Monday, January 11, 2010

Kalimah Allah

...bersambung ..Isu semasa sekarang ini adalah Kalimah Allah SWT, ... nak tahu boleh ke, tak boleh ke pakai kat Gereja ke kat mana-mana tanya lah Allah SWT mintak petunjuk .. sembahyang sunat istikharah... kalau tak adapat petunjuk sembahyang lagi sampai dapat petunjuk ..baru kita tahu jawapan nya.

Saya tak nak komen isu-isu yang menyentuh mana-mana pihak ..tapi nak berkongsi logik akal ataupun "rule of tumb", Kita semua tak kira Manusia, Binatang, Batu, Air atau apa pun kita. Ingat, kita makhluk yang dijadikan Allah SWT, semua orang berhak menyebut nama Allah SWT dan kita kena Menyembah Allah SWT, kita makhluk dijadikan untuk beribadat kepada Allah SWT.

kalau kita bakar rumah Berhala, Gereja atau sebagainya, kita nak tunjukkan apa sebenarnya, adalah Islam itu mengajar manusia bermusuh, Nak tanya sikit, itu ke yang Islam diajarkan, Itu ke amalan yang Rasullullah ajarkan dan tinggal kan untuk kita, Itu ke yang Allah SWT hendak kita buat??? penulis pernah terbaca aktikal didalam surat khabar dimana Abu Hajal pun bersumpah dengan menggunakan nama Allah SWT.

Kita marah dan tunjuk perasaan tak tentu pasal dan sebagainya, HAIRAN juga saya, kita di luaraan kita seolah-olah, mempertahankan Islam, tapi Islam, isinya kita tak kupas, kita tak mengkaji, kita tak tahu apa itu Islam sebenarnya ... orang kata kita syok sendiri.

Dalam perjalanan Sunah Aljemaah, kalau kita menkaji Surah yang amat pendik dalam di dalam AlQuran iaitu surah "Ina'aktaina ..", Allah SWT kata, adalah barang siapa yang mengamal surah ini dan membacanya siang dan malam, dia akan di kasihi Allah SWT, Orang JAHAT akan sayangkan dia juga ..kalau musuh kita bawa senjata .., musuh tadi akan berkata "Aku nak bunuh kau ..tapi aku tak jadi nak bunuh kau, nak ambil senjata aku .." emm hebat betul Islam ini.

kalau nak pergi Jihat amalkan lah surah ini ..Allah SWT kata, ini adalah salah satu kitab/Alquran kasih sayang, menceritakan semua bab kasih sayang, manusia, haiwan, batu-batan, gunung-ganang dan semua makhluk Allah SWT.

Kenapa Allah SWT, merahsiakan semua ini, Pasti ada alasan-alasannya yang tersendiri dari Allah SWT, salah satu yang di ceritakan, jika di dedahkan rahsia kelebihan ayat ini, manusia lelaki akan membunuh sesama sendiri, kerana siapa Hebat dia ada ramai perempuan, kalau lelaki tahu rahsia ini, eemm habis la perempuan ..haha

Gunakan lah kalau kita lelaki ..ada kelebihan pada lelaki dan kalau kita perempuan ada kelebihan pada perempuan. Ini kalau suami/isteri/kekasih, kita tinggalkan kita, kita menangis haha tak perlu menangis petik satu, sepuluh datang..gunakan lah kelebihan kita, tapi kita tak tahu, kita tak mencari, kita tak belajar, kita tak mengenal ...itu lah kekurangan kita, kalau kita mengamal pun, banyak lagi kaedahnya yang belum kita tahu, cara mengamalkan nya, cara menyampaikan nya, cara meletakkan nya di kedudukan Allah SWT, cara meletakkan amalan ini pada Aras Allah SWT baru lah kita mendapat Rahmat dan Nikmat ayat ini, kalau kat dunia ni kita dah merasai Rahmat dan Nikmat Allah SWT, apa tah lagi bila kita pulang berjumpa dengan Allah SWT .."SubahanAllah Walhamdulillah .." Sudah tentu Allah SWT sayang dan kasih kan kita.

