Thursday, October 8, 2009

Permulaan mencari ilmu dan pegangngan dalam hidup

Sambung …Aku mengambil langkah mudah dengan melakukan segala yang wajib dan yang di tuntut oleh syarak dalam Islam, Aku sembahyang lima waktu sehari semalam dengan tidak pernah tertinggal walaupun sewaktu, tidak cukup dari itu aku kerap melakukan solat sunat Tahjud, Duha dan solat-solat sunat yang lain nya.

Dengan tekat, aku melakukannya semua ibadah di atas dengan iklas dan harapan semua persoalan aku terjawab, menghampiri empat tahun, aku melakukan dengan bersemangat dan tawaduk, hampir tahun yang kelima aku dah mula rasa sedih dan kecewa, KENAPA AKU TIDAK MENDAPAT DAN MERASAI NIKMAT SEMBAHYANG, KENAPA AKU MASIH NAMPAK ISLAM YANG SAMA, KENAPA AKU MASIH TIDAK MERASAI APA-APA PERUBAHAN DALAM SOLAT ATAU DI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN.

Aku nekad dengan doa ku (entah petunjuk dari mana) tiba-tiba doa ini muncul di kepala banak aku…

“Ya Allah Tunjukkan lah aku Islam yang sebenar”
“Ya Allah Tunjukkan lah aku Sembahyang yang sebenar”
“Ya Allah Tunjukkan lah aku Shadat yang sebenar”
“Ya Allah Tunjukkan lah aku Al Quran yang sebenar”

“Yaaaa Allah ajarkan lah aku Sembahyang seperti mana engkau ajar Nabi Muhammad SAW Jika tidak, aku tidak, akan solat kerana Solat yang akan aku dirikan akan menjadi sia-sia …”

Dan aku berpegang kepada doa ku… selama ini … dan jika aku solat ini lah doa yang akan ku baca … Sambung

No comments:

Post a Comment