Monday, August 15, 2011

Wali Dari Zaman Nabi Adam

...Di kesempatan aku menziarahi Abang Aliman selain belajar tentang Ilmu mengenal Allah SWT, sempat aku bertanya kepadanya lagi .."Abang Wali-Wali Allah SWT, dia orang ni buat tak rukun Haji ???

Abang Aliman mencaritakan bahawa sitiap makhluk wajib mengerjakan Ibadah Haji / Umrah seperti mana yang di terangkan dan di jelaskan di dalam Al-Quran.

Sekarang dah bulan Ramadan, Para Wali-wali Allah SWT telah pun berkumpul Di Mekaah Dan Madinah untuk mengerjakan Ibadah Haji / Umrah.

Dan yang kesian Wali-wali dari Zaman Nabi Adam ..mereka masih hidup dalam Alam Roh dan mungkin jasadnya Allah sudah hilangkan dari dunia ini Allahualam,

Dan mereka-mereka ini akan di Nisabkan di padang Masyar nanti juga, bayangkan dari zaman Nabi Muhammad SAW je dah 1000 + tahun ..zaman Nabi Adam lagi lah lama kan ...lepas tu nanti di Padang Masyar Umat yang akan di Nisabkan ialah dari Nabi Muhammad SAW...dan di ikuti oleh nabi-nabi lain pluak, bayang kan Wali dari zaman nabi Adam ..berapa lama dia harus tunggu ...

Rahsia Mekaah Almukaramah

Aku bersama-sama anak dan isteriku baru pulang dari mengerjakan Ibadah Umrah pada bulan May dan Awal Jun 2011.

Banyak perkara-perkara yang aku ingin jawapannya, aku bertanya kepada Abang Aliman, .."bang bagaimana doa saya yang saya baca kat kaabah tu .." Abang Aliman cuma jawab Insyallah sahaja.

Aku tanya lagi Abang saya rasa tak ada apa-apa lah kat Mekaah / kaabah, Nak jumpa Allah memang tak akan jumpa, Nak jumpa Nabi Muhammad SAW, pun tak akan jumpa ..siapa lah kita kan kan kan, ok aku nak jumpa jibril ..Abang Aliman kata pun tak akan jumpa itu bukan tempat dia so mana dia ada kat sana ..adoii ..

Abang tolong la cerita sikit pasal Madinah Almunawarah dan Mekaah AlMukaramah .. Abang dia sebentar "mungkin dia bertanya kepada Allah SWT..agaknya" tiba-tiba Abang kata Rahsia Mekah dan kabaah Allah SWT kata belum boleh di ceritakan kepada aku ..cukup la kau tahu ianya sebagai tempat Beribadah ..dan menyuncikan diri ...Dan Allah SWT akan gandakan pahala kita jika kita beribadah di tempatnya..

Amalan harian Di bulan Puasa

Assalamualaikum WTH

Salam Ramadan Al Mubarak, hari ni 16hb. Ogos 2011, bersamaan 16 Ramadan dan juga hari ke 16 berpuasa.

Ramadan datang dan pergi ...usia berlalu bergitu juga ...masa tidak menunggu kita .. adakah kita bersedia untuk kembali ke tempat asala kita ..persediaan kita ..bekalan untuk di bawa ..dan juga bekalan untuk di tinggalkan kepada Anak dan Isteri ..

Semoga kita terus gigih menjalankan Ibadah .. belajar dan mengamal ilmu Allah

Baik lah sambungan dari aku dan anak-anak aku ker rumah Abang Aliman ...
sempat dia mengingati aku dan anak-anak (walaupun anak-aku tidur haha)

Amalan di bulan Ramadan ini perbanyaklah membaca Surah Lailatulkhod ..(Surah Lailatulkadar ..lah tu)

Kita bukan orang terpilih untuk melihat Lailatul kadar Allah SWT ..
Tepi barang sesiapa yang membaca dan perbanyak membaca Surah Lailatulkhod ..

Allah SWT kata ... Pahala nya seperti mendapat ganjaran Amalan Lailatulkhod.

Selamat Beramal...

Doa Hidup

Di buka lagi Rahsia ... Allah SWT iaitu amalan yang di panggil "Doa Hidup"

Doa hidup adalah satu lagi tingkatan amalan selepas bermohon untuk menjadi Islam dan juga belajar tentang Islam, Islam itu berlapis-lapis, Surah Fatihah itu mempunyai 1111 lapisan dan ianya mengambil 10 tahun kalau di kupas kalau kita belajar fulltime (hari-hari).

Amalan nya :

niat : "Ya Allah Aku gunakan Suara Roh"

Apa itu suara Roh, iaitu suara yang kita dengar sekarang itu lah suara Roh, puncanya adalah dari Roh kita.

Ianya digunakan untuk ketika ingin memulakan membaca Shahadat dan Al-Fatihah sahaja.

Kelebihan Dunia (di panggil Doa Hidup):

Allah SWT, Maklaikat dan Wali-Wali akan menjaga kita dan Nabi juga akan memberi kita Shafaat Nya.
Sekali kita mengucap Allah SWT gandakan kepada 1000 bulan.

Kelebihan Akhirat (di panggil Shadat mati):

Allah SWT akan memudahkan kita mati dan kembali kepada Allah SWT
Tiada Azab di Kubur.
Senang untuk meniti Titian Sirat.

Doa Mati adalah doa yang kita baca sekarang ini, tanpa mengetahui dan mempelajari Rahsia Allah dan tanpa membaca niat /cara nya "Ya Allah Aku guna Suara Roh".