Monday, June 20, 2011

Perjalanan ke Tanah Suci - Umrah 2

Pertama .. Semasa dalam persiapan hendak ke Tanah Suci / Tanah Haram dan Madinah, perlulah kita perbanyak solat taubat 2 rakaat.

Kedua .. Tujuan dan niat kita ke sana .. adakah untuk Memohon Taubat, adakah untuk beribadah .. adakah untuk mencari kekayaan ...selain dari kita mengerjakan Ibadah Umrah.

Tujuan saya adalah untuk mencari Allah SWT, Aku ingin mengenal Allah SWT, Aku Rindu yang teramat kepada Tuhan yang mencipta sekalian Alam.

Tetapi sahabat aku di selatan tanah air berkata ".. kau tak akan jumpa Allah SWT"

Hati kecil aku mula hampa ...

Tak pe lah aku Nak jumpa Nabi Muhammad SAW ..pulak ..sahabat aku berkata lagi "..Nabi tak ada kat sana .."

Sekali lagi perasaan hati aku mula hancur ...

Tak pe lah aku nak jumpa Jibril Alaihisalam ...sahabat aku berkata lagi "..Jibril pun tak ada kat sana .."

Hati aku dah mula hancur lebur ...JADI apa tujuan aku kesana ...adoiii ...tiada jawapan ...sampai sekarang.

Memandangkan semua persiapan telah di lakukan tiket dan segala pengurusan telah di jelaskan ...Harapan Bapak aku, Isteri aku dan Anak-anak tercinta telah meluap-luap untuk kesana ..aku akur ..dengan hati yang hancur ..

Aku pun bersama-sama keluarga tercinta melakukan Ibadah Umrah sebanyak 3 kali dan Tawaf sunat 4 kali termasuk Tawaf Sunat Widak... semasa itu lah aku meluah kan hati dan perasaan kepada Allah SWT ..semoga Allah SWT dapat mempertimbangkan Hajat aku niat aku ..Amin.

...bersambung Umrah 3

No comments:

Post a Comment