiddin" Allah SWT akan turun kan 40 orang malaikat untuk menjaga kita.

4. "Iayakanakbudu Waiyakastain" Allah SWT akan sampai kan hajat kita.

5. "Ihdinas siratal mustakim" Allah SWT jamin satu Syurga untuk kita. Orang yang
tiada nisab, malaikat akan datang kepada kita memberi salam dan terus bawa ke
Syurga. Merekah lah langit dan bumi.

6. "Siraltal lazi na'am an ta'ala'ihim" Kita bukan sahaja di sukai Allah SWT
tetapi Ibubapa kita dan anak-anak kita dan Isteri kita Allah SWT akan cucuri
Rahmat.

7. "Wai ril mak du bi alaihim" Allah SWT mulia kan kita. Dan Allah SWT AKAN TANYA
KEPADA KITA, KAU NAK APA LAGI WAHAI Simpulan bin simpulan ..


Allah SWT kata seratus hari pun kalau mengkaji AlFatiha tidak akan habis ..
Selamat beramal ...

Baca 10 kali untuk ...(di rahsiakan hanya penulis sahaja yang tahu akan kelebihannya... )

KEPADA PEMBACA BUDIMAN, AMALAN-AMALAN PERJALANAN SUNAH ALJAMAAH YANG DI CERITAKAN HANYALAH UNTUK PENULIS DAN Ahli KELUARGANYA SAHAJA, DI LARANG SAMA SEKALI DI AMBIL RAHSIA YANG DICERITAKAN UNTUK BUAT BAHAN RUJUKAN ATAU TERBITAN BUKU-BUKU, SEGALA PELAJARAN MESTI LAH BERGURU, GURU ADALAH YANG UNTUK DI PERTANGGUNGJAWABKAN PADA HARI KEMUDIAN KELAK. PENULIS MENCERITAKAN APA YANG DI CERITAKAN ADALAH UNTUK RENUNGAN SUPAYA KITA SENTIASA MENILAI AMALAN KITA DARI MASA KESEMASA DAN PENULIS TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KEPADA PERKARA YANG TIDAK DI INGINI SAMA ADA BAIK ATAU BURUK....bersambung ..

kelebihan Shahadat

...bersambung di laman yang lepas-pelas ada di ceritakan tentang kelebihan Shahadat .. di ceritakan juga di sini akan kelebihan Shahadat ..

Shahadat itu adalah Zat Allah SWT

1. Di dalam Perjalanan Sunnah Aljemaah
Shahadat itu juga mengenal Huruf dan juga memasukkan satu lapisan dan satu lapisan

2. Ayat ini juga menjamin Islam dan boleh di gunakan untuk apa sahaja yang kita hajat kan ...Contohnya "Ya Allah kembalikan aku dari sakitku".

3. Dijamin Islam, Di jamin Ibadah

4. Pelaris baca sahaja Shahadat untuk segala Kekayaan.

5. JANGAN PUTUS SHAHADAT ( DI AMALKAN PAGI (SUBUH) DAN SORAY (MAGRIB))

6. Doa Awal - Inilah datang nya Doa Awal dan Doa yang Lengkap

7. Jika Kamau mengucapkan Shahadat, kamu dapat Syurga kedua Cara Nya (Di rahsiakan)

kalau ada anak-anak yang sakit ... baca sahaja Shahadat dan Doa nya "Ya Allah kembalikannya kepada sihat" ... kalau kita mengkaji (out side the box) Shahadat pun dah cukup lengkap boleh masuk Syurga keDua .. selamat beramal ..bersambung ..

Kelebihan Ayat Izaja'anas'rullah hi walfat

...bersambung diceritkan lagi kelebihan ayat ini selain dari kelebihan, terjemaahan dan Fadilat yang di ketahui umum, Ayat ini juga untuk kesihatan (sihat tubuh badan) kaum Lelaki ..."Ya Allah beri lah aku kekuatan selama ...dan di tiup kan kepada ...(Di rahsiakan maaf sekali lagi Ya kepada pembaca budiman haha ..) " .. bersambung...