Kalau kita dah berumahtangga isteri kita akan sayang kat kita dan kesiankan kita ..Insyallah dia yang akan suruh kita kawin lain ..kemungkinan besar dia yang tolong cari kan jodoh kita, .." takpe la bang saya sanggup berkongsi .." kalau kita tengok mata seorang perempuan, dia akan tanya .."Kenapa Abang pandang saya macam tu ..abang nak apa ..abang nak yang itu ke ..nak ambik lah bang, kalau orang lain saya tak bagi ..." ..ITU LAH KELEBIHAN ALQURAN ALLAH SWT, RAHMAH DAN NIKMAT NYA DI DUNIA INI DI CERITA KAN SECARA KASAR NYA (ini di panggil cerita Syurga Dunia..Apa dia Syurga Dunia ..fikir sendiri), Ini bukan amalan YANG MENGHALAL KAN PERBUATAN ATAU NIAT, tapi hanya diceritakan .. SUDAH TENTU ISLAM ADA HUKUM nya, Kita kenalah NIKAH DULU, DAH HALAL BARU BOLEH, SAYA TAK NAK, TULIS SAYA INI DI SALAH TAFSIR DAN MENJADI ISU KEPADA SESETENGAH PIHAK, Disini di rahsiakan cara amalannya kerana saya pun tak tahu cuma diceritakan sahaja hahaha maaf ya, jadi tak payah nak mandi bunga, tak perlu jumpa bomoh, tak perlu pakai minyak senyonyong, ke minyak dagu, ke minyak masak, ke minyak kelapa muda ke.. haha, kerana Islam itu dah sempurna dan lengkap .....bersambung.

Orang Yang Mulia Disisi Allah SWT

...bersambung ..Diceritakan lagi Orang yang paling Mulia di sisi orang yang "Sembahyang" dan Allah SWt akan Mulia kan dia .. Allah SWT tak pandang Pangkatnya, tak pandang Hartanya.

Jadi tahun Ini sempena Tahun Baru Bulan Muraham aku berazam untuk jaga Sembahyang ku, kalau Isteri ku, anak-anak ku nak berazam yang sama aku alu-alu kan ..kalau tak aku sembahyang dulu yang penting diri aku kena buat, baru Isteri dan anak-anak ku akan ikut, Itu lah peranan ketua keluarga.

..Di cerita kan bila kita balik bertemu dengan Allah SWT, Allah SWT akan tanya apa aku buat semasa hidup ku, Aku beri kau Rezeki apa kau buat engan Rezeki mu ..ada kereta tak pernah ke Masjid, ada kereta tak pernah menumpangkan orang susah, ada kereta tak pernah buat kebajikan ..bila kau pulang apa yang kau bawa untuk Ku, Semasa itu baru aku akan berkata "Ya Allah kembalikan lah aku ke dunia aku ingin Sembahyang takala itu pintu sudah tertutup .. Aku akan hidup dengan bekalan yang aku bawa ..kalau aku bawak banyak ibadah maka aku boleh la rasa confident ITU pun belum tentu di terima, Allah SWT akan Hisab kan segala-gala nya ..kalau Ibadah ku tak di terima maka duduk la aku di rumah sebelah .. bidadari nya Hitam, tempat Nya PANAS dan AMAT PANAS hingga kan otak boleh mendidih ..kalau aku tak bawah ibadah aku sebagai bekalan confirm aku duduk rumah sebelah .."Ya Allah berilah aku petunjuk"

Ingat lah wahai pembaca Budiman, setiap yang kita dapat dari Rahmat dan Nikmat Allah SWT di dunia ini akan di tanya besok ...Gaji kita Perkerjaan kita, Percakapan/perbualan kita, kau nak Isteri aku bagi kau isteri ..apa kau buat dengan Isteri mu, Boleh ke kita jawab "..untuk buat anak ..", kau nak zuriat aku beri kau Zuriat ..apa kau buat dengan anak-anak mu ..kau luka hati nya kau marah dia pasal dia kurang ajar ..kau marah dia pasal dia nakal ..bukan kah kau yang mencorak kan apa kehidupan nya ..SEBENARNYA KITA SUDAH ADA PERJANJIAN DENGAN ALLAH SWT ...Macam mana kita nak menjawab Besok dengan Allah SWT ..fikir-fikir kan renung-renung kan ..

