..Diceritakan ..Tentang Bab Iklas, sebenarnya tidak banyak yang diceritakan tentang bab Iklas kepada saya, walaupun Iklas kalau di eja amat pendek hurufnya tetapi pengertian nya besar di sisi Allah SWT.
Apa jua ibadat yang kita lakukan hendak lah iklas, sebenar nya apa yang diceritakan kepada saya, untuk saya tuliskan adalah amat sukar sekali ..kerana Iklas itu tiada kayu pengukur dan sukar untuk diukur oleh sesorang.
Apa yang diceritakan ..Iklas kepada diri sendiri, Iklas kepada ibu dan Bapak kita, Iklas kepada Suami, Iklas kepada Isteri, Iklas kepada anak-anak dan yang terutama sekali Iklas kepada Allah SWT ..dan juga Iklas kepada Ibadat kita.
Yang sebenar-benar Iklas saya sendiri tak dapat gambarkan ..apatah lagi merasakan ..itu yang buat saya sendiri ..kadang-kadang sedih kepada diri sendiri..kerana masih tidak dapat jawapan apa itu Iklas dan merasai Iklas yang sebenar..jadi saya tahu lah ibadat saya masih lagi banyak yang kurang dan masih jauh perjalanannya ..
Orang kata untuk latihan atau latih diri ..kita buat sahaja apa jua perkara sama ada perkerjaan dan Ibadah ..lama-lama Iklas itu akan datang ..dengan sendiri ..yang penting latihan kepada diri kita ..Cuba seIklas - Iklas Nya ...bersambung..
..
No comments:
Post a Comment