Monday, October 25, 2010

Alam Ghaib

..Pada masa sempat juga abang Aliman menceritakan tentang tetangga aku, ..aku dah lama tak jumpa beliau dah hampir 10 tahun, semenjak aku kawin ..aku selalu mendengar cerita perkembangan si tetangga aku ini, melalui saudara-mara aku Ada pula bapak aku cerita kat aku bahawa tetangga aku ni boleh nampak jalan dan pintu langgit dimana makhluk turun-naik ..Wah hebat budak ni dalam kacik hatiku.

 ..tup..tup..abang Aliman buka cerita ..dia kata dia pening kepala dengan tetangga aku ni ..dulu beria-ia nak mintak dibukakkan pintu ke Alam Ghaib ..dah ni pulak nak suruh ambil balik em.. nak tunang tapi kerja tak tetap pulak ..abang Ali kata budak ni taksub sangat dengan apa yang di buat .. Si tetangga aku kata dia tak tahan ..kadang-kadang ular besar masuk dalam badan dia dan sebagainya ..emm ..tu yang dia nak pulangkan balik (tutup balik pintu Alam Ghaib).. Dalam hati aku patut la si tetangga aku ni hebat ..boleh nampak tu, boleh nampak ni ..rupa-rupanya dia pun jumpa dengan Abang Aliman jugak haha ..emm ..Aku tak pernah bawak atau perkenalkan tetangga aku dengan Abang Aliman ni .. pasal aku malas .. nanti panjang cerita ..dan nanti banyak cerita haha .. Abang Aliman kata Alam Ghaib ni ..senang je dia kena susun Alam kita sekarang dengan Alam Ghaib ..pasal Alam Ghaib ni di antara lapisan-lapisan yang di Rahsiakan Allah SWT .. Tapi Abang Aliman kata memang la kalau kita bersahabat dengan Alam Ghaib ni ..segala Makhluk Alam Ghain akan tolong kita ..TAPI KALAU KITA MATI ROH KITA AKAN DI ANGKAT DAN DI MASUKKAN KEDALAM ALAM GHAIB ..kita akan jadi hamba dia pulak ..haha ...ada Bran ka (ada berani ka) ...YANG PASTI DAH MASUK ALAM GAIB NANTI MEMANG LA TAK SEDAP CERITA NYA ... haha nak sangat jalan Pintas kan.

Doa Kesejahteraan / Pagar Rumah

...Pada Penghujung bulan September 2010, Sempat aku pulang ke Kampung halaman Tanah tumpah Nya darah ku ..bersama-sama Bapa, Isteriku dan tiga orang anak-anakku, sempat juga aku mengunjung ke rumah sahabat ku tempat aku merujuk sesuatu, tujuannya untuk mendapat kepastian kenapa anak aku yang sulung selalu berada di dalam keadaan yang orang kata asik takut ..malan je nak tidur dengan kami ..walaupun sudah darjah 2

Seperti yang aku rasa anak aku ni lemah semangat ..itu lah jawapan yang sama keluar dari mulut sahabat aku itu ..abang Aliman, setelah aku mintakan air sihat ..sempat dia menceritakan Doa Kesejahteraan kepada aku sekeluarga ..

Allah SWT panggil "Doa Kesejahteraan" kalau orang Melayu panggil "Pagar Rumah" atau "Memagar Rumah" daripada apa-apa bentuk musibah sama ada datang Nya dari Manusia, Jin, Syaitan atau pun Iblis yang Nyata atau pun tidak Nyata ..

Amalannya:

Baca 1. Al-Fatiha 1 kali
2. Surah Kursyi 13 kali
3. Surah Al-Nass (Kula auzubirab bin nass...) 13 kali

Cara Tiup 4 penjuru rumah sebelah bawah (ground level org putih kata haha)
Tiup 4 Penjuru rumah sebelah yg tinggi sekali (dinding atas penjuru lah)
Dan Tiup 1 kali ke atas bumbung rumah

Dan kerap-kerap ulang amalan ini setiap minggu kalau nak benar-benar mampan

Jadi kalau ada yang datang nya dari tanah dah "cover" dekat 4 penjuru bawah tadi kalau datang dari tepi dah "cover" dekat penjuru atas tadi dan kalau datang dari langit ianya dah "cover" dari bumbung yang kita tiup tapi.

Ada setengah-setengah ilmu dan amalan yang hebat juga, ada cerita kalau orang masuk rumah tak boleh nak keluar, ada yang berenang atas darat yang disangkakan lautan luas, ada yang nampak harimau dan sebagainya bagi saya .. Tepuk dada tanya selera ..

Saya yang mencari yang TERBAIK di sisi Allah SWT, dan itu sahaja yang ditunjukkan melalui Perjalanan Sunnah WalJemaah ..haha ..jadi saya berpuas hati dengan apa yang ada, Alhamdulillah... Peringkat macam saya ni baru belajar Islam dan Bermohon Masuk Islam ..masih Berpegang dan Bergantung kepada Ayat/Surah ..jadi ini lah cara terbaik ..Allahualam.