Sebenar nya untuk mendidik anak-anak kita ini, kita didik lah dengan Penuh Kasih Sayang ..dan bercakap lah dengan percakap yang Selembut-lembut Nya ..bersabar untuk mendidik anak ..Hati anak jangan diluka kan, perasaan nya jangan diguris, tubuh nya jangan di Pukul..BESOK bila kita TUA ..Pasti anak-anak kita akan mencerminkan apa yang kita corak kan kepada mereka semasa mereka kecil ..besok kalau dia cakap kasar ..tengking-tengking ..cakap marah-marah .. JANGAN CAKAP DIA KURANG HAJAR ..ATAU SEBAGAI NYA KERANA SEMUA ITU KITA YANG BENTUK DIA ...SALAH KAN DIRI KITA SENDIRI ..

Kita perlu berSyukur kerana Allah SWT telah turun kan Rasullullah, sepagai pedoman kita, Didik lah anak-anak kita seperti Rasulullah dengan Lemah Lembut, Kasih dan Sayang.

Insyallah aku berazam akan menghabis kan rezeki ku ke jalan Allah SWT .. mencari Ilmu nya, bersedekah, berzakat dan untuk Isteri dan anak-anak yang ku Cintai dan sebagainya, kalau untuk diri aku sendiri ..niat aku nak beli Canon D5 MarkII, nak upgrade Golf set aku, nak beli radio HF nak beli .. nak beli ..nak beli ..aku akan lupa kan, aku takuti ..besok benda-benda ni akan melalai kan aku dengan Perintah Allah SWT ..."Ya Allah beri lah aku Petunjuk kan Hidayah" ...bersambung ..

Perjalanan Ku Masih Jauh

... bersambung ..Setelah sekian lama aku beramal dengan amalan yang di tunjukkan ..Semalam aku menalipon rakan, untuk "compare note", 1. pasal ada sesuatu yang berlaku pada sasalah seorang ahli keluargaku, rupa-rupanya syaitan ini pandai mencari peluang untuk menyerupai sesiapa sahaja TETAPI dia tak boleh menyerupai Rasullulah, kata rakan tu jika ini berlaku bacalah "Bismillahhirahman'arahim". 2. Kenapa setelah sekian lama aku beramal masih tidak dapat rasa nikmat dan rahmat Allah SWT..

Rakan aku berkata ibarat/contoh bila kita nak berjumpa dengan sesaorang atau pergi ke rumah sesaorang, kalau tak jumpa pintu nya / tak jumpa rumah nya bagaimana kita dapat jumpa", bergitu juga dengan Allah SWT, aku beramal / aku membaca / aku menyebut nama dan kebesaran Allah SWT / aku bermohon kepada Allah SWT tapi kalau tak jumpa dengan Allah SWT, bagaimana aku dapat Rahmat dan Hidayah Allah SWT.

Memang bila kita berdoa / sembahyang / puasa dan sebagainya Allah SWT itu mendengar dan melihat tetapi cara kaedah kita tidak betul dan tak tahu cara nya dan tak belajar dan tidak menkaji maka tak sampai lah segala ibadah kita kepada Allah SWT Dan kita hamba yang tidak lari dari mambuat kesilapan dan dosa, badan kita kotor, lidah kita bercakap benda-denda yang tak sepatutnya.

Kata Allah SWT lebih baik diam dari berkata-kata, kalau nak bercakap cerita lah pasal Kebesaran Allah SWT, Nikmat Allah SWT, Kemuliaan Allah SWT, kita ingat kita betul ..bercakap pasal ini ..pasal itu .. tapi semuanya tak betul sebenarnya, di sisi Allah SWT.

Ini semua membuat Perjalanan Ku Masih Jauh ..

