Saturday, January 2, 2010

Keris






...bersambung ..Bulan Muharam ni, selalunya dikaitkan dengan mandian atau pembersihan kepada yang peminat-peminat atau pencinta barang-brang antik terutamanya Keris-Keris lama, Lembing, Badik, seterika arang batu lama, pedang, kacip pinang dll. Aku tak tahu apa kaitannya dengan bulan Muharam. Pastinya mesti ada kaitan rapat bulan Muharam ini dengan pembersihan, sekurang-kurangnya mengingatkan penyimpan barang-barang antik ini untuk di periksa dan dibersihkan, haha ..

Aku ini 100% keturunan Jawa sedikit darah Arab, kalau tengok salasilah keturunan ada juga gelaran Syed tapi dah di buang pada enam keturunan atas aku, selepas sahaja Syed Salha bin Syed Abu Syarik bin Syed Muhammad bin Syed Mahmud bin Syed Maulana Ishak bin ...(malas nak menaip haha), sebab-sebab di buang gelaran tu tidak di ketahui, bila aku rujuk kepada sesorang rupanya darah tu dah tak ada selepas sahaja Syed Salha, pada pendapat aku Bagus juga almaklum bila ada gelaran Syed ni bukan senang, perangai kita, tata-tutur kita, kelakuan kita, amalan kita, ibadah kita dan gelaran itu sendiri dah berat eem..Mungkin nenek-Moyang aku dah nampak ..anak cucu mereka ni tak boleh nak bawak gelaran itu...haha mana tak nya aku sendiri semuanya, aku dah buat (dah la tu tak nak bukak pekong di dada haha).

Jadi aku ni tak la pandai berbahasa Jawa, apatah lagi Ilmu Jawa, tinggal keturunan je Jawa, untuk mengekalkan identiti aku sebagai Jawa, aku pun mula menyimpan Keris-keris Jawa sebagai hobi dan koleksi.

Bermula dengan koleksi aku yang pertama, keris aku bernama Segoro Wedi (Padang pasir yang gersang) dengan tebusan / mas kawinnya atau maharnya RM 900/- pada tahun 2002, sekarang ni aku ada lebih kurang 15 bilah keris termasuk pedang Brunei dan pistol Belanda (orang kata pistol gajah) pasal muncongnya besar. Semua nya aku tak beli tapi orang bagi ..jadi aku simpan la benda-denda itu ada juga aku bagi dekat orang untuk disimpankan.

Cerita pasal Keris ni, dia dicipta dari seorang Empu, yang menjadi Empu ini sesalunya Wali-wali atau Sunan-sunan, Empu akan menghasilkan 2-3 bilah keris dalam masa setahun, orang yang membuat tempahan akan datang kepada Empu dan meminta Empu membuat keris untuk Perniagaan, menjaga diri, menjaga rumah, untuk kesuburun tanaman, kalau Sultan sebagai karisma pemerintahan nya dll, didalam masa yang sama juga empu minta dan berdoa kepada Allah SWT, selain dari puasa / partigeni (memutih) kalau nak tahu cerita lagi, layari atau Google Paul Keris, beliau seorang warga Belanda tapi meminati keris sebagai koleksi.

Bermulanya keris ini tidak di ketahui sebenar-benarnya zaman apa kecuali mereka yang tahu, kalau nak kata zaman Wali-Wali kalau di kaji lagi zaman Dewa-dewa pun mereka dah ada Empu di kalangan Dewa-Dewa, Sebab itu ada Keris yang tidak Islam ada keris yang Islam, Jika Empu itu Islam dia akan masuk kan Kadam Islam, kalau Tak Islam Empunya akan memasukkan Kadam yang tidak Islam, Seperti Keris yang berasal dari Bali, ada juga Kadam nya nak masuk Islam, ada juga yang degil dah selesa dengan pegangannya...Walllahualam.

Kalau kita dengar atau terbaca ada orang jumpa keris atau batu atau apa-apa sahaja, benda-benda itu semua dah dibuang oleh pemakai dari Alam Lain (alam gin / alam Bunian ), Kalau kita terbaca ada orang nak sedut harta karun atau nak ambil harta karun dari dalam tanah ke dalam perigi buta ke dalam laut ke, KALAU IKUT HUKUM ALLAH SWT, orang yang nak ambik tu Perompak, kerana emas atau benda-benda yang berharga dari Alam lain ini ada pemilik nya dan juga ada juga penjaga nya, jadi perbuatan itu adalah Merompak dan kalau ada yang tak kena pada pengikut atau orang yang menyedut / mengambil harta karun ini, itu adalah balasan / sumpahan hari Alam Raib tersebut.

