Sambung … Aku percaya jika Allah mendengar doa ku pasti aku akan di dorong ke arah yang Allah reda, aku tekad dan tekad, kadang-kadang aku rasa tidak adil kenapa aku berbuat tekad bergini, Solat je lah buat macam orang lain buat ..sembahyang lima waktu, puasa, laksanakan rukun Islam, percaya rukun Iman, pergi ke majlis ilmu yang selalu di buat di masjid-masjid, dan apa yang kita buat serah sahaja kepada Allah SWT biar dia yang menentukan, kalau nak lebih belajar lah tarikat atau gi belajar ke Mesir sana atau pergi Mondok ..emm
Itu yang selalu keluar dari mulut orang-orang sekililing ku, entah lah kenapa sifat ku bergini
Aku dapat rasakan dalam diriku ada sifat keTuhanan BUKAN AKU TUHAN tapi..sifat ingin mengenal Tuhan, aku tanya kan soalan ini kepada seorang rakan adakah semua orang dijadikan sebergini ..Jawapan nya TIDAK, Allah jadi kan manusia berbagai-bagai ..emm ok.
Ibarat kalau aku sedekah seringgit ke Palastin atau Bosnia atau mana-mana tempat / orang (walaupun sikit) aku hendak ianya sampai ke tangan orang tersebut ..
Sama seperti kalau aku solat aku akan pastikan solat ku di terima oleh Allah SWT, kalau aku berdoa dan bersedekah Al-Fatiha kepada arwah ibuku, aku akan pastikan ianya sampai kepada dia .. itu yang aku ingin kan ..bagaimana “Ya Allah beri lah aku petunjuk dan hidayah” … bersambung
No comments:
Post a Comment