Sebenarnya rakan saya itu berkata dan memberi tahu selama ini aku berpegang pada Ayat dan Allah berkata Ayat itu hanya untuk memanggil dan memyampaikan hajat dan Ibadat/Ibadah aku masih belum sampai kepada Allah SWT. Kerana Allah SWT berkata Cari lah aku dan bermohon lah kepada aku, sesungguh Nya Aku yang menjadi kan bulan aku yang menjadi kan Bintang Dan aku menjadi kan segala nya kenapa kau berpegang kepada Ayat aku yang aku jadi kan ..."Allah hu Akbar"

Insyallah rakan ku itu akan menunjukkan perjalanan ku seterusnya .. Aku tengah mencari rezeki dan masa yang sesuai untuk mengujungi beliau .. Hati aku sudah Gundah-Gulana, Perasaan aku tidak sabar memberontak...Jiwa ku rindu ..Cinta ku semangkin hangat membara ... betul kata orang tua-tua kalau hati tak kuat kita akan Gila ..betul kadang-kadang aku rasa diri ku kurang dari orang lain kerana mencari Perkara yang Di Rahsia kan ... mudah-mudahan aku sampai ke penghujungnya ..kalau tidak pun aku dapat merasai Rahmat dan Nikmat Allah SWT. Sebenarnya Ibadah kita kena lah sampai ke tempat dimana duduknya Allah SWT, hendak lah sampai di Aras Allah SWT, Baru lah Allah SWT beri kita Nik mat Dan Rahmat Nya, Allahualam bil sawab - Sesungguh Nya Allah SWT lebih mengetahui...

Ya Allah tunjukkan aku jalan yang lurus ...
Ya Allah berilah aku petunjuk dan hidayah ..
Ya Allah Berilah aku Rahmat dan Shafaat ..
Ya Allah aku ber Syukur dengan Rahmat dan Nikmat mu .."SubahanAllah walhamdulillah .." ... bersambung ..

Saturday, January 2, 2010

Kelebihan Selawat Junjungan Muhammad SAW

...bersambung.. di ceritakan lagi daripada tulisan yang lepas-lepas .. lebihan Selawat, Seperti yang kita tahu Allah SWT dan para Malaikat Nya berSelawat dengan Selawat yang sempurna "Allahumasolliallah Muhammad Wa'alaalisaidina Muhammad".

Penulis telah ditunjukkan kelebihan Selawat .. Dimana Selawat juga boleh mengeluarkan orang / sesaorang yang telah mati/meninggal dunia dari seksaan kubur, lalu diberikan pakaian dan makanan dan minuman dan di tempatkan kedalam Syurga.

Rakan penulis meminta penulis membaca Selawat sebanyak 17 kali dan di niat kan kepada Arwah ibu penulis, selesai sahaja saya membaca dan berniat, "Ya Allah aku sekedah selawat ini kepada arwah ibu ku", Sejurus selepas itu, rakan penulis yang menunjukkan kelebihan selawat tadi, bertanya kepada penulis bila kah emak awak meninggal dunia, saya kata ketika umur saya 2-3 tahun... saya tanya kenapa bang ada yang tak kena ke??

Rakan tadi memberitahu arwah ibu saya bertanya siapa kah yang mengirim kan dia selawat tadi dan mengeluarkan dia dari seksaan kubur, .. lalu saya terdiam, di cerita kan lagi, ibu kamu tak ingat ketika dia meninggal duhulu, dia telah tinggalkan seorang anak di dunia ini, "SubahanAllah" air mata saya mengalir tanpa di saya sedari ..

Selama ini, ibu aku hidup dalam seksaan kubur ..Allah hu Akbar, selama ini doa, Yassin, Tahlil yang di kirim kan oleh nenek aku masa dia hidup untuk arwah ibu aku tak sampai, doa yang di kirim oleh bapak aku selama ini menduda kerana sayang kan arwah ibu aku pun tidak sampai ..Allah hu Akbar ..lutut aku lemah, hati aku sayu, air mata ku mengalir dan terus mengalir ..Allah hu Akbar Allah hu Akbar.

