Sunday, October 11, 2009

Mengenal Huruf …

…bersambung Mengenal huruf … Alif, Baa, Tha, … adalah pertama yang ditunjukan ..
Belajar mengenal Al-Fatiha, surah-surah lazim dan Al-Quran, .. belajar membaca Iqraq.

katanya kita nak mengenal Islam, kita kena bermohon kepada Allah, ibarat kalau kita solat .. lepas niat, ambil wuduk, doa, azan dan khamat, kerus angkat tabir dan solat, seterusnya melakukan rukun sembahyang dan di akhiri dengan salam ..
solat bukan sebegitu mudah ..

kita kena bermohon kepada Allah untuk solat, dengan doa nya “ShubahanAllah …”
“Ya Allah aku ingin mendirikan solat, datang lah kepadaku dan Imam kan solat ku ini, mudah-mudahan solat ku di terima Allah” (itu lah rahsia solat dan doa dan kelebihan ayat SubahanAllah …, kena cari lah)

“Ya Allah aku menyembah Mu”

Dan Zat Allah SWT akan hadir di hadapan kita, dan secara zahirnya kita dapat RASA kan kehadiran Allah (di rahsiakan RASA nya), tak kala itu kita sebagai hamba akan merasa sayu, sedih, takut, gembira dan sebagainya kerana bermula nya hubungan nya antara Hamba dan Tuhan nya.

Kata nya kalau kita nak berjumpa Allah, kita kena mati kan diri .. hanya orang mati sahaja yang boleh jumpa Allah … bagaimana nak mati kan diri dalam solat (di Rahsia kan, kena cari lah)

Bermula lah titisan air mata mengalir, oh bergini rupanya solat / Sembahyang

Kata nya Solat bukan nya perkara yang mudah ..dan sukar di laksana kan, kita kena belajar mudah-mudahan solat kita di terima Allah SWT

Kata nya jika kita Azan dengan azan yang sebenar dan sempurna (kena cari lah) “Malaikat yang tak ada kerja akan turun berdiri di belakang kita untuk bersama-sama berjemaah bersolat kepada Allah SWT”, pada mata zahir nya kita tak nampak tapi secara mata halus kita dapat pahala berjemaah, itu lah dia kelebihan dan rahsia azan.

Banyak rahsia yang perlu di cari dan berlajar di kaji dan di amal .. berbalik kepada baris pertama bermohon untuk Islam … macam mana cara nya ..bersambung

Bermulanya Perjalanan …

..bersambung ..Aku telah di temukan dengan rakan yang sudi menunjukkan jalan / Ilmu yang aku cari-cari selama ini, dulu dia dekat sekarang dia jauh ..

Kata nya, perjalanan / ilmu itu ada dua satu, cara : satu Ilmu / perjalanan yang Allah SWT telah tetap dan yang di Khas kan kepada Nabi-Nabi dan Rasul-rasul yang di beri Terus sama ada melalui Malaikat nya, kedua : perjalanan / ilmu orang-orang biasa macam kita-kita ni perlu mencari dan beramal.

Kalau kita nak mencari kebal, jadi kebal lah kita kalau kita nak cari dunia, dunia lah kita kalau kita mencari harta, harta lah kita .. katanya Allah tak pandang harta mu, pangkat mu yang dia muliakan amalan mu ..

Kata nya kalau nak mencari Ilmu Dunia mudah, beramal dalam masa yang singkat sahaja, jadi lah kita Hero dunia dan dapat lah Syurga dunia … tapi dia tak nak tunjuk kan.

Sekarang ni memang banyak perjalan kat di dunia ni .. tapi kita yang menentukan kemana arah hidup kita, keluarha kita, anak-isteri, mak dan bapa kita …

Apa yang kita perlu ialah mengenal diri, itu pun dia tak nak tunjukkan,

Dalam masa hayat umur yang amat singkat ini, WAJIB kita mencari dan mengenal Allah dan Ilmu dan Rahsianya, kata nya, bila Allah dah sayang kita dot dot dot , apa yang perlu ialah bekalan kita di tempat yang kekal nanti, tempat asal kita dan itu lah yang aku cari ..

aku mencari Islam yang sebenar, aku mencari kasih sayang Allah ..Aku mencari Cinta Allah.. Aku mencari Allah SWT dan Nabi ku Muhammad SAW
Mencari keredaan, petunjuk dan hidayah Allah SWT, mencari Shafaat Nabi ku Muhammad SAW

Katanya ilmu Akhirat ni ..kalau di kaji 2 kalimah Shahadat je, 100 tahun pun tak akan habis ..kata nya ia berlapis-lapis, berlapis-lapis, belum mengkaji dan belajar Sembahyang/solatnya ..puasa nya dan haji dan Al-Quran nya, “Ya Allah beri lah aku petunjuk dan hidayah dan kekuatan” ...bersambung