Kelebihan Ayat li'ilafi kuraisin

..bersambung diceritakan juga selain yang kita ketahui umum terjemahan dan Fadilat Ayat ini di sisi Allah SWT, kelebihan ayat ini ialah untuk kesihatan (sihat tubuh badan) dunia dan akhirat bagi kaum Hawa ... bersambung ..

Kelebihan Ayat Ina'aktaina

..bersambung adalah kelebihan ayat / surah Ina'aktaina, selain terjemahan dan fadilat yang di ketahui di cerita kan juga ayat ini, bukan sahaja Allah SWT suka dan sayang kan kita tapi makluk Nya juga akan suka dan sayang kan kita ... ada juga di bacakan sebanyak 21 kali dengan kedua-dua jari hantu kiri dan kanan dicamtumkan dan di tuip kan ..kepada .. (amalan ini kelebihan nya di rahsiakan kan takut salah guna hahaha maaf Ya, kepada pembaca Budiman ) ...bersambung ..

Monday, December 21, 2009

Ayat Kursi

... pada 1 hb. Disember 2009, penulis dapat sedikit tekanan, bukan dari orang lain tapi dari diri sendiri, penulis pun berhubung dengan rakan untuk mendapat kan pandangan pada 8hb. Disember 2009 ..

rakan tersebut menyuruh penulis mengamalkan Ayat Kursi, membaca sebenyak sepuluh kali tak kira waktu tetapi hanya boleh dibaca pada 15hb. Disember 2009, pada 17hb. Disember 2009, penulis dengan kuasa Allah SWT dapat melihat kesan pada amalan tersebut ..Alhamdulillah Allah SWT telah tunjukan satu Kekuasaannya ..disaksi kan oleh Isteri Penulis sendiri ..semoga beliau juga di beri petunjuk dan hidayah sentiasa dalam apa jua perkerjaannya ..dan di tingkat kan Iman dan kesabaran di sisi Allah SWT, Amin.

...di ceritakan lagi ..Ayat kursi selain dari mengamalkan ayat ini untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT (ber ibadat kepada Allah SWT) ..kelebihan yang lain ialah
Surah ini "PANAS" ianya boleh mencair kan sesuatu, memanaskan sesuatu dan juga boleh di gunakan untuk perubatan ..contoh nya jika sesaorang itu terkena Histeria ..bacalah dengan di mula kan dengan Shahadat, Selawat dan seterusnya Ayat Kursi kemudiannya di tiup kan kepada pesakit tersebut (di telinga kanan, telinga kiri, ubun-ubun, dada dan juga buah pinggang, atau tiup kerus ke tubuh pesakit) .. (bila sesuatu gangguan itu dah keluar) maka di baca kan pula tasbih "SubahanAllah Walhamdulillah ..." untuk penyucian supaya tubuh pesakit yang di ganggu tadi benar-benar bersih dari sebarang gangguan. ...selamat mencuba dan beramal.

Selamat Tahun Baru Dan Sedikit Cerita Wali Allah

..Di kesempatan ini saya mungucapkan tahun baru 1431 Masehi (maaf ejaan pun ikut ayat kuno hehe) ..

saya pun dah lama tak mengulangkaji ..sibuk dengan beramal ..sikit-sikit lepas solat subuh dan lepas solat magrib .. dan sibuk kerja dengan baru jadi Lawyer untuk case Arbitration yang dah 10 tahun berlalu ...Buat aku kurang makan dan muram ..pasal pening kepala nak fikir masalah kerja, aku bukan di latih untuk menjadi seorang Peguam tapi aku Jurutera .. Laywer yang ambil kes itu pun tak tahu nak buat pasal tak faham, last-last Syarikat suruh aku suap Laywer ni dengan point-point, senang si Laywer ni nak tembak sebelah sana pulak ..emm dunia-dunia ..