Setiap kali aku dalam kesusahan dan bila setiap kali aku rindukan arwah ibu ku, aku akan kirim kan AlFatiha dan surah Il Iklas, ..rupa nya tidak sampai ..Allah hu Akbar, dimana salah aku ..dimana silap aku ..Allah hu Akbar ..

Daripada Kejadian dan peristiwa tersebut, memberi suntikan kepada aku untuk terus mengkaji Islam, Belajar tentang Islam, Mengenal Allah SWT, Mengkaji Ilmu Allah SWT, mudahan-mudahan ibubapa ku anak-anakku dan Isteriku tercinta selamat dunia-akhirat.

Rakan yang menunjukkan kelebihan Selawat tadi selalu pesan kepada ku, kerap-kerap lah bersedekah dan mendoakan kepada yang telah pergi dahulu, semoga keadaan nya terjamin di sisi Allah SWT, di keluarkan dari seksaan kubur, di berikan pakaian, di berikan tempat tinggal, di berikan makanan dan minuman, di letakkan di kerusi emas ..Insyallah pesan mu itu rakan, akan ku laksanakan .. terima kasih tak terhingga kepada mu Rakan kerana menunjukkan Jalan yang sebenar dan Rahsia yang di kupas sedikit demi sedikit, Allah hu Akbar.

Sebenar nya setiap hari aku rindu kan mu wahai Rakan, aku rindu akan ilmu Allah SWT, aku rindu akan bimbingan mu, lebih-lebih lagi bila kamu berkata, "..saya dah tak lama lagi insyallah lagi dua tahun saya akan balik ...itu yang di beri petunjuk" Allah hu Akbar, Allah hu Akbar, siapa kah akan menunjukkan aku jalan ..Allah hu Akbar Allah hu Akbar... kepada siapa kah aku akan Merujuk ..Allah hu Akbar, Aku tahu jawapan nya adalah Allah SWT, tetapi bukan itu maksud ku ...maksud ku, aku akan kehilangan kamu wahai Rakan ..Allah hu Akbar Allah hu Akbar.

Di cerita kan lagi Jika Ibu atau Bapa yang meninggal dunia yang WAJIB mendoakan nya adalah anak-anak nya, baru jatuh kepada cucu-cucu nya, kalau sesorang itu bujang yang WAJIB adalah adik beradik nya baru jatuh kepada anak saudara nya. Jika anak yang meninggal dahulu maka ibu dan bapa nya wajib mendoakan nya dan baru jatuh kepada adik beradik lain.

Jika si suami yang meninggal WAJIB isteri nya mendoakan nya baru jatuh kepada anak-anak, Jika si Isteri yang meninggal WAJIB mendoakan nya adalah si Suami nya dan baru anak-anak nya.

Doa untuk orang yang telah meninggal:

1. Baca Shahadat 3 kali
2. Baca Selawat 17 kali
3. Baca Fatiha 3 kali
4. Baca "Kulhuallahuahad" 7 kali
5. Baca Tasbih "Subahanallah .." seberapa banyak yang mampu
6. Dan doa nya "Rabbana atina ..."
7. Dan niat lah "Ya Allah aku sedekah kan doa ini kepada ...." niat ini sudah memadai tak payah la, keluarkan dia dari seksaan kubur dan sebagainya ..sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Penyayang dan tahu akan apa yang terbaik untuk hamba Nya dan kerana dia menjadi kan kita dan dia tahu kita siapa dan apa kemampuan kita dan keIklasan kita dan apa yang terbaik untuk kita...Wallahualam.

Kalau kita nak tahu adakah doa kita sampai tanya lah kepada Allah SWT, pasti dia akan beri petunjuk, kalau tak sampai apa sebabnya pun Allah SWT akan beri petunjuk ..

