Friday, October 9, 2009

Petua Mengenal Guru ….

Bersambung .. Embah Buyut lelaki aku, Haji Abdul Hanan (Bani Hanan) berasal dari Jawa Tengah telah merantau ke Mekah dalan usaha yang muda untuk menuntut ilmu di sana (belajar pondok) dan pada hujung usianya dia berhijirah ke Tanah Melayu (pada masa tu tak ada paspot lagi kot) pernah menjadi naib kadi sebuah daerah di selatan Tanah Melayu di kenali sebagai daerah Pontian dan pendukung kepada satu tarikat tak ingat apa nama dia (salah satu perjalanan tarikat yang terkenal di asia tenggara) dan juga pendukung kepada ajaran Shikh Abdul Kadir Jailani.

Embah Buyut berpesan kepada anak-anak muridnya (yang masih kami anak-cucu ingat), kalau ingin mengenal guru yang boleh di jadikan guru, orangnya adalah seperti berikut:

1. Amalannya
2. Khasaf nya
3. Pergaulan nya bersama Isterinya
4. Pergaulan nya bersama anak-anaknya
5. Pergaulan nya dengan Masyarakat
6. Tutur katanya
7. Kehidupan seharian
8. Yang penting Guru tidak kencing berdiri
9. pesanan yang lain nya kami tak ingat – Allahu’alam

… nak pilih guru pun ada ciri-cirinya dan ada juga criteria nya eemmm interesting.

Tok saudara aku (anak embah buyut ku no empat atau di kenali embah Anjang) telah meneruskan perjalanan tarikat bila kembali sahaja embah buyut ku ke Rahmatullah.

Ada dikalangan saudara-saudara ku yang lain perpegang teguh dengan amalan tersebut ini, Pada pendapat aku ianya adalah amalan yang sangat tinggi dan yang aku pasti tidak mampu untuk membawanya, AL'MAKLUM NAK TARIKAT-TERIKAT NI TAK MAIN LA, PASAL SEMBANYANG AKU PUN MASIH TUNGGANG-LANGGANG DAN BELUM TENTU DITERIMA APATAH LAGI NAK BERWIRIT SAMPAI JAUH MALAM HEHE, ADEN TAK MAMPU JANG HEHE… bersambung