Monday, May 10, 2010

Solat / Sembahyang Bab - 7

..bersambung Diceritakan lagi ..Apa jua ibadah yang dilakukan sama ada ..Sembahyang, Puasa, Zikir, Mengaji AlQuran dan lain-lain ..bacaan yang di lafazkan melalui lidah dan mulut hendaklah di ikuti dengan bacaan di dalam Hati (Roh) ..

Kerana kita di dalam tubuh kita mempunyai 3 element iaitu Jasad, Roh dan Allah SWT ..
sesungguhnya mulut zahir kita ini adalah mulut yang kuat berbohong ..contohnya jika ada adik/abang/kawan nak pinjam RM 1/-, mulut kita tak kasi ..kata mulut kita mana aku ada duit ..selepas sahaja rakan itu berlalu ..maka hati kita akan berkata ..Alahai kenapa lah aku tak berikan pinjam RM 1/-, bukan besar sangat pun cuma RM 1/-, kalau betul-betul dia ada duit mesti dia tak mintak ..ni mesti betul-betul dia tak ada duit ..ITU lah antara perbezaan mulut dan hati (roh) ..

Bergitu juga dalam sembahyang ..bila mulut mula sembahyang hendak lah kita sertakan dengan hati kita (roh) ..sama-sama sembahyang baca tabir sama-sama, membaca Fatihah sama-sama ..Bak kata semua hendak lah di baca dengan hati (Roh) ..

Untuk kita ajar dia bersama-sama beribadah kepada Allah SWT ..kerana besok kalau kita mati jasad kita dalam seminggu di dalam kubur akan dimakan oleh cacing/ulat/kalajengking/ular hitam dan sebagainya ..

Dan yang tinggal hanya lah Roh sampai ke Alam Pembalasan ..Kalau hati (roh) kita tadi tak pernah menyebut nama Allah SWT atau sembahyang ..dan sebagainya ..macam mana kita nak menjawab besok di hadapan Allah SWT ..lu pikir lah sendiri haha ...

Jadi tuan-tuan sembahyang ini bukan perkara yang boleh diambil ringan ..kena belajar ..mengkaji ..Semoga sembahyang kita yang terbaik disisi Allah SWT ..Amin...

No comments:

Post a Comment