Pembuatan Keris sebenarnya dari lipatan beberapa jenis besi dan dengan niat Empu dan Doanya jadi lah Pamor-pamor seperti yang di hajatkan dan besi yang paling Istimewa adalah BESI KURSIANI iaitu besi yang Gaib, dimana Roh besi tadi di turunkan oleh Allah SWT dengan doa Empu tadi, maka jadi lah keris tadi hidup dengan izin Allah SWT, itu yang ada keris terbang lah, keris berpusing lah atau keris macam-macam, dibuat kan atau di jadikan benda-benda spiritual ini adalah untuk kita LEBIH bertakwa kepada AllahSWT, TETAPI tapi bila Keris ini di gunakan untuk memberi atau di buat penghantaran nombor Ekor, sudah pasti ada yang akan terbunuh kerana bukan keris tadi untuk dibuat nombor ekor, maka Empu/Wali/Sunan yang membuat keris tersebut dan Kadam yang menjaga keris tersebut akan menangis, dia tidak nak terlibat sama di dalam kerja-kerja yang Syirik. Jadi kepada yang suka gunakan benda-benda ini untuk mendapatkan jalan mudah ..BERHENTIKAN LAH.

Jadi di bulan Muharam ni, kalau ada yang pandai keris dia kan memulih kan keris - keris tersebut dan membuat pembersihan, supaya keris itu dijaga dengan elok, dengan membersihkan mengunakan bahan-bahan seperti limau, bunga dan diasapkan dengan kemenyan supaya kering dan diberi wangi-wangian, dan di hidupkan semangat / roh keris tadi.

Tapi bagi saya yang tak pandai dan tak pernah belajar pasal nak mandikan keris ini atau sebagainya dan SEBENARNYA tak minat nak buat macam orang lama-lama buat DITAKUTI TERKELUAR DARI ISLAM jadi kalau IKUT Cara Islam nak naik kan semangat ROH atau Spiritual INI Cukup sekadar sedekah kan AlFatiha kepada Empu yang membuat keris tadi dan baca "SUBAHAN ALLAH WALHAMDULILLAH HIWALLAHILLAHALILLAH HUWALLAH HUAKBAR." seberapa banyak dan tiupkn pada ganjar keris tadi atau leher keris tadi (pemegang keris)... dan Berdoa lah kepada Allah SWT "Ya Allah berilah aku segala kelebihan DAN kebaikan keris ini dari doa Empu yang membuat keris ini dan jahui aku dari sebarang kejahatan.

Alhamdulillah, setakat ini nampak la juga akan kelebihan doa-doa Empu yang membuat keris-keris yang aku simpan 1. Dulu ada sebilah keris sekarang ada berbilah-bilah (orang yang beri tampa keluarkan satu sen pun hehe) 2. Setakat ni rumah aku terjaga, 3. Anak-anak aku tak pernah di ganggu (setengah-setengah keris tak suka bukak kecil dan entah tak tahu kenapa tak suka) ..TAPI KERIS YANG AKU CARI UNTUK AURA $$$$ hehe masih tak jumpa ..hehe ..DI INGATKAN JANGAN TAKSUB DAN PERCAYA SESUNGGUHNYA, KEPADA BENDA-BENDA INI, CUKUP LAH SETAKAT KITA TAHU SIAPA PEMBUATNYA, DI ZAMAN BILA, APA KELEBIHANNYA, APA JUGA PANTANG LARANGNYA DAN SEMOGA EMPU YANG MEMBUAT KERIS-KERIS INI SENTIASA MEMPERJUANGKAN ISLAM YANG SEBENAR, DAN SESUNGGUHNYA ALLAH SWT YANG MAHA BERKUASA DARI ATAS SEGALA-GALANYA DAN MENJADI KAN SEMUA MAKLUK NYA UNTUK BERIBADAH KEPADA NYA DAN JANGAN SALAH DIGUNAKAN BENDA-BENDA INI IANYA AKAN MAKAN TUAN ...bersambung ...

No comments:

Post a Comment