Thursday, May 6, 2010

Solat / Sembahyang Bab - 6

... Adalah diceritakan lagi, ketika dan sebaik sahaja lafaz niat "Usolli fardar Magribi .." atau niat sembanyang untuk lima waktu yang lainnya atau untuk sembahyang sunat ..maka bila sahaja aras tangan di angkat lepesai 90 darjah maka di susuli dengan niat didalam hati "Ya Allah Aku menyembah Mu" dan mulut terus menyebut tabir "Allahu Akbar" sehinggalah tangan di letakkan di atas pusat.

...sebutan tabir di dalam sembahyang dibaca dengan sempurna iaitu "Allahu Akbar" dimana Allah itu dalam kiraan 4 harkat dan huAkbar itu di kira dalam 2 harkat, contoh yang paling tepat jika kita menyebut tabir untuk sujud dari selepas berdiri sebentar dari rokuk, kita pun menyebut tabir "Allahu Akbar" tetapi kepala kita masih belum diletakkan diatas lantai/sejadah bacaan kita sudah habis maka kurang pahala sembahyang nya ..(diceritakan keseluruhan sembahyang kita hanya dapat 1 pahala sahaja)

...Yang paling baik kita sebut tabir "Allahu Akbar" dan berhenti dari sebutan tabir apabila dahi kita sudah diletakkan dengan sempurna diatas lantai/sejadah dan tiada pergerakan lagi maka barulah kita boleh berhenti dari sebutan tabir ..

Nampak remeh tapi inilah yang memberi banyak pahala dalam sembahyang kita .. dan ini lah yang ditekankan di dalam rukun 13 dalam sembahyang....bersambung

No comments:

Post a Comment