Amalan orang-orang kita (keluarga kawan pun macam ni jugak)..selalunya bila nak buat Tahlil, Yassin kita panggil pak Imam, orang masjid lepas TAHLIL DAN DOA (kalau orang Johor di panggil Hull, kawan ni orang Johor hehe) kita makan dan kenyang, SELEBIHNYA KITA SERAH KAN KEPADA ALLAH SWT, SENANG NYA ISLAM SEKARANG YEK .. tu yang Tahlil dan Doa tak sampai kepada si mati ..fikir-fikir kan renung-renung kan ... kemana arah kita ..

kalau banyak orang untuk di sedekah kan maka bacaan dari no 1 ke no 5, itu kena tambah la ..tak kan sampan kecil nak naik ramai-ramai ..itu tak betul cara nya ..
... bersambung ...

Jika Allah SWT terima Doa kita

...semalam penulis sekeluarga pergi swimming di Kolam renang Putrajaya, bila nak mula kan perjalanan dan di dalam perjalanan, cuaca dah mula mendung tanda-tanda nak hujan akan turun bila-bila masa, Isteri saya kata.."boleh ke nak mandi ni ..rasa macam nak hujan je nanti tak puas mandi dan rugi je bayar nanti". Dalam hati saya rasa pun macam tu juga, masih 50/50, tapi saya kata"..jom la pergi .." dalam perjalanan mula lah berdoa kepada Allah SWT supaya tidak hujan atau di lewatkan atau hujan la kat kawasan lain...

Dalam kereta ke Putrajaya saya cakap kat Isteri saya "..saya cuba doa kalau hujan maka doa saya tak sampai kalau tak hujan kita mandi .."

Alhamdulillah cuaca mendung tiada matahari, tapi rasa panas dan bahang nya sampai Isteri dan anak-anak kena sunburn ..hehe ..

Cukup pukul 3 petang selepas dua jam berendam, kami pun bersalin nak pulang, masa mengemas-mengemas nak pulang saya pun berDoa kepada Allah SWT dengan tasbih "Subahan Allah ..(sampai habis)" seberapa banyak yang mampu, tanda Kesyukuran kita kerana Allah SWT memperkenan kan / makbul kan doa kami, ngam-ngam lepas suap anak-anak makan hujan pun turun Allamdulillah....bersambung ..

Haji Itu Tetamu Allah SWT

...Bersambung ..di cerita kan juga, rukun Islam kelima pergi mengerjakan Ibadah Haji keatas yang mampu, setiap tahun ramai sanak saudara kita / jiran kita / rakan-rakan kita yang mengerjakan fardu Haji.

Di ceritakan, Jika kita menjadi tetamu Allah SWT, kita akan jumpa dengan Allah SWT dan Rasullullah (yang pasti mukanya tidak kelihatan sama sekali, cuma kita akan nampak Nur nya sahaja dan Dia akan mengucap dua kalimah Shahadat kepada kita, sama ada kita akan ikut sebutannya atau menyahut/memyambut dengan ....), baru lah kita di kata kan TETAMU ALLAH SWT, ...

Untuk mendapatkan rukun Islam kelima ini, yang pasti nya rukun Islam yang pertama hingga ke empat mesti lah mantap ATAU sekurang-kurangnya SHAHADAT kita Mantap, baru boleh kita mengerjakan rukun Islam kelima dengan mantap ... baru lah Ibadah kita mantap...Wallahualam.

Jadi kalau ada duit tiap-tipa tahun buat Haji ke buat Umrah ke .. kalau tak jumpa dengan Allah SWT dan Rasullu Nya, Belum boleh kita di gelar Tetamu Allah SWT.

..fikir-fikir kan renung-renung kan ..Wallahualam bil sawab...bersambung ..

Keris






...bersambung ..Bulan Muharam ni, selalunya dikaitkan dengan mandian atau pembersihan kepada yang peminat-peminat atau pencinta barang-brang antik terutamanya Keris-Keris lama, Lembing, Badik, seterika arang batu lama, pedang, kacip pinang dll. Aku tak tahu apa kaitannya dengan bulan Muharam. Pastinya mesti ada kaitan rapat bulan Muharam ini dengan pembersihan, sekurang-kurangnya mengingatkan penyimpan barang-barang antik ini untuk di periksa dan dibersihkan, haha ..

