... pada 1 hb. Disember 2009, penulis dapat sedikit tekanan, bukan dari orang lain tapi dari diri sendiri, penulis pun berhubung dengan rakan untuk mendapat kan pandangan pada 8hb. Disember 2009 ..
rakan tersebut menyuruh penulis mengamalkan Ayat Kursi, membaca sebenyak sepuluh kali tak kira waktu tetapi hanya boleh dibaca pada 15hb. Disember 2009, pada 17hb. Disember 2009, penulis dengan kuasa Allah SWT dapat melihat kesan pada amalan tersebut ..Alhamdulillah Allah SWT telah tunjukan satu Kekuasaannya ..disaksi kan oleh Isteri Penulis sendiri ..semoga beliau juga di beri petunjuk dan hidayah sentiasa dalam apa jua perkerjaannya ..dan di tingkat kan Iman dan kesabaran di sisi Allah SWT, Amin.
...di ceritakan lagi ..Ayat kursi selain dari mengamalkan ayat ini untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT (ber ibadat kepada Allah SWT) ..kelebihan yang lain ialah
Surah ini "PANAS" ianya boleh mencair kan sesuatu, memanaskan sesuatu dan juga boleh di gunakan untuk perubatan ..contoh nya jika sesaorang itu terkena Histeria ..bacalah dengan di mula kan dengan Shahadat, Selawat dan seterusnya Ayat Kursi kemudiannya di tiup kan kepada pesakit tersebut (di telinga kanan, telinga kiri, ubun-ubun, dada dan juga buah pinggang, atau tiup kerus ke tubuh pesakit) .. (bila sesuatu gangguan itu dah keluar) maka di baca kan pula tasbih "SubahanAllah Walhamdulillah ..." untuk penyucian supaya tubuh pesakit yang di ganggu tadi benar-benar bersih dari sebarang gangguan. ...selamat mencuba dan beramal.
No comments:
Post a Comment