Sunday, August 1, 2010

Kusyuk Solat

...Pada hari 29hb. Julai 2010 hari, Masjid Bandar Bukit Puchong (Masjid atas bukit) telah mejemput Pak Yus Ansari dari Solat Center, Bandung Indonesia untuk memberi ceramah "Kusyuk Solat".

Pada mulanya saya tidak beberapa minat untuk menghadirinya kerana malam itu saya dan 3 orang anak saya telah bercadang ke Morib, dimana tempat isteri saya krusus (nak bawak anak2 tido hotel la orang kata), tapi anak sulung saya masih berkeras untuk menghadiri ceramah tersebut, walaupun umurnya baru 8 tahun, mungkin Jiwa Nya telah mendapat petunjuk dan hidayah, saya akur dengan kehendak anak saya ..

Bila sahaja ceramah itu mula ketiga-tiga anak saya duduk dihadapan dengan embah dia orang, saya pun perhatikan sahaja anak2 saya itu ..yang pasti tanggapan saya kepada mereka meleset, pada mulanya tanggapan saya seperti biasa bila ceramah je mula dia main kat berandar Masjid ..haha kenapa lah fikiran saya masih tak yakin kepada anak2 haha adoiii ..dalam hati malu juga ..

Program yang Pak Yus sampaikan kalau betul2 mengambil masa lebih kurang 2 hari, tapi malam tu kami hanya sempat mendengar mukadimah sahaja selama sejam setengah ..almaklum anak yang umur 6 dan 4 tahun tu dah tak sabar nak tido Hotel haha ..

Walaupun penyampaian Pak Yus dalam bahasa Indonesia, saya percaya anak saya pun faham dan sebagai pengenalan kearah yang lebih bermakna...iaitu ke Majlis Ilmu dan memdengar ceramah untuk membuka minda kepada sesuatu perkara yang baru.

Mudah-mudahan dia bersama 2 orang adiknya sentiasa diberi Petunjuk dan Hidayah..Amin.

...bersambung ..