Monday, October 11, 2010

Aku Tidak Layak ..Kata Allah SWT

... Aku telah di tunjukkan amalan untuk Rezeki ..aku mengamal dalam beberapa bulan ..adoii berat juga kerana amalan ni kita kena lakukan setiap hari ..dan berterusan hingga berjaya ..

"..Bang kalau saya nak try amalan ni kat jackport magnum boleh ke .." "..Boleh abang jawab dengan selamba..tapi ada teknik nya ..kena belajar juga ..kalau tak macam mana nak gunakan ..kau amal la dulu ..lama-lama besok baru lah jadi kalau kena dengan tekniknya " ..aku pun di tunjukkan cara/tekniknya ..

..selang beberapa bulan aku kembali untuk rujuk status amalan ku "Bang kenapa..nombor yang saya beli satu pun tak sangkut ..semua nya hampir-hampir sahaja lari 2-3 mata pulak .."

..seperti biasa abang akan tutup mata nya untuk mendapat petunjuk Allah SWT ..emm ..
"Allah SWT kata Kau Tak LAYAK UNTUK MENDAPAT APA-APA Balasan Dari ALLAH SWT" ...eemm..
ohh adoii bergitu pulak Cerita Nya ..eemmm ..Maksud nya segala amalan aku masih tak dapat balasan apa-apa dari Allah SWT ...emm apa boleh buat cuma Kuatkan semangat, sentiasa Prasangka yang baik kepada Allah SWT, Tekan beribadah dan Jangan Sekali-kali PUTUS HASA...

"..habis kenapa orang lain dapat pulak ..nak-nak orang yang bukan Islam.." aku bentak lagi ..

"..memang Allah SWT akan utamakan orang Islam ..tapi yang berlaku ada kehendak AKU dan PERANCANGAN AKU ..besok aku akan tentang dari mana rezekinya datang ..dan bagaimana Rezeki itu di gunakan/dibelanjakan .."

..eemm bergitu pulak Cerita Nya ...haha ...eemm ..tak apa lah aku SEDAR itu bukan cara aku untuk hidup ..aku belajar untuk bekalan aku dan untuk keluarga ku ..aku redo dengan ketentuan Allah SWT ..sahaja nak Test power orang kata..haha ..yang baik di jadikan tauladan yang buruk di jadikan sempadan ..

"..kata abang lagi beramal lah untuk akhirat insyallah ..dunia ini allah SWT akan bagi juga setiap kelebihan yang kita amalkan sama seperti doa kita "Rab bana Atina Fit Dunia Hasaah Wafil ahirah ti hasaah wakina azabanna" ..bersambung ..

Allah Lebih Mengetahui Dan Perancangannya Kepada Sesuatu Perkara Adalah yang Terbaik Untuk Kita

.. bersambung ..aku dan isteri ku ada menanyakan kepada rakan yang selalu tempat aku merujuk,

"Bang ..kenapa simpulan dan simpulan dah berkhawin agak lama (lebih dari 4 tahun) tidak mendapat zuriat ..Apa masalah nya ..adakah ianya datangnya dari Si Lelaki atau Si Perempuan..?"

Dalam Sedar Abang Aliman diam seketika sambil memejamkan mata untuk mendengar dan mengamati petunjuk dari Allah SWT, selepas dia membuka mata lalu dia bercerita kepada aku dan isteri ku ..

"..Kedua-dua pasangan itu sihat tetapi Si perempuan mempunyai sedikit masalah ..benih nya cair tidak seperti perempuan normal kalau dia mengandung anak yang akan di lahirkan akan lembik .."(senang cakap Cacat la) ...

Oh ..aku bersyukur ..OH bergitu cerita nya terdetik dalam hati ku ..eemm sungguh Ajaib perancangan Allah SWT ..dan Amat Terbaik Untuk Hamba nya ..

Cuma kita hamb Nya tidak faham perancangan Allah SWT...

"Bang bagaimana nak mengatasi nya .." soal ku lagi

"Cari lah tukang urut yang bergitu mahir ..tentang rahim perempuan badan orang perempuan ..kalau boleh tukuang urut umurnya 80 tahun ..orang-orang ni lebih faham ILMU TUA .."

... emmm dalam hati kecik ku bergitu indah perancangan Allah SWT tentang hamba Nya...
jaki jika kita mendapat sesuatu musibah ..apa jua musibah ..atau rezeki ..ianya adalah yang terbaik untuk kita ...cuma kita Tak faham dan tak mengerti kenapa sesuatu kejadian itu berlaku ...Allahuallam...

Penutup Amalan Bulan Ramadan

..selepas kita bertungkus-lumus beramal solleh di bulan Rejab, Saban dan Ramadan ..tak kira apa jua ibadah dan amalan kita lakukan sama ada ..puasa, bertasbih, mengaji Al-Quran dan sebagainya ..saya telah di beritahu bahawa penutup amalan tersebut hendak lah kita bertasbih dan bertahmid kepada Allah SWT... sepertimana kita lakukan di pagi Hari Raya, sebelum kita melakukan sembahyang sunat Aidil Fitri ...

Allahhu Akbar Allahhu Akbar Allahhu Akbar Laa illa ha illlah hu Allah hu Akbar ..Allah hu Akbar walillah illham...(Takbir Raya)

Itu lah dia penutup amalan yang terbaik disisi Allah SWT, kerana itu lah hari kemenanggan bagi orang Islam, ...bersambung ..

Maaf Zahir Dan Batin

..Sekarang sudah pun di penghujung Syawal 1431=2010 (betul ke tahun masehi tu ..haha main belasah je ni), Kesempatan ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin kepada tuan-tuan dan puan-puan, sehabat-handai, jiran-tetangga, adik-beradik, Ipar-duai dan terutama kepada Isteri tersayang (Honey Bun), kepada 3 orang cahaya mata ku ..Muhammad Danial Aiman, Adam Muhammad (kedua-dua nya baru di sunnatkan / masuk jawi org kata haha)dan Aisyah Maisarah (yg kena chekenpox) dan buat Insan yang selalu dikasihi dan hormati Hj. Marzuki Aj Anuar, Mohammad Bungsu Bin Ibrahim dan Dayang Intan.

Semoga Rejab, Shaban dan Ramadan dan Syawal bulan kemenangan orang Islam akan kembali menemukan kita di tahun depan, Semoga Ibadah dan Amalan kita di tingkat kan dari masa ke semasa, .. amin Ya rabil alamin.