Monday, December 21, 2009

Ayat Kursi

... pada 1 hb. Disember 2009, penulis dapat sedikit tekanan, bukan dari orang lain tapi dari diri sendiri, penulis pun berhubung dengan rakan untuk mendapat kan pandangan pada 8hb. Disember 2009 ..

rakan tersebut menyuruh penulis mengamalkan Ayat Kursi, membaca sebenyak sepuluh kali tak kira waktu tetapi hanya boleh dibaca pada 15hb. Disember 2009, pada 17hb. Disember 2009, penulis dengan kuasa Allah SWT dapat melihat kesan pada amalan tersebut ..Alhamdulillah Allah SWT telah tunjukan satu Kekuasaannya ..disaksi kan oleh Isteri Penulis sendiri ..semoga beliau juga di beri petunjuk dan hidayah sentiasa dalam apa jua perkerjaannya ..dan di tingkat kan Iman dan kesabaran di sisi Allah SWT, Amin.

...di ceritakan lagi ..Ayat kursi selain dari mengamalkan ayat ini untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT (ber ibadat kepada Allah SWT) ..kelebihan yang lain ialah
Surah ini "PANAS" ianya boleh mencair kan sesuatu, memanaskan sesuatu dan juga boleh di gunakan untuk perubatan ..contoh nya jika sesaorang itu terkena Histeria ..bacalah dengan di mula kan dengan Shahadat, Selawat dan seterusnya Ayat Kursi kemudiannya di tiup kan kepada pesakit tersebut (di telinga kanan, telinga kiri, ubun-ubun, dada dan juga buah pinggang, atau tiup kerus ke tubuh pesakit) .. (bila sesuatu gangguan itu dah keluar) maka di baca kan pula tasbih "SubahanAllah Walhamdulillah ..." untuk penyucian supaya tubuh pesakit yang di ganggu tadi benar-benar bersih dari sebarang gangguan. ...selamat mencuba dan beramal.

Selamat Tahun Baru Dan Sedikit Cerita Wali Allah

..Di kesempatan ini saya mungucapkan tahun baru 1431 Masehi (maaf ejaan pun ikut ayat kuno hehe) ..

saya pun dah lama tak mengulangkaji ..sibuk dengan beramal ..sikit-sikit lepas solat subuh dan lepas solat magrib .. dan sibuk kerja dengan baru jadi Lawyer untuk case Arbitration yang dah 10 tahun berlalu ...Buat aku kurang makan dan muram ..pasal pening kepala nak fikir masalah kerja, aku bukan di latih untuk menjadi seorang Peguam tapi aku Jurutera .. Laywer yang ambil kes itu pun tak tahu nak buat pasal tak faham, last-last Syarikat suruh aku suap Laywer ni dengan point-point, senang si Laywer ni nak tembak sebelah sana pulak ..emm dunia-dunia ..

Beberapa minggu ni penulis sekeluarga sering ke Mesjid untuk mendengar ceramah dan juga majlis Ilmu ..Penceramahnya yang dimaksudkan adalah Saudara Hj Ann Wan Seng dah 18 tahun memeluk Islam ..banyak buku-buku yang di terbitkan ..

Salah satu isi kandungan ceramahnya ialah kita ni kaum Melayu (aku Jawa hehe tak termasuk la kot) ..selalu kutuk Orang-orang ..Cina Buta, Cina Mampus ..bla-bla-bla si Ann Wah Seng bercerita .."tuan-tuan tahu tak ..Wali / Sunan Gunung Jati adalah berasal dari Negara Cina .." emm keturunan aku yang dari Tanah Jawa pun tak tahu pasal tu .." maksudnya Cina lebih terdahulu mendapat Sinar Islam dari kita kat Tanah Melayu ni ..kalau dah dapat status Wali atau Sunan ni orang nya Hebat pasal Wali atau Sunan bermaksud wakil Allah SWT ..dan selalu dipanggil Wali Allah, ..Wali atau di kenali juga sebagai "Wasadatul Ulamak". Wasadatul Ulamak ini orang tak makan dan tak minum kerja dia cuma menyembah Allah SWT. Sebab tu Wali-wali ini, doa dia amat masin atau cepat di makbulkan oleh Allah SWT, DAN JANGAN DISAMAKAN DENGAN RASUL ATAU NABI_NABI (NABI DAN RASUL INI ORANG YANG DI PILIH OLEH ALLAH SWT, DAN ILMUNYA DITURUN KAN KHAS) tapi Wali-wali atau Sunan-Sunan ini orang biasa macam kita-kita TETAPI MEMPUNYAI SIFAT KETUHANAN YANG TINGGI BUKAN DIA (WALI_WALI INI TUHAN) TETAPI MEREKA MENCARI ALLAH SWT, MENGENAL ALLAH SWT DAN MENCINTAI ALLAH SWT, DENGAN MENCARI ILMU-ILMU ALLAH SWT DAN KITA TAK PAYAH LA, BERDAMPING DENGAN WALI INI, WALI ITU, CUKUP sekadar kita menghormati perjuangan dia, Ilmu dia, kedudukan dia Dan bercita-cita untuk beramal macm dia ..YANG PENTING MENGENAL ALLAH SWT, KITA SAMA JE DENGAN WALI YANG PENTING USAHA KITA AMALAN KITA KEPADA ALLAH SWT.

Mula-mula nak cerita pasal tahun baru tapi dah tertulis cerita pasal Wali Allah pula tak apa saya teruskan, Wali ada banyak yang ter Masyur dan di kenali ramai ada 9 di benua Asia ni, dan kebanyakkan mereka dari Tanah Jawa, Wali-wali yang kita tak kenal pun banyak tapi tak famous hahaha ... seperti Guru kepada Wali So'ngo, pun Wali, Guru kepada Wali/Sunan Ampel, Pun Wali, Guru kepada Wali/Sunan Kalijogo pun Wali ..senang "rule of tumb" ..kalau anak murid nya Wali, Guru nya pun lagi Wali haha ...itu saja cerita pasal Wali atau Sunan (nak cerita lebih-lebih pun saya tak tahu pasal mereka, tak berpeluang berkenalan dengan mereka, cukup sekadar saya tahu cerita-cerita mereka dan CEMBURU dengan Ilmu dan Amalan mereka hahaha ...

Betul cakap Saudara Ann Wah Seng ni .. Cina Islam di Tanah Cina sana lebih bagus dari orang-orang Islam kat sini ..dalam Hadis Sahih Rasullullah Ada cakap cari lah Ilmu sampai ke Negara Cina...

Saya ada terbaca mengenai bermulanya Tahun Hijrah / Masehi, kalau tak silap ianya bermula pada zaman pemerintahan Saidinar Othman RA, dimana beliau melantik banyak Gabenor-gabenor di pelusuk pemerintahan beliau ..dalam beliau berutus-utus surat dengan Gabenornya ..setiap surat yang di kirim / utusan ada tercatit bulan tetapi tidak ada tahun ..

Setelah Saidinar Othman RA, merasa agak sukar/susah lalu di panggil semua Gabenor-gabenornya untuk berbincang dan bermula lah tahun Masehi ..1431 ..dah lama Rasullah meninggal kan kita ..bumi pun dah tak lama ..pasal bumi pun dah Tua ..masa akhir zaman pun dah bermula .. kita tunggu masa ..Masa untuk pulang ke tempat asal kita .."Ya Allah kembali kan aku Ke Syurga"