Aku ini 100% keturunan Jawa sedikit darah Arab, kalau tengok salasilah keturunan ada juga gelaran Syed tapi dah di buang pada enam keturunan atas aku, selepas sahaja Syed Salha bin Syed Abu Syarik bin Syed Muhammad bin Syed Mahmud bin Syed Maulana Ishak bin ...(malas nak menaip haha), sebab-sebab di buang gelaran tu tidak di ketahui, bila aku rujuk kepada sesorang rupanya darah tu dah tak ada selepas sahaja Syed Salha, pada pendapat aku Bagus juga almaklum bila ada gelaran Syed ni bukan senang, perangai kita, tata-tutur kita, kelakuan kita, amalan kita, ibadah kita dan gelaran itu sendiri dah berat eem..Mungkin nenek-Moyang aku dah nampak ..anak cucu mereka ni tak boleh nak bawak gelaran itu...haha mana tak nya aku sendiri semuanya, aku dah buat (dah la tu tak nak bukak pekong di dada haha).

Jadi aku ni tak la pandai berbahasa Jawa, apatah lagi Ilmu Jawa, tinggal keturunan je Jawa, untuk mengekalkan identiti aku sebagai Jawa, aku pun mula menyimpan Keris-keris Jawa sebagai hobi dan koleksi.

Bermula dengan koleksi aku yang pertama, keris aku bernama Segoro Wedi (Padang pasir yang gersang) dengan tebusan / mas kawinnya atau maharnya RM 900/- pada tahun 2002, sekarang ni aku ada lebih kurang 15 bilah keris termasuk pedang Brunei dan pistol Belanda (orang kata pistol gajah) pasal muncongnya besar. Semua nya aku tak beli tapi orang bagi ..jadi aku simpan la benda-denda itu ada juga aku bagi dekat orang untuk disimpankan.

Cerita pasal Keris ni, dia dicipta dari seorang Empu, yang menjadi Empu ini sesalunya Wali-wali atau Sunan-sunan, Empu akan menghasilkan 2-3 bilah keris dalam masa setahun, orang yang membuat tempahan akan datang kepada Empu dan meminta Empu membuat keris untuk Perniagaan, menjaga diri, menjaga rumah, untuk kesuburun tanaman, kalau Sultan sebagai karisma pemerintahan nya dll, didalam masa yang sama juga empu minta dan berdoa kepada Allah SWT, selain dari puasa / partigeni (memutih) kalau nak tahu cerita lagi, layari atau Google Paul Keris, beliau seorang warga Belanda tapi meminati keris sebagai koleksi.

Bermulanya keris ini tidak di ketahui sebenar-benarnya zaman apa kecuali mereka yang tahu, kalau nak kata zaman Wali-Wali kalau di kaji lagi zaman Dewa-dewa pun mereka dah ada Empu di kalangan Dewa-Dewa, Sebab itu ada Keris yang tidak Islam ada keris yang Islam, Jika Empu itu Islam dia akan masuk kan Kadam Islam, kalau Tak Islam Empunya akan memasukkan Kadam yang tidak Islam, Seperti Keris yang berasal dari Bali, ada juga Kadam nya nak masuk Islam, ada juga yang degil dah selesa dengan pegangannya...Walllahualam.

Kalau kita dengar atau terbaca ada orang jumpa keris atau batu atau apa-apa sahaja, benda-benda itu semua dah dibuang oleh pemakai dari Alam Lain (alam gin / alam Bunian ), Kalau kita terbaca ada orang nak sedut harta karun atau nak ambil harta karun dari dalam tanah ke dalam perigi buta ke dalam laut ke, KALAU IKUT HUKUM ALLAH SWT, orang yang nak ambik tu Perompak, kerana emas atau benda-benda yang berharga dari Alam lain ini ada pemilik nya dan juga ada juga penjaga nya, jadi perbuatan itu adalah Merompak dan kalau ada yang tak kena pada pengikut atau orang yang menyedut / mengambil harta karun ini, itu adalah balasan / sumpahan hari Alam Raib tersebut.