Beberapa minggu ni penulis sekeluarga sering ke Mesjid untuk mendengar ceramah dan juga majlis Ilmu ..Penceramahnya yang dimaksudkan adalah Saudara Hj Ann Wan Seng dah 18 tahun memeluk Islam ..banyak buku-buku yang di terbitkan ..

Salah satu isi kandungan ceramahnya ialah kita ni kaum Melayu (aku Jawa hehe tak termasuk la kot) ..selalu kutuk Orang-orang ..Cina Buta, Cina Mampus ..bla-bla-bla si Ann Wah Seng bercerita .."tuan-tuan tahu tak ..Wali / Sunan Gunung Jati adalah berasal dari Negara Cina .." emm keturunan aku yang dari Tanah Jawa pun tak tahu pasal tu .." maksudnya Cina lebih terdahulu mendapat Sinar Islam dari kita kat Tanah Melayu ni ..kalau dah dapat status Wali atau Sunan ni orang nya Hebat pasal Wali atau Sunan bermaksud wakil Allah SWT ..dan selalu dipanggil Wali Allah, ..Wali atau di kenali juga sebagai "Wasadatul Ulamak". Wasadatul Ulamak ini orang tak makan dan tak minum kerja dia cuma menyembah Allah SWT. Sebab tu Wali-wali ini, doa dia amat masin atau cepat di makbulkan oleh Allah SWT, DAN JANGAN DISAMAKAN DENGAN RASUL ATAU NABI_NABI (NABI DAN RASUL INI ORANG YANG DI PILIH OLEH ALLAH SWT, DAN ILMUNYA DITURUN KAN KHAS) tapi Wali-wali atau Sunan-Sunan ini orang biasa macam kita-kita TETAPI MEMPUNYAI SIFAT KETUHANAN YANG TINGGI BUKAN DIA (WALI_WALI INI TUHAN) TETAPI MEREKA MENCARI ALLAH SWT, MENGENAL ALLAH SWT DAN MENCINTAI ALLAH SWT, DENGAN MENCARI ILMU-ILMU ALLAH SWT DAN KITA TAK PAYAH LA, BERDAMPING DENGAN WALI INI, WALI ITU, CUKUP sekadar kita menghormati perjuangan dia, Ilmu dia, kedudukan dia Dan bercita-cita untuk beramal macm dia ..YANG PENTING MENGENAL ALLAH SWT, KITA SAMA JE DENGAN WALI YANG PENTING USAHA KITA AMALAN KITA KEPADA ALLAH SWT.

Mula-mula nak cerita pasal tahun baru tapi dah tertulis cerita pasal Wali Allah pula tak apa saya teruskan, Wali ada banyak yang ter Masyur dan di kenali ramai ada 9 di benua Asia ni, dan kebanyakkan mereka dari Tanah Jawa, Wali-wali yang kita tak kenal pun banyak tapi tak famous hahaha ... seperti Guru kepada Wali So'ngo, pun Wali, Guru kepada Wali/Sunan Ampel, Pun Wali, Guru kepada Wali/Sunan Kalijogo pun Wali ..senang "rule of tumb" ..kalau anak murid nya Wali, Guru nya pun lagi Wali haha ...itu saja cerita pasal Wali atau Sunan (nak cerita lebih-lebih pun saya tak tahu pasal mereka, tak berpeluang berkenalan dengan mereka, cukup sekadar saya tahu cerita-cerita mereka dan CEMBURU dengan Ilmu dan Amalan mereka hahaha ...

Betul cakap Saudara Ann Wah Seng ni .. Cina Islam di Tanah Cina sana lebih bagus dari orang-orang Islam kat sini ..dalam Hadis Sahih Rasullullah Ada cakap cari lah Ilmu sampai ke Negara Cina...