Pembuatan Keris sebenarnya dari lipatan beberapa jenis besi dan dengan niat Empu dan Doanya jadi lah Pamor-pamor seperti yang di hajatkan dan besi yang paling Istimewa adalah BESI KURSIANI iaitu besi yang Gaib, dimana Roh besi tadi di turunkan oleh Allah SWT dengan doa Empu tadi, maka jadi lah keris tadi hidup dengan izin Allah SWT, itu yang ada keris terbang lah, keris berpusing lah atau keris macam-macam, dibuat kan atau di jadikan benda-benda spiritual ini adalah untuk kita LEBIH bertakwa kepada AllahSWT, TETAPI tapi bila Keris ini di gunakan untuk memberi atau di buat penghantaran nombor Ekor, sudah pasti ada yang akan terbunuh kerana bukan keris tadi untuk dibuat nombor ekor, maka Empu/Wali/Sunan yang membuat keris tersebut dan Kadam yang menjaga keris tersebut akan menangis, dia tidak nak terlibat sama di dalam kerja-kerja yang Syirik. Jadi kepada yang suka gunakan benda-benda ini untuk mendapatkan jalan mudah ..BERHENTIKAN LAH.

Jadi di bulan Muharam ni, kalau ada yang pandai keris dia kan memulih kan keris - keris tersebut dan membuat pembersihan, supaya keris itu dijaga dengan elok, dengan membersihkan mengunakan bahan-bahan seperti limau, bunga dan diasapkan dengan kemenyan supaya kering dan diberi wangi-wangian, dan di hidupkan semangat / roh keris tadi.

Tapi bagi saya yang tak pandai dan tak pernah belajar pasal nak mandikan keris ini atau sebagainya dan SEBENARNYA tak minat nak buat macam orang lama-lama buat DITAKUTI TERKELUAR DARI ISLAM jadi kalau IKUT Cara Islam nak naik kan semangat ROH atau Spiritual INI Cukup sekadar sedekah kan AlFatiha kepada Empu yang membuat keris tadi dan baca "SUBAHAN ALLAH WALHAMDULILLAH HIWALLAHILLAHALILLAH HUWALLAH HUAKBAR." seberapa banyak dan tiupkn pada ganjar keris tadi atau leher keris tadi (pemegang keris)... dan Berdoa lah kepada Allah SWT "Ya Allah berilah aku segala kelebihan DAN kebaikan keris ini dari doa Empu yang membuat keris ini dan jahui aku dari sebarang kejahatan.

Alhamdulillah, setakat ini nampak la juga akan kelebihan doa-doa Empu yang membuat keris-keris yang aku simpan 1. Dulu ada sebilah keris sekarang ada berbilah-bilah (orang yang beri tampa keluarkan satu sen pun hehe) 2. Setakat ni rumah aku terjaga, 3. Anak-anak aku tak pernah di ganggu (setengah-setengah keris tak suka bukak kecil dan entah tak tahu kenapa tak suka) ..TAPI KERIS YANG AKU CARI UNTUK AURA $$$$ hehe masih tak jumpa ..hehe ..DI INGATKAN JANGAN TAKSUB DAN PERCAYA SESUNGGUHNYA, KEPADA BENDA-BENDA INI, CUKUP LAH SETAKAT KITA TAHU SIAPA PEMBUATNYA, DI ZAMAN BILA, APA KELEBIHANNYA, APA JUGA PANTANG LARANGNYA DAN SEMOGA EMPU YANG MEMBUAT KERIS-KERIS INI SENTIASA MEMPERJUANGKAN ISLAM YANG SEBENAR, DAN SESUNGGUHNYA ALLAH SWT YANG MAHA BERKUASA DARI ATAS SEGALA-GALANYA DAN MENJADI KAN SEMUA MAKLUK NYA UNTUK BERIBADAH KEPADA NYA DAN JANGAN SALAH DIGUNAKAN BENDA-BENDA INI IANYA AKAN MAKAN TUAN ...bersambung ...