Saya ada terbaca mengenai bermulanya Tahun Hijrah / Masehi, kalau tak silap ianya bermula pada zaman pemerintahan Saidinar Othman RA, dimana beliau melantik banyak Gabenor-gabenor di pelusuk pemerintahan beliau ..dalam beliau berutus-utus surat dengan Gabenornya ..setiap surat yang di kirim / utusan ada tercatit bulan tetapi tidak ada tahun ..

Setelah Saidinar Othman RA, merasa agak sukar/susah lalu di panggil semua Gabenor-gabenornya untuk berbincang dan bermula lah tahun Masehi ..1431 ..dah lama Rasullah meninggal kan kita ..bumi pun dah tak lama ..pasal bumi pun dah Tua ..masa akhir zaman pun dah bermula .. kita tunggu masa ..Masa untuk pulang ke tempat asal kita .."Ya Allah kembali kan aku Ke Syurga"

Thursday, December 10, 2009

Kunci Diri

...bersambung di ceritakan bahawa Allah SWT telah kunci kan diri kita semasa kita di lahirkan ... di mana Allah SWT telah menyediakan Almari dan kunci nya ada bersama Allah SWT (Ibarat/Contoh) nya siapa kah Isteri kamu/Jodoh kamu, siapa kah anak kamu, Apakah perkerjaan kamu, Apakah Ilmu kamu, apa kah rezeki kamu dan sebagainya ..

Yang kita tahu Hidup, Jodoh pertemuan dan Mati kita di tangan Allah SWT dan Allah SWT yang menentukan .. ini Betul. TApi kalau kita ber Ilmu kita nampak lebih mendalam apa ITU ISLAM SEBENAR ... SESUNGGUH NYA ISLAM ITU, SUCI DAN SEMPURNA.

Tapi yang lebih baik kalau kita dapat kunci yang di simpan itu dan membuka segala Almari yang Allah SWT telah sediakan ...

Baru lah Kita tak bergaduh dengan Isteri atau masam-masam muka dengan Isteri kita,
Yang lebih teruk kita ceraikan Isteri kita ..kita pukul dia .....
KENAPA terjadi macam tu ..kerana kita khawin kita SYOK sendiri, kita ingat dia jodoh kita, kita tak Solat Istikharah, kita tak puasa, kita tak tahu, kita tak berilmu, ..lepas tu nak salah kan ALLAH SWT .. kerana beri dugaan kepada kita.. sebenarnya dugaan itu kita yang buat dan kita yang cari sendiri ...dan nak sedap kan hati kita lagi dengan perbuatan kita .. kita kata Ada Hikmah nya di sebalik apa yang berlaku ..fikir-fikir kan ..renung-renung kan ...

dan kalau kita sedar ..kita BERDOA lah kepada ALLAH SWT, supaya Jodoh kita di berkati Allah SWT, supaya rezeki kita di redoi dan berkati, supaya anak-anak kita, perkerjaan kita, amalan kita di berkati oleh Allah SWT ... SESUNGGUH ISLAM ITU, SUCI DAN SEMPURNA.


kalau kita ingat dulu-dulu, bila anak-anak nak periksa, ibubapa akan puasa sunat untuk anak Nya, kalau anak sakit dia akan puasa sunat untuk anak-anak Nya .., tapi sekarang ni ..diri saya sendiri tak mampu nak buat ..puasa untuk diri sendiri pun tak mampu apa entah apa kah lagi nak puasa kan untuk Isteri ..nak puasa kan untuk anak-anak dan sebagaiNya.."Ya Allah beri lah aku petunjuk dan Hidayah ..di dalam setiap perkerjaan ku .."

Fikir - fikir kan ITU ke ISLAM, ITU ke yang Nabi ajar, ITU ke yang ALLAH SWT redo ??

Ibarat Riwayat Rasullullah SAW, di dalam Sirah Nabi, dia dimimpikan bahawa jodoh Nya adalah Siti Aisyah RA, Itu baru lah boleh di kata kan Jodoh itu di tangan Allah SWT..Allahualam bil sawab - Allah SWT yang lebih mengetahui ..

dan banyak lagi contoh - contoh yang malas saya nak tulis kan ..kerana anda juga tahu apa yang saya tahu ..kita tak ada bezanya ... manusia tetap sama dan semua nya sama, hamba akan tetap hamba, selagi kita bernafas ..kita tetap akan sakit ..tetap akan deman ..kita akan suka ..kita juga akan duka ..kita juga tetap akan tua dan kita juga akan menemui ajal kita ...

Amalan Kunci / Pembukaan Diri ..

1. Shahadat 7 kali
2. Allah huma ini auzubika sami'an basir 7 kali

Niat: "Ya Allah buka kan segala kunci diri ...(....di rahsiakan ....)"

...bersambung ...

Puasa Sunat

....bersambung .. di ceritakan selain dari kebaikan-kebaikan Puasa Sunat yang kita sedia maklum ..

Di ceritakan lagi Puasa Sunat Isnin dan Khamis untuk mengabdikan Diri kepada Allah SWT kerana Allah SWT tidak makan dan minum, Orang yang berpuasa islah Orang yang paling hampir dengan Allah SWT, selain dari memberi kesihatan yang baik kepada tubuh badan Puasa Sunat Isnin dan Khamis juga menambahkan kehebatan dalam mentajam kan ilmu dan mentajam kan amalan ... Selamat Berpuasa ...bersambung

Tuesday, December 8, 2009

Selawat dan kelebihan nya lagi

...bersambung di cerita kan Nya lagi kelebihan Selawat keatas Rasullullah "Allah huma Soli Allah Muhammad" ..boleh gunakan untuk bermacam-macam ..

Peraturannya: Yang terbaik untuk selawat adalah 7 kali sekurang-kurangnya
Dan 177 kali yang paling Bagus, kerana Islam kita akan terjamin.

Rahsia Selawat dalam perjalan Sunah Aljemaah jika kamu berselawat 193 kali, kamu akan di iktiraf sebagai Ahli Jannah / Syurga ...

Cara bacaan nya di Rahsiakan ..(salah satu rahsia nya, membaca dengan habiskan nafas ke dada dan mula membaca)..bersambung ..

Cara Beramal

... bersambung di ceritakan cara beramal adalah ibarat macam makan nasi ..pagi, petang dan malam ..lagi kerap kita beramal, lagi cepat dan sampai ke satu-satu peringkat, lagi banyak kita beramal lagi banyak kita merasakan kelebihan-kelebihan yang Allah SWT janjikan di muka bumi ini ..selain dari ganjaran-ganjaran pahala, rahmat, syafaat yang tidak nampak di mata kasar kita ..selamat beramal ...bersambung ..

Monday, December 7, 2009

Solat / Sembahyang Jenazah

..bersambung ..semalam 7hb. Disember 2009, pagi; saya, suami isteri telah di kejut kan dengan berita kematian ibu kepada rakan kami iaitu Pn Shawa, permergian bonda tercinta beliau sekeluarga di sebabkan oleh Brain Tumer dan cancer paru-paru, "Al-Fatiha ..semoga rohnya sentiasa di Rahmati Allah SWT dan di tempatkan, di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal Solleh..Amin,".

..Solat Jenazah adalah seperti biasa yang di ajarkan oleh ustat-ustat kita di masjid-masjid dan juga di majlis-majlis ilmu ia itu, niat jenazah perempuan atau lelaki, empat (4) tabir dan satu salam dan juga di ikuti dengan doa ..

di cerita kan sebelum kita mati, di kala kita masih hidup ini, lebih baik kita solat Jenazah untuk diri kita sendiri ..itu yang lebih baik, caranya/amalannya tidak/belum di cerita kan ... AllahuAlam bil sawab - Allah SWT lebih mengetahui, semoga kita sentiasa di beri petunjuk kan hidayah amin